Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini sambungan dari entri “Turki aku datang” dan “Urfa kota Para Nabi” kisah Kembara Turki menjejaki legasi keagungan Islam terdahulu dan akan datang. Rami yang tertanya-tanya kenapa kami menjejaki Islam di negara sekular tetapi mungkin ramai yang tidak tahu rahsia disebalik sebuah negara sekular yang dibina oleh Mustafa Kamal Ataturk.
Hari terakhir di Gaziantep kami diraikan sarapan pagi bersama kepimpinan MTS Gaziantep. Memang terharu dengan sambutan dan juadah yang penuh satu meja. Nampaknya bertambahlah berat badan ni. Paling terharu apabila aku, Hj Zainal dan Ustaz Noehas dapat peluang naik kereta bersama Sheikh Ibrahim ke Adana. Macam-macam ilmu Sheikh Ibrahim kongsi sepanjang perjalanan dua jam kami, paling best amalan tertip naik kenderaan. Tapi ada juga perasaan ngeri apabila Sheikh bawa kereta kekiri kekanan sehingga beberapa kali kena hon dengan kenderaan lain.
Sepanjang perjalanan dari Gaziantep ke Adana kami melalui ladang gandum dan kapas yang beribu hektar. Kehebatan Turki sebagai pengeluar produk pertanian memang tidak dapat disangkal sehingga mereka tidak perlu mengimport dari negara lain. Mengikut Sheikh Ibrahim di antara Gaziantep ke Adana ada banyak tempat sejarah yang boleh dilawati seperti tapak Kerajaan Rom, Kerajaan Byzantine dan jejak Nabi dan Sahabat Nabi yang tidak cukup sehari nak ziarah. Tidak jauh daripada laluan kami terdapat sebuah negeri yang disebut dalan Surah Yassin iaitu Anthokia tetapi tak sempat nak singgah. Sheikh Ibrahim jemput kami untuk datang lagi ke Gaziantep untuk melawat tempat yang belum dilawati.
Di Adana kami singgah makan tengahari dan solat zuhur – asar di bazar MTS. Kami juga berjumpa dengan baris kepimpinan MTS Adana dan makan tengahari bersama mereka. Kedatangan kami bukan mendapat perhatian pengunjung bazar kerana jarang-jarang sekali orang Malaysia menjejaki kaki di Adana. Setakat ini layanan dari Yayasan Suleymaniyyah memang sangat baik sehingga jadi risau kami tak dapat melayan sebaik ini bila mereka membuat lawatan balas. Budaya Turki memang sangat menghormati musafir. Bandar Adana antara lokasi menarik di Turki memang sangat cantik, mengalir beberapa sungai berwarna biru di tengah bandar sehingga terpegun kami melihatnya. Pernah cuba aiskrim Turki ke??
Dari Adana kami di bawa ke sebuah kota purba di negeri Mersin iaitu Tarsus. Mungkin pembaca boleh cari berbagai informasi kehebatan kota purba Tarsus di google, aku sendiri pun baru pertama kali mengetahui kisah Tarsus. Lokasi menarik pertama yang kami singgah di Tarsus adalah sebuah masjid yang di dalamnya terdapat makam Nabi Seth a.s, Nabi Luqman a.s dan Khalifah Makmum. Kisah Nabi Seth a.s mungkin kita tidak begitu biasa tetapi Kisah Nabi Luqman a.s memang tertulis di Al Quran dalam sural al luqman yang mengajar bagaimana kita mendidik anak-anak. Dalam dunia akhir zaman ramai ibu bapa yang sudah tidak mengikut cara Nabi Luqman a.s mendidik kerana itulah kita gagal membina generasi yang baik untuk masa depan. Nabi Luqman a.s tinggal di Tarsus selama sepuluh tahun seblum berhijrah, kerana itu makam baginda dibuat sebagai tanda kenangan. Khalifah Makmum pula adalah anak kedua kepada Khalifah Harun Al Rashid yang telah memerintah Kerajaan Bani Abbasiyyah dari 813 sehingga 833 Masihi.
