Assalamualaikum,
Terimakasih kepada tuan rumah denaihati.com kerana memberi keizinan buat ku mencoretkan segala apa yang tersimpan di sanubari, pada mulanya ingin berkongsi di blog sweetkurma.com, tapi pihak sweetkurma menyarankan agar aku melahirkan apa yang tersimpan selama ini di blog denaihati….
Aku sangat suka dengan lirik lagu nyanyian nora “dendam dalam diam”, ianya menggambarkan hati seorang madu, bukan hanya untuk isteri pertama tapi mungkin juga buat isteri ke dua, ke tiga dan ke empat…..
[box type=”shadow”]
Dalam manisnya madu
Terselit juga pahit hempedu
Madu manis padamu
Pahitnya sungguh bagi diriku
Suka atau pun tidak
Aku terus memendam rasa
Ingin sekali aku pergi bawa diri
Tapi ke mana arah
Rasanya sudah tak kuasa lagi
Persoalan inilah yang silih berganti
Hidup bersama bayangan saja
Oh indah hanyalah khabar
Bukan yang sebenar
Dendam di dalam diam
Bagaikan api membakar sekam
Senyum dalam paksaan
Sekadar lindung kedukaan ku
Lagu ini menggambarkan dendam yang tersirat seorang isteri yang dimadu atau bermadu, orang di luar sana sering beranggapan isteri pertama sahaja yang akan merasa sengsaranya hidup di madu, sebenarnya isteri kedua juga ada tahap ke sengsaraannya tersendiri sebagai bermadu, cuma siapa yang simpati dengan sengsara yang ditanggung oleh isteri ke dua? sebab segala tomahan lebih banyak dilemparkan kepada isteri kedua yang biasa di gelar sebagai “perampas”….
Walau sengsara macam mana sekali pun pada peringkat permulaan, sebagai isteri ke dua, aku tidak membiarkan ianya berlarutan, aku mula belajar menerima hakikat sebenar tentang “jodoh” dan juga ketentuan Ilahi buat diriku, aku didik rohani dan jasmani agar menerima segala ketentuan Ilahi, menerima dengan penuh ikhlas, bila datang ikhlas baru lah hilang “dendam” dan melupakan segala janji2 manis yang dihulurkan sebelum ikatan perkahwinan di mana tidak dapat dilaksanakan setelah berkahwin, sebab dia (suami) juga insan biasa yang punya kelemahannya tersendiri…
Berbelas tahun melayari hidup sebagai isteri ke dua bukan sesuatu yang mudah tapi ianya boleh dijalani dengan penuh nikmat jika kita meletakkan diri sebagai seorang hambaNya yang bersyukur atas takdir dan ketentuanNya….
Bagaimana dan macam mana, ianya bermula?
Bagaimana dan macam mana, aku melayarinya?
Bagaimana dan macam mana, akhirnya aku dapat menikmati kemanisan bermadu?
Bagaimana dan macam mana, kemanisan yang ku nikmati, ada ketika di salah erti? entah sampai bila?
InshaAllah, jika di beri peluang oleh tuan rumah, aku akan terus menulis, dengan niat untuk berkongsi sesuatu yang tidak ada pada kebanyakkan orang, sesungguhnya setiap apa yang dibolehkan oleh Allah ada segala rahsia hikmah yang tersembunyi….
Tiada niat untuk aibkan sesiapa pun, hendaknya suami, maduku dan juga diriku, apa yang dipaparkan adalah suatu kisah yang mungkin boleh diambil kira atau sebagai pengajaran bagi yang betul2 memerlukan, untuk meraih simpati sekali kali tidak…. ini adalah HATI SEORANG MADU….!
Tunggu kisah selanjutnya…..
Wassalam
103 Comments
Jadikan sebagai lahan untuk mendulang pahala dengan kesabaran dan Ridha maka mendapat pahala besar
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Rambu-Rambu Ibadah
Hati seorg wanita itu sulit…mereka yg menjadi madu @ dimadukan mempunyai anugerah hati istimewa dari Allah…kesabaran yg tinggi dlm hadapi ujian dariNya..mgkin sengsara seketika di dunia…tapi kebahagiaan hebat buat mereka disyurga…moge mereka yg hidup dimadukan @ bermadu dgn rela..sentiase berada dlm rahmat Allah..tabahlah..kerana Allah kan ada..
Madu itu manis? Mungkin kemanisan yg dikecapi itu utk yg bersabar dan redha juga pada akhirat nanti..tp saya juga tidak minta di madukan… Huhu
Curahan rasa shamiera osment @ ..The Foodgasm : The Heaven for Foodie…
Lagu dendam dalam diam ni memang menggamit memori saya sebab cerita yang berkisarkan pasal poligami juga. Memang sedih ja bila hidup bermadu macam dalam lakonan tu. Tak best langsung
Curahan rasa nord @ ..Kulit anjal, Tegang dan Awet muda Idaman Wanita
Memang mendalam maksudnya…ada madu yang nampak bahagia secara zahirnya. Namun, jauh di lubuk hati terselit kepiluan… 🙁
– Ombak Rindu
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
Kalau dah ketentuan Allah untuk kita hidup bermadu dalam perkahwinan. Nak buat macam mana kan. Kita kenalah redha dengan takdir yang Allah berikan.
Hati seorang madu. Walaupun belum berkahwin saya dapat menyelami kisah hatinya. Mereka yang dah bermadu bukan minta di madukan. Dah jodoh ketentuan Allah. Belajar redha dengan takdir.
Ps: Lelaki memang boleh bernikah lebih daripada satu. Tapi sebelum tu cubalah fahami wanita(isteri) terlebih dulu. Jangan fikir nak bernikah ramai, tapi isteri terdahulu di abaikan.
Betul tu. Bukan mudah sebenarnya hidup bermadu ni, kena terima bahawa suami bukanlah milik kita sepenuhnya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
Madu memang manis tetapi bermadu itu tidak semestinya manis. Ini adalah rencah dan ragam kehidupan dimana setiap orang tidak akan sama jalan ceritanya. Setiap satunya adalah ketentuan Ilahi dan hanya mereka yg beriman akan mendapat hikmah disebalik setiap kejadian…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cita-Citaku Ingin Menggapai Pelangi
Qada dan qadar allah. Kita cuma mampu berusaha. Tapi bagi lelaki yang mahu bermadu, cuba dulu letakkan diri anda di tempat isteri. Fikirkan bagaimana perasaan anda kalau anda menjadi isteri yang di madukan.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
Betul tu. Baru mereka para suami faham bagaimana rasanya kalau diri mereka dimadukan.
Berada dalam persekitaran keluarga bermadu, sebenarnya amat dekat dengan PG. Bukan PG. Ibu PG yang di madukan. Tapi kami menerima sebaik mungkin. Ketentuan Allah S.W.T siapa yang berani untuk menidakkannya. Bukan kami, bukan juga ibu. Apa pun, apa yang dapat PG katakan, bermadu itu manis jika kena pada tempatnya. InshaAllah. PG agak tersentuh sedikit dengan artikel diatas. Mudah-mudahan perjalanan hidup penulis, diredhai oleh Allah S.W.T. PG doakan yang baik-baik sahaja.
aduh di beri madu untuk di makan tak pa la..sanggup den berpisah kalau di duakan hahah lawak jer la..
Curahan rasa adna2029 @ ..Blog Ku Berwajah Baru
maafkan saya ..terlalu emosi dengan artikel ini 🙁
apapun bg yg telah di madukan…Sabar dan redha..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Biskut Galleta Terlaris Di Pasaran
Comments are closed.