Tips suami pergi bilik air pun sudah rindu

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri  “Tips tuntut hutang daripada kawan-kawan yang liat membayar“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi tips berumahtangga untuk kekal rindu walaupun sudah berabad usia perkahwinan.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Viral apabila Fazura mengaku dialah wanita paling bahagia sejak bersuamikan Fattah Amin.

Saya wanita paling bahagia ketika ini kerana mengahwini lelaki seperti Fattah Amin. Memang dialah lelaki saya nantikan selama ini. Saya tahu, dia lelaki yang baik, rapat dengan keluarga dan menyayangi kanak-kanak. Tambahnya lagi, dia dan Fattah jarang berenggang lama walaupun terikat dengan komitmen kerja. Macam mana nak berpisah kalau pergi bilik air pun sudah rindu,” katanya sambil ketawa.

Untuk mengekalkan rasa rindu antara suami isteri perlu dipupuk sentiasa daripada hal-hal remeh sehingga hal-hal penting. Abang kurang setuju bila suami isteri

  1. Naik kereta isteri duduk belakang alasan nak jaga anak.
  2. Bila makan di luar isteri duduk hujung meja, suami duduk hujung meja sebab di tengah-tengah nak suruh anak duduk.
  3. Bila tidur nak selit anak di tengah-tengah walaupun sudah hukum tidur sendiri.

Bila sering sangat suami isteri berenggang walaupun dengan hal-hal yang ramai rasa remeh tapi kerenggangan yang diulang-ulang bertahun-tahun akan di isi oleh perkara lain seperti cinta suami kepada hobi yang keterlaluan dan paling parah hadir orang ke tiga.

Rindu juga akan berkurangan perlahan-lahan kerana kerenggangan yang dicipta sendiri sehingga tak ada lagi rasa rindu walaupun berpisah sebentar kerana pergi bilik air.

Bila Abang kongsi topik “Rindu pada suami yang masuk bilik air“, di sosial media lebih 100 share dan lebih 100 komen yang dapat. Ini antara komen kawan-kawan sodial media.

Lan Careno : Alhamdulillah semua tu saya tak amalkan, betul, benda nampak simple macam utamakan anak tapi hakikatnya nanti hubungan dengan pasangan mungkin semakin renggang.

Sis Lin : Saya kalau naik kereta anak sibuk nak duduk depan pun saya tak bagi Tuan, macam mana pun keadaannya saya tetap duduk sebelah suami.

NaNora Ahmad : 14 tahun kawin, saya tetap duduk di seat depan kereta, tak kiralah anak berebut nak duduk depan ke, gaduh-gaduh, kurang bercakap dengan suami ke tetap depan, anak-anak faham dan redho je sebab tak nak tengok mama bad mood bila pening kepala nak muntah bila dduuk belakang.

Kuntom Mcm Bunga : dalam kereta tu memang dari awal kawin suami dah cakap bila ada anak jangan nak sebok duduk belakang jaga anak, awak tetap sebelah abang, yes itu kami terapkan sampai anak 3 ni tapi bab kat umah dan tidur tu anak dah pandai mnyelinap masok tido selit adoi sabar jelah, nasib la baru umur 6 dan 4 tahun masih dalam proses pembelajaran, hehehe.

Nooraini Zubir : anak-anak lah selalu jadi orang ketiga selit tengah tengah tapi mak tetap kepit kepit ke apaknya, lantokkan penyek kat tengah tu..hahahah.. anyway, bagus tips dari tuan.

Azura Baharudin : Sebab itu saya sedaya upaya umur anak 2 tahun je dah mula tidur asingkan tapi tak tutup rapat pintu. Walau orang kata eh kesian kecik-kecik dah kene tidur bilik sendiri tapi hakikat sebenar kita nak jaga hubungan suami isteri jugak.

Norizan Ismail : Dalam kereta tak suka duduk belakang, panas dan pening nak muntah, heheh, .bab anak dari sejak lahir letak anak dalam katil baby tak de can nak kacau mak ayah. Sejak mula kawin sampai dan umur senja masih mandi bersama tak de can nak rindu-rindu bila tinggal masuk bilik air..hahah

Mungkin kawan-kawan ada tips lain supaya kasih sayang suami isteri terus kekal hingga akhir hayat bukan sekadar panas di siang hari bila malam hilang segalanya.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

50 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!