Tidak jauh dari lokasi makam Nabi Seth a.s terdapat bagunan yang menempatkan makam Nabi Daniel a.s. Pernah dengar ke sirah Nabi Daniel a.s? Nabi Daniel a.s diriwayatkan seorang Nabi yang membawa keberkatan di tempat yang baginda tinggal. Di akhir hayat baginda telah meninggalkan wasiat supaya jasadnya disimpan supaya dapat disempurnakan oleh umat Nabi Muhamad SAW. Jasad baginda telah disimpan di dalam bilik rahsia yang dikunci untuk mengelakkan dicuri oleh bangsa Yahudi yang percaya jika jasad tersebut dibawa ke tempat mereka maka akan membawa keberkatan. Seorang sahabat Nabi di bawah pemerintahan Khalifah Abu Bakar a.s telah terjumpa jenazah Nabi Daniel dan telah mengkebumikan di bawah tiang jambatan rom untuk mengelakan dicuri. Khabarnya dengan keberadaan jasad Nabi Daniel a.s di Tarsus, daerah ini tidak pernah kemarau dan terus subur sehingga sekarang. Selain itu kisah Nabi Daniel a.s dengan singa terus menjadi kenangan penduduk setempat sehinggalah kehari ini ramai yang memakai cincin berlambang singa.
Setelah menziarahi makam Nabi Seth a.s, Nabi Luqman a.s dan Nabi Daniel a.s kami di bawah jauh kependalaman di kaki Gunung Pion. Orang Turki yakin bahawa di kaki gunung ini terletaknya gua ashabul kahfi. Tujuh pemuda telah melarikan dari dari kezalima pemerintah Kerajaan Tarsus dan tidur selama 300 tahun di dalam gua tersebut. Sebelum ini aku pernah menziarahi gua ashabul khafi di Jordan memang ada perbezaan bentuk gua. Gua ashabul kahfi di Tarsus juga terletak disebelah masjid dan kubur lama dan guanya lebih kelihatan asli di dalam bumi. Perbezaan pendapat kisah ashabul kahfi sudah berlarutan sejak zaman Rasulullah SAW jadi yang pending bagi kita umat akhir zaman adalah belajar dan ambil pengajaran dari kisah bukan berdebat tentang perbezaan. Telah jelas dalam beberapa hadis meminta kita membaca surah Al Kahfi terutama pada hari Jumaat untuk mengelakkan fitnah Dajjal.
Selesai menziarahi gua ashabul kahfi dan solat maghrib – isyak di masjid ashabul kahfi kami bergerak ke bandar seterusnya iaitu Konya. Perjalan yang sangat jauh lebih lima jam memandu ditengah malam. Semua terlena keletihan melainkan pemandu. Kami sampai di Konya jam 1 am. Kami dihidangkan teh panas sebelum melelapkan mata.
Semuga ada ilmu baru yang dipelajari dari entri “Tarsus Kota Purba Menarik di Turki“. Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati
133 Comments
terdiam seketika ketika baca entry ini. bila dapat jejakkan kaki di bumi turki yang penuh sejarah
teruskan bersama kami bro, banyak lagi gambar2 menarik kat instagram….
Curahan rasa Denaihati @ ..Hati Seorang Madu
Sekali sekala kena juga menghayati kisah sebegini
Curahan rasa weschairs @ ..Projek lebuhraya Glow in the Dark?
teruja sangat belajar sejarah Nabi dengan mengembara macam ni dan rasa dekat…
Curahan rasa Denaihati @ ..Video koleksi SBB2014
Cantiknya kawasan tarsus tu. Sangat bersih dan kehijauan.
Curahan rasa Bahrain @ ..Oh! Ibu – Jangan Marah Kerana Perkara Kecil
kawasan ni diurus dan dijaga dengan baik..
