Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini sambungan dari entri “Turki aku datang” dan “Urfa kota Para Nabi” kisah Kembara Turki menjejaki legasi keagungan Islam terdahulu dan akan datang. Rami yang tertanya-tanya kenapa kami menjejaki Islam di negara sekular tetapi mungkin ramai yang tidak tahu rahsia disebalik sebuah negara sekular yang dibina oleh Mustafa Kamal Ataturk.
Hari terakhir di Gaziantep kami diraikan sarapan pagi bersama kepimpinan MTS Gaziantep. Memang terharu dengan sambutan dan juadah yang penuh satu meja. Nampaknya bertambahlah berat badan ni. Paling terharu apabila aku, Hj Zainal dan Ustaz Noehas dapat peluang naik kereta bersama Sheikh Ibrahim ke Adana. Macam-macam ilmu Sheikh Ibrahim kongsi sepanjang perjalanan dua jam kami, paling best amalan tertip naik kenderaan. Tapi ada juga perasaan ngeri apabila Sheikh bawa kereta kekiri kekanan sehingga beberapa kali kena hon dengan kenderaan lain.
Sepanjang perjalanan dari Gaziantep ke Adana kami melalui ladang gandum dan kapas yang beribu hektar. Kehebatan Turki sebagai pengeluar produk pertanian memang tidak dapat disangkal sehingga mereka tidak perlu mengimport dari negara lain. Mengikut Sheikh Ibrahim di antara Gaziantep ke Adana ada banyak tempat sejarah yang boleh dilawati seperti tapak Kerajaan Rom, Kerajaan Byzantine dan jejak Nabi dan Sahabat Nabi yang tidak cukup sehari nak ziarah. Tidak jauh daripada laluan kami terdapat sebuah negeri yang disebut dalan Surah Yassin iaitu Anthokia tetapi tak sempat nak singgah. Sheikh Ibrahim jemput kami untuk datang lagi ke Gaziantep untuk melawat tempat yang belum dilawati.
Di Adana kami singgah makan tengahari dan solat zuhur – asar di bazar MTS. Kami juga berjumpa dengan baris kepimpinan MTS Adana dan makan tengahari bersama mereka. Kedatangan kami bukan mendapat perhatian pengunjung bazar kerana jarang-jarang sekali orang Malaysia menjejaki kaki di Adana. Setakat ini layanan dari Yayasan Suleymaniyyah memang sangat baik sehingga jadi risau kami tak dapat melayan sebaik ini bila mereka membuat lawatan balas. Budaya Turki memang sangat menghormati musafir. Bandar Adana antara lokasi menarik di Turki memang sangat cantik, mengalir beberapa sungai berwarna biru di tengah bandar sehingga terpegun kami melihatnya. Pernah cuba aiskrim Turki ke??
Dari Adana kami di bawa ke sebuah kota purba di negeri Mersin iaitu Tarsus. Mungkin pembaca boleh cari berbagai informasi kehebatan kota purba Tarsus di google, aku sendiri pun baru pertama kali mengetahui kisah Tarsus. Lokasi menarik pertama yang kami singgah di Tarsus adalah sebuah masjid yang di dalamnya terdapat makam Nabi Seth a.s, Nabi Luqman a.s dan Khalifah Makmum. Kisah Nabi Seth a.s mungkin kita tidak begitu biasa tetapi Kisah Nabi Luqman a.s memang tertulis di Al Quran dalam sural al luqman yang mengajar bagaimana kita mendidik anak-anak. Dalam dunia akhir zaman ramai ibu bapa yang sudah tidak mengikut cara Nabi Luqman a.s mendidik kerana itulah kita gagal membina generasi yang baik untuk masa depan. Nabi Luqman a.s tinggal di Tarsus selama sepuluh tahun seblum berhijrah, kerana itu makam baginda dibuat sebagai tanda kenangan. Khalifah Makmum pula adalah anak kedua kepada Khalifah Harun Al Rashid yang telah memerintah Kerajaan Bani Abbasiyyah dari 813 sehingga 833 Masihi.
