Blogger makan coklat Cadbury

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku terbaca banyak status rakan-rakan Blogger di Facebook, Twitter dan Instagram yang cuba menjauhkan diri dari berita program makan coklat Cadbury oleh sebuah NGO untuk membuktikan kesahihan HALAL JAKIM. Setiap daripada kita mempunya pendapat dan pandangan berbeza untuk dipertahankan. Aku tidak dijemput untuk program makan coklat cadbury tersebut tetapi kalau dijemput untuk JAKIM inshaa Allah aku akan datang tetapi bukan sebagai duta Cadbury.

Restoran dengan logo halal jakim
Restoran dengan logo halal JAKIM

Pertama kali aku menjejaki kaki di Hong Kong selama tiga hari aku hanya makan buah dan minum air mineral serta jus sampai kembong perut kerana tidak yakin untuk makan makanan yang ada di sana. Di Macau pun bukan senang nak cari makanan halal tak percaya tanyalah Melastik Bintang dan beberapa rakan Blogger yang baru balik dari sana, aku dulu sampai kena tahan Polis Macau lebih sejam kerana membawa mee segera berlebihan. Ketika kembara Beijing kami dibawa oleh pemandu pelancong singgah di restoran-restoran yang mempunya tulisan halal tetapi tidak diiktiraf oleh mana-mana organisasi. Ketika kembara New Zealand untuk makan kami berpandu kepada panduan halal yang disediakan oleh NGO Mualaf tanpa ada pengesahan dari badan tertentu.

Restoran Halal di airport Bangkok
Restoran Halal di Suvarnahbumi Airport, Bangkok

Masih teringat ketika di Paris aku terpaksa berpusing berjam-jam mencari restoran halal sehingga kelaparan yang amat sangat. Pengalaman di London berjalan berjam-jam untuk mencari restoran halal tapi bila sampai tempat tujuan restoran sudah tutup dan restoran kedua ada tulisan halal tapi menghidangkan menu tidak halal. Pengalaman berjalan di Indonesia, negara yang lebih 80% Islam pun susah nak mencari makanan halal terutama di Batam dan Bali.

Restoran Halal di Phnom Penh
Cafe Malaya restoran Halal di Phnom Penh

Tak payah cerita jauh sampai ke Hong Kong, Macau, Beijing, New Zealand, Paris dan London kalau aku pergi pusat membeli belah Mid Valley pun sudah pening kepala nak mencari makanan halal, selain beberapa restoran makanan segera yang ada logo halal JAKIM serta Restoran Belanga yang dipunyai orang Melayu, outlet lain tidak  meyakinkan status halalnya. Aku memang sangat bergantung kepada logo halal JAKIM untuk makan di pusat membeli belah yang besar-besar seperti di Suria KLCC, Pavillion, One Utama dan banyak lagi.

Restoran Istanbul Kebab Hong Kong
Menu di Restoran Istanbul Kebab Hong Kong

Kesimpulannya, aku sangat bersyukur di Malaysia ada badan khas halal seperti JAKIM yang dapat membantu pengguna Islam. Turki yang mempunyai penduduk Islam hampir 98% pun tak ada badan khas halal. Aku memang tidak ada rasa was-was lansung dengan persijilan halal JAKIM. Bukan senang nak makan zaman sekarang kalau tak ada sijil halal JAKIM bukan sahaja restoran malah yang lebih penting status halal bahan-bahan masakan. Aku sanggup menemani Pegawai JAKIM makan coklat cadbury bukan untuk jadi duta cadbury tapi menunjukan keyakinan aku kepada JAKIM. Kalau aku meragui status halal JAKIM, status halal yang mana lagi nak aku yakini.

Penjelasan JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan isu status halal Cadbury

Kita sebagai pengguna mesti juga ada tanggungjawab bukan hanya bergantung 100% kepada JAKIM sebagaimana umat Islam di negara yang tiada badan khas halal yang sentiasa membuat audit sendiri. Jangan bila ada masalah semuanya salah JAKIM abis apa pulak tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Di akhir zaman memang ramai keliru antara emosi dengan hukum apabila banyak jarum tangan ketiga yang memang benci dengan Islam berusaha memporak perandakan Islam, semuga kita tidak terjerat.


Spread the love

161 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!