Curahan rasa Denaihati @ ..Pengalaman Digoda Oleh Lelaki Gay
dekat makam nabi Luqman tu ada orang tertinggal tasbih
Curahan rasa Saljuhumairah @ ..13 Hadiah Giveaway Mega Percuma Untuk Dimenangi
Makam ni dalam masjid jadi ramai yg datang berzikir. Tasbih memang ada banyak di ruang makam ni.
terasa seolah pergi ke sana.. subhanaALLAH teringin ke sana
Saya juga “mengembara” ke sana dgn melihat artikel saudara. Terima kasih kerana sudi berkongsi. Terusan usaha baik ini.
InsyaAllah akan sentiasa update dari masa kesemasa.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan perlawanan Arsenal BPL 2013/14
Turki memang hebat. Entah bila dapat berkunjung ke sana…
Curahan rasa zumal @ ..Segment: Just RT This!
turki, , aku juga mau berkunjung kapan-kapan insyaAlloh
menarik bos tempatnya. Tarsus menarik hati nak buat saya kepengin
cocok nak buat traveling ya ini. jadi pengin berkunjung kesana
Curahan rasa renungan harian @ ..Yesus Tidak Akan Membiarkan Anda Tenggelam
bagus sekali menjejakkan kaki kesini, banyak yang boleh dipelakari dengan lebih dekat lagi.
Curahan rasa Denaihati @ ..Turki aku datang
nampak macam sedap makanan kat sana… tempat2 pun menarik!
Curahan rasa KiD @ ..Hati Seorang Pencuci Kereta
bab makan jangan cakaplah…memang terbaik lah…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..10 terbaik Denaihati Jan – April 2014
Tak dapat pergi sendiri, tengok gambar dan baca pengalaman orang pun jadilah..seronok kalau dapat menjejaki sendiri tinggalan para Nabi dan Rasul..in sha Allah suatu hari nanti..
Curahan rasa UpProfits @ ..Asean All Star vs Indonesia 5 pemain JDT terpilih
Mudahan bro pun akan sampai suatu hari nanti…InsyaAllah
Curahan rasa Denaihati @ ..Urfa kota para Nabi
Alhamdulillah, berkat perkongsian kembara tuan DH ke Turki jadi banyak perkara dan tempat di sana yang semula tidak diketahui, sekarang menjadi tahu adanya. Trims
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Beasiswa Monbukagakusho Pemerintah Jepang bagi Lulusan SMA Sederajat
kalau ngak sampai sini belum tentu tahu semuanya ini kang, banyak perinciannya diterangkan dan diperjelaskan semasa lawatan ini.
Curahan rasa Denaihati @ ..Ketahuilah Betapa Hebatnya Kuasa Doa
banyak lagi kisah nabi yang saya tidak tahu ..kena belajar lagi ni ..
Curahan rasa syaifuddin alias @ ..Jamak atau Jimak ni ?
bukan bro sorang, ramai lagi, kalau belajar disekolah memang tak tercover semuanya.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 Kesilapan Blogger Menyebabkan Kegagalan
kat sekolah pun kadang2 tak ada cikgu2 nak ketengahkan kisah nabi2 selain nabi yang kena ingat tu dari Adam hingga Muhammad ..Nabi-Nabi yang lain pun banyak kisah menarik untuk ditauladani
Cari ilmu sendiri dengan membaca buku sirah nabi dan kejar ilmu dari taskirah sirah nabi oleh ustaz-ustaz yg mahir di masjid dan surau.
saya setuju sangat, sejarah Nabi-nabi seperti Daniel, Luqman dan Seth ini perlu diketengahkan dan kalau boleh penulis buku juga menulis tentang hal ini
Curahan rasa faizal @ ..Ihya’ Ramadhan – Giveaway By Ummudd80
betul.. setuju sangat
Curahan rasa Saljuhumairah @ ..Dibuka Hari Ini Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier bagi Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2014/2015
Comments are closed.