Tidak jauh dari lokasi makam Nabi Seth a.s terdapat bagunan yang menempatkan makam Nabi Daniel a.s. Pernah dengar ke sirah Nabi Daniel a.s? Nabi Daniel a.s diriwayatkan seorang Nabi yang membawa keberkatan di tempat yang baginda tinggal. Di akhir hayat baginda telah meninggalkan wasiat supaya jasadnya disimpan supaya dapat disempurnakan oleh umat Nabi Muhamad SAW. Jasad baginda telah disimpan di dalam bilik rahsia yang dikunci untuk mengelakkan dicuri oleh bangsa Yahudi yang percaya jika jasad tersebut dibawa ke tempat mereka maka akan membawa keberkatan. Seorang sahabat Nabi di bawah pemerintahan Khalifah Abu Bakar a.s telah terjumpa jenazah Nabi Daniel dan telah mengkebumikan di bawah tiang jambatan rom untuk mengelakan dicuri. Khabarnya dengan keberadaan jasad Nabi Daniel a.s di Tarsus, daerah ini tidak pernah kemarau dan terus subur sehingga sekarang. Selain itu kisah Nabi Daniel a.s dengan singa terus menjadi kenangan penduduk setempat sehinggalah kehari ini ramai yang memakai cincin berlambang singa.
Setelah menziarahi makam Nabi Seth a.s, Nabi Luqman a.s dan Nabi Daniel a.s kami di bawah jauh kependalaman di kaki Gunung Pion. Orang Turki yakin bahawa di kaki gunung ini terletaknya gua ashabul kahfi. Tujuh pemuda telah melarikan dari dari kezalima pemerintah Kerajaan Tarsus dan tidur selama 300 tahun di dalam gua tersebut. Sebelum ini aku pernah menziarahi gua ashabul khafi di Jordan memang ada perbezaan bentuk gua. Gua ashabul kahfi di Tarsus juga terletak disebelah masjid dan kubur lama dan guanya lebih kelihatan asli di dalam bumi. Perbezaan pendapat kisah ashabul kahfi sudah berlarutan sejak zaman Rasulullah SAW jadi yang pending bagi kita umat akhir zaman adalah belajar dan ambil pengajaran dari kisah bukan berdebat tentang perbezaan. Telah jelas dalam beberapa hadis meminta kita membaca surah Al Kahfi terutama pada hari Jumaat untuk mengelakkan fitnah Dajjal.
Selesai menziarahi gua ashabul kahfi dan solat maghrib – isyak di masjid ashabul kahfi kami bergerak ke bandar seterusnya iaitu Konya. Perjalan yang sangat jauh lebih lima jam memandu ditengah malam. Semua terlena keletihan melainkan pemandu. Kami sampai di Konya jam 1 am. Kami dihidangkan teh panas sebelum melelapkan mata.
Semuga ada ilmu baru yang dipelajari dari entri “Tarsus Kota Purba Menarik di Turki“. Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati
133 Comments
Bro, lawa la Tarsus. Walaupun tak se-famous Istanbul, Tarsus kaya dengan sejarah dari zaman Purba, Greek, Rom, hinggalah ke zaman kegemilangan Islam. Nampaknya santapan lazat ala Mediterranean, dengan roti, tak rindu nasi ke? 😀
Curahan rasa Ismail N @ ..Hari Guru 2014
rindu jugak, tapi sini ada nasi lagi sedap…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..10 Kesilapan Blogger Menyebabkan Kegagalan
Ohhh alangkah seronoknya kalau dapat jejakkan kaki sendiri ke dalam gua ni..perkongsian yang cukup memberi erti…
Curahan rasa Hafizul @ ..Bitesize Galleta dan Baby Language
subhanallah..cantik pemandangan kota tarsus…
pasti besar juga pengalaman tuan2 semua..terima kasih sudi berkongsi pengalaman..alhamdulillah
bak kata tuan DH, kita kutip pengajarannya bukan berdebat tak sudah2 tentang perbezaan yg membawa keretakan
Curahan rasa hafizmd @ ..Biodata Ringkas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman MB Terengganu
kalau berdebat takkan habis sampai bila-bila, sentiasa ada yang tak kena.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tarsus kota purba menarik di Turki
perjalanan yang mengasyikan jadi kepingin ke turki.
