Keputusan perlawanan Arsenal BPL 2013/14

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, persaingan Barclays Premier League musim 2013/14 antara yang paling menarik sepanjang sejarah aku mengikuti. Kedudukan 20 pasukan terus bersaing setiap perlawanan sehingga keperlawanan yang terakhir terutama persaingan empat pasukan teratas dan tiga pasukan terbawah. Setiap pasukan mampu dikalahkan oleh mana-mana pasukan tidak ada pasukan yang paling terkuat.

Arsenal bermula dengan baik mendahului papan carta BPL untuk banyak minggu tetapi musim BPL yang panjang telah mengubah nasib. Kecederaan adalah musuh paling utama apabila beberapa pemain utama seperti Theo Walcott. Aaron Ramsey, Mesut Ozil, Alex Oxlade Chamberlain dan beberapa pemain lain terlibat. Selain kecederaan nasib juga tidak menyebelahi Arsenal seperti perlawanan Champions League menentang Bayern Munich apabila penjaga gol Wojciech Szczesny dikenakan kad merah akibat drama Arjen Robben. Memang panas hati aku bila berkali-kali tengok video mamat ini berlakun cedera di SINI. Memang pada muka Bayern Munich kena belasah dengan Real Madrid 0 – 5 di perlawanan semi final Champions League.

Keputusan perlawanan Arsenal

Daripada kedudukan no satu Arsenal jatuh ke no empat dan terpaksa bersaing dengan Everton, memang mendebarkan semua penyokong setia. Nasib baiklah di akhir-akhir musim ini Everton pulak hilang fokus kalau tidak memang ada harapan Arsenal terkeluar dari Champions League buat pertama kali dalam tempoh 17 musim. Paling tak syok apabila keputusan perlawanan Arsenal yang kalah besar kepada pasukan besar BPL dan tak sangka-sangka tewas kepada beberapa pasukan kecil.

[box type=”shadow”]Keputusan Arsenal dengan big four BPL 2013/14

Arsenal vs Liverpool : 2 – 0

Manchester United vs Arsenal : 1 – 0

Manchester City vs Arsenal : 6 – 3

Arsenal vs Chelsea : 0 – 0

Liverpool vs Arsenal : 5 – 1

Arsenal vs Manchester United : 0 – 0

Chelsea vs Arsenal : 6 – 0

Video Arsenal tewas kepada Liverpool


[/box]

Selain sudah hampir layak ke Champions League 2014/15 harapan paling besar untuk Arsenal adalah menewaskan Hull City untuk menjulang piala FA Cup 2013/14. Perlawanan akhir FA Cup 2013/14 pada 17/5/2014, 12.00 am di Stadium Wembley bukanlah perlawanan yang mudah kerana sudah terbukti beberapa pasukan besar yang tewas kepada pasukan kecik di final FA Cup sebelum ini. Seluruh dunia Arsenal fan yang setia menyokong kejayaan Arsenal menjulang piala setelah ketandusan selama 9 tahun.

[box type=”shadow”]Keputusan perlawanan Arsenal BPL 2013/14

Everton vs Arsenal : 3 – 0

Arsenal vs West Ham : 3 – 1

Hull City vs Arsenal : 0 – 3

Arsenal vs Newcastle : 3 – 0

Arsenal vs West Brom : 1 – 0

Norwich City vs Arsenal : 0 – 2

Panduan Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita!
[/box]

Berbagai peristiwa sepanjang musim yang panjang BPL 2013/14. 10 pengurus telah dibuang termasuk yang paling kontroversi David Moyes yang hanya sempat hanya sepuluh bulan menjadi pengurus Manchester United mengantikan Alex Ferguson. Kejayaan Liverpool di bawah Brendon Rogers bersaing dengan big four telah menyebabkan penyokong setia Liverpool mendabik dada dengan berani mengutuk penyokong kelab lain. Itulah bola sepak yang bulat jangan sangka nasib pasukan kita baik sahaja yang penting setia dalam apa juga keadaan. Selain mata penyokong setia bola sepak melihat persaingan hebat kejuaran BPL 2013/14 antara Liverpool, Chelsea dan Manchester City tidak terlupa juga persaingan hebat Champions League dan Europa League.

[box type=”shadow”]

Keputusan Final Champions League 2013/14

Real Madrid vs Atletico