Assalamualaikum wbt dan Salam 1Dunia, Kita sebagai umat islam sudah mengetahui bahawa senjata kita ialah Doa. Doa merupakan pendinding kita dalam kehidupan seharian. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang kuasa doa, kita baca perkongsian dari Ustaz Noehas di bawah.
Manusia dicipta oleh ALLAH bersifat bermasyarakat iaitu manusia tidak mampu hidup sendiri untuk meneruskan hidupnya dengan baik. Semua manusia saling perlu memerlukan untuk memenuhi keperluan hidup. Hal ini bermakna bahawa manusia amatlah lemah dan perlu kepada sesuatu untuk membantu mereka. Salah satu kuasa yang boleh membantu manusia ialah doa. Ya, KUASA DOA!!!
Doa adalah ibadat. Doa bermaksud meminta dari Tuhan Yang Maha Esa. Amalan berdoa amat disukai oleh Allah SWT. Perkara ini dengan jelasnya disebut dalam Al-Quran bahawa ALLAH telah berfirman yang bermaksud “berdoalah kepadaKU pasti AKU sentiasa menerima doa kamu“.
Begitu juga firman ALLAH ta’ala yang bermaksud “AKU memustajabkan doa orang yang meminta dariKU ketika dia meminta dariKU“. Allah amat suka hamba-hambaNYA meminta-minta dariNYA, tidak seperti manusia yang tidak suka jika diminta berkali-kali.
Apa lagi!? Allah raja sekelian alam dah ofer nak minta apa sahaja sila minta pasti dia akan beri. Tapi ada syarat-syarat, cara dan pantang larangnya tak? Memang ada dan kita akan kupasnya di entri akan datang. Tetapi rahmat Allah melebihi dan lebih luar dari syarat-syarat dan pantang larang doa. Jika Allah hendak terima pasti dia terima. Jika kita nampak macam belum diterima doa kita itu tidak bermakna ALLAH tidak terima langsung doa kita tetapi belum sampai masa untuk kita terima permohonan kita. Semuanya itu ada hikmah dan kebaikan yang ALLAH sahaja yang tahu.
Ibaratnya seperti anak kecil yang menangis-nangis minta pisau yang tajam dari ibu dia untuk dia bermain atau memotong sesuatu. Sebagai ibu pasti dia akan beri apa yang anak dia minta jika benda itu baik tetapi jika tidak baik bahkan membahayakan pastilah si ibu tadi tidak menunaikan permintaan si anak tadi. Adakah ibu tadi tidak sayang pada anak dia? Tidak begitu, bahkan sebab sayangkan anak dialah si ibu telah menyekat permintaan si anak tadi.
Nah! Sekarang kita sudah faham kenapa ALLAH ofer kita supaya minta dari dia dan dia pasti akan beri tetapi kadang-kadang kita dapati ada permintaan kita yang belum kita dapat. Rupanya sebab ALLAH maha mengetahui sebab-sebabnya. Jadi tidak rugi kalau kita banyakkan doa kerana kalau dapat seronoklah dan kalau belum dapat kita tetap dapat kebaikan dari doa kerana kalau apa yang kita doa tapi tak dapat di dunia ini doa tersebut akan disimpan untuk kebaikan akhirat.
Beruntunglah kita kerana ALLAH sebagai Tuhan dan Raja kita tidak pernah menghampakan kita. Disamping kita selalu berdoa kita kena juga bersyukur kalau dapat nikmat, bersabar kalau dapat ujian, beristighfar kalau ada buat salah dan beristiqamah dalam berbuat kebaikan.
Pesanan entri ini, amalkan betul DUIT untuk berjaya dalam sesuatu pekerjaan. Apa maksud DUIT? Ni maksudnya: Doa Usaha Idea Tawakkal.
194 Comments
setiap kerja dan usaha yang dilakukan beserta dengan doa. In shaa allah berjaya.
Doa sebagai langkah terakhir setelah kita berhempas pulas berusaha mengerjakan sesuatu perkara.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa Perubatan
berusaha dahulu, kemudian kita berdoa supaya usaha kita diberkati Allah.
Curahan rasa ikhwan @ ..Lepas Kahwin Semuanya Salah Suami
Bedoa wajib kita lakukan setiap saat karena ia adalah ibadah yang yang sangat afdal
Curahan rasa blogger bumi lasinrang @ ..Fatwa Sikap seorang Muslim dalam menghadapi Bencana Akhir-akhir ini
manusia sebenarnya amat lemah, hanya Allah yang berkuasa. Dia boleh beri dan tarik bila-bila masa yang Dia mahu.
Curahan rasa Norazizah @ ..2 Perasaan Sama Yang Ada Pada Suami Isteri Dalam Al Quran
doa senjata mukmin, ketika umat islam ditindas terutamanya Palestin hanya doa yang mampu mengiringi mereka. Umat Islam memang tidak kuat tapi bukan juga lemah.
Curahan rasa Norazizah @ ..2 Perasaan Sama Yang Ada Pada Suami Isteri Dalam Al Quran
doa seharusnya diiringi dengan usaha, ikhtiar dan tawakal. Usaha dengan sungguh-sungguh
Curahan rasa Norazizah @ ..2 Perasaan Sama Yang Ada Pada Suami Isteri Dalam Al Quran
sekarang dah jadi ibu, memang nor berhati dalam tutur kata mengenai anak-anak. Kata itu satu doa.
doa memang hebat, doa tanpa hijab salah satunya doa ibu.
Comments are closed.