DH adakag gambar di atas itu terusan atau sungai biru. Kenapa dia warna biru ya. adakah di sebabkan kehadiran karang laut?
Curahan rasa suri @ ..Cara Mudah Membalut Hadiah Jenis Berkaca
Sungai kat sana memang warna biru tapi sebabnya tak kesempatan nak tanya mungkin boleh godek google utk dapat info.
saya masih keliru dengan bilangan manusia yang duduk di dalam gua khaf itu.ada kata tiga orang ada kata tujuh orang.tapi bila saya baca quran tiada pula di katakan jumlah bilangan yang benarkan. hanya Allah sahaja yang ketahuiNYA..
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 8/2014 Volkswagen Jetta CKD Launched
Kekeliruaj dah ada sejak zaman Nabi dan tiada siapa yg boleh bagi jawaban jadi jangan pening dgn jumlah tetapi amalkan surah al kahfi utk elak dari fitnah dajjal.
kisah Nabi Dainel menarik perhatian saya. Nampak gaya saya nak selongkar sahaja kisah dari medan goole atau buku-buku lama.
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 10/2014_Nestum More Cereal More Life
boleh je, yang penting rujukan yang boleh percaya dan betul.
Curahan rasa Denaihati @ ..Turki aku datang
Turki bukan lagi negara sekular, sekular makin lama makin mati di tukar. InysaAllah akan jadi negara Islam sepenuhnya satu hari nanti bila golongan tua yang pro Attaturk sudah tiada.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Tip Menulis Entri Blog
saya tertarik dengan sejarah Turki..memang hebat dan penuh makna dalam pembentukan Sejarah Islam keseluruhannya!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..mari ucapkan terima kasih cikgu
ideologi “Kemalisme” yang diamalkan sangat bercanggah dengan Islam tak boleh diterima dan tak boleh bertahan.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 terbaik Denaihati Jan – April 2014
Alhamdulillah, Ardogen sudah dipilih Allah memerintah Turkey. semoga lebih banyak negara Islam yang mencontohi Turkey sekarang.
Curahan rasa faizal @ ..Ihya’ Ramadhan – Giveaway By Ummudd80
terima kasih atas informasinya gan
Seronok membaca pengalaman tuan Denaihati mengunjungi makam-makam nabi. . Ternyata banyak peninggalan kisah-kisah sejarah islam di sana.
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman Memborong Cadar Patchwork Cotton
Zaman kegemilangan dan kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah jadi pengajaran untuk kita.
Curahan rasa Denaihati @ ..Urfa kota para Nabi
terasa keseronokan pergi ke tempat begini..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..3 Rahsia kejayaan henry ford
memang seronok, sampai tak rasa penat sangat…
Curahan rasa Denaihati @ ..Ketahuilah Betapa Hebatnya Kuasa Doa
okeh..
memang teringin gak nak melawat makam-makam tu semua.
Curahan rasa titan @ ..Buat Duit dengan Lazada Malaysia.
cuti sekolah panjang boleh la rancang-rancang + bulan madu nanti ke…
Curahan rasa Denaihati @ ..Ketahuilah Betapa Hebatnya Kuasa Doa
banyak ilmu yang saya dapat dari entri ni..terima kasih diatas perkongsian pengalaman tuan ke turkey….
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..21 Blog Terbaik di Malaysia
sama-sama bro. bila lagi bro nak kesini…
pengalaman luar biasa sampai sini yang mesti dikongsikan dengan kawan-kawan.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 Kesilapan Blogger Menyebabkan Kegagalan
Sungguh indah bumi turki yang menyimpan berbagai sejarah.
Begitu juga sejarah Badiuzzaman Said Nursi
Curahan rasa arzmoha @ ..Sepetang Bersama Hujan | Umum
tu lah, semakin banyak berjalan ni rasanya semakin banyak yang baru tahu secara perinci…
Curahan rasa Denaihati @ ..Jadual Persekolahan Dan Cuti Sekolah Malaysia 2014
Comments are closed.