Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ini sambungan dari entri pertama “Turki aku datang“. Antara misi kami menjejaki Turki adalah melihat cara Yayasan Suleymaniyyah mendidik anak-anak menjadi insan yang bukan sahaja celik Al Quran tetapi mempunyi akhlak yang mulia sehingg boleh menjadi pemimpin dunia. Atas misi tersebut kami menjadi tetamu Yayasan sepanjang tempoh berada di Turki selama 13 hari. Melihat kebersihan asrama yang kami singgah bermalam dari bilik tidur sehingga bilik air sudah memukau hati.
Hari kedua dari asrama penginapan di Gaziantep seawal pagi kami dibawa bersarapan di asrama di Urfa kira-kira dua jam perjalanan. Alhamdulillah Berbagai jenis hidangan sarapan pagi ala Turki dihidangkan kepada kami, memang enak dan lazat. Gaziantep adalah sebuah bandar di Turki Asia yang menjadi antara penyumbang utama ekonomi terutama sektor pertanian. Gaziantep juga merupakan pengelur karpet kedua terbesar di dunia.
Mengikut riwayat bandar Urfa adalah antara bandar yang tertua di dunia yang dibina oleh Nabi Idris a.s. Urfa juga terkenal sebagai bandar Nabi kerana banyak jejak Nabi. Untuk menyaksikan kesan sejarah para Nabi kami telah dibawa kesatu lokasi kira-kira satu jam memandu dari Kota Urfa.
Makam Nabi Ayub a.s, Nabi Ilyasa dan Siti Rahmah
Alhamdulillah kami dapat menyaksikan makam dan menghadiahkan Al Fatihah untuk Nabi Ayub a.s, Nabi Ilyasa a.s dan Isteri Nabi Ayyub yang setia Siti Rahmah. Ketiga-tiga makam ini terletak dalam satu taman yang menjadi tarikan ramai orang. Kisah penderitaan Nabi Ayub a.s dan kesetian isterinya Siti Rahmah sangat dekat dengan jiwa aku kerana kisah inilah yang telah memberi aku kekuatan ketika diuji ALLAH suatu masa dahulu. Kepada sahabat yang terlupa kisah Nabi Ayub a.s dan Siti Rahmah bagus semak semula sirah Nabi untuk dijadikan pengajaran. Sesungguhnya kalau hari ini kita mengeloh dengan berbagai kesusahan cuba bandingkan dengan ujian yang dilalui oleh Nabi Ayub a.s betapa baginda tidak pernah sekelumit pun mengeloh dengan ujian ALLAH, bagaimana pulak kita? Selalu baca kelohan manusia di Facebook walaupun kekadang ujiannya terlalu kecil kalau nak dibandingkan dengan ujian Nabi Ayub a.s.
[box type=”shadow”]..dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika dia berdoa kepada Tuhannya, (Ya Tuhanku), sungguh aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang.Maka Kami kabulkan doanya, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan (Kami lipat gandakan jumlah mereka) sebagai suatu rahmat dari Kami, dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah kami..” – Surah Al-Anbiyaa’ ayat 83 – 84
(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): “Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu”, (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitnyamu zahir dan batin)”- Surah Shaad ayat 42
Dan (Kami perintahkan lagi kepadanya): “Ambillah dengan tanganmu seikat jerami kemudian pukullah (isterimu) dengannya dan janganlah engkau merosakkan sumpahmu itu”. Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Aiyub itu seorang yang sabar ia adalah sebaik-baik hamba sesungguhnya ia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya). – Surah Shaad ayat 44 [/box]
Sebelum bergerak ke Kota Urfa kami singgah solat zuhur – asar di asrama MTS yang terletak berhampiran dengan makam. Hebatnya asrama ini walaupun berada di pendalaman tetap kemas, teratur dan bersih seperti asrama MTS di bandar. Ini membuktikan sistem yang digunakan telah berjaya mendidik anak-anak membentuk akhlak baik yang sama tanpa mengira lokasi.
Selepas menziarah makam Nabi Ayub a.s, Nabi Ilyasa a.s dan Siti Rahmah kami bawa ke Kota Urfa. Lokasi pertama yang kami lawati di Urfa adalah guna tempat Nabi Ayyub a.s mengasingkan diri ketika diuji dengan sakit selama 7 tahun 7 bulan 7 minggu 7 hari. Berhampiran dengan gua tersebut terdapat sebuah perigi yang airnya telah digunakan untuk memandikan Nabi Ayyub a.s dan dengan izin ALLAH penyakit yang dihidapi sembuh.
Tempat Lahir Nabi Ibrahim a.s
Kami juga dibawa ke taman di tengah Kota Urfa yang mengikut riwayat tempat Nabi Ibrahim dilahirkan dan dibakar oleh Raja Namrud. Nabi Ibrahim a.s yang meminta dari Raja Namrud untuk dibakar di taman supaya dilihat oleh rakyat jelata. Raja Namrud telah membina sebuah bagunan untuk melempar Nabi Ibrahim ke dalam api dan replika ya masih ada sehingga sekarang. Nabi Ibrahim a.s sangat rapat dengan jiwa seluruh umat Islam dengan pengorban baginda selepas terlepas dari kekejaman Namrud kerana mempertahankan tauhid kepada tuhan yang satu iaitu ALLAH dan sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail maka baginda diberi penghormatan untuk membina kembali rumah ALLAH, Kaabah.
Alhamdulillah ALLAH sudah memilih aku untuk bertawaf di Kaabah dan lebih indah lagi setelah dapat menziarahi makam Nabi Ibrahim a.s dan makam isteri baginda Siti Sarah di Hebron, Palestine. Hari ini aku benar-benar tersentuh hati apabila sekali lagi ALLAH pilih untuk menziarahi lokasi dua peristiwa besar iaitu tempat lahir Nabi Ibrahim a.s dan lokasi baginda dibakar oleh Namrud. Semuga ada hikmah disebalik kejadian ini.
[box type=”shadow”]“Mereka berkata, “Dirikanlah sebuah bangunan untuk (membakar Ibrahim), lalu lemparkanlah dia kedalam api yang menyala-nyala itu.” (Surah As-Shaffat ayat 97).
“Kami berfirman, ‘Hai api, dinginlah engkau dan berilah keselamatan pada Ibrahim’.” (Surah A-Anbiya ayat 69). [/box]
Asrama Maahad Tahfiz Suleymaniyyah
Wajah asrama MTS walau dimana di Turki mahupun di 145 negara lain adalah sama iaitu teratur, kemas dan bersih. Semuanya adalah usaha khidmat pelajar yang dengan penuh tawaduk menguruskan asrama tanpa perlu pekerja lain.
Di akhir hari kedua kani kembali semula ke asrama di Gaziantep dan syukur sangat dapat bertemu ulama besar Sheikh Ibrahim yang baru pulang dari umrah. Bukan setakat dapat minum air zam-zam dan makan kurma tetapi paling penting berkongsian ilmu terutama tertip minum air zam-zam. Setelah dua hari di Turki ada sesuatu besar yang aku lihat.
Semuga ada ilmu baru yang dipelajari dari entri “Urfa Turki kota Para Nabi“. Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati
94 Comments
tak dapat bersama semasa hidup, dapat berkunjung ke makam mereka pun dapat satu kepuasan.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Nota Separa Perubatan Mengenai Senaman Yang Selamat
Comments are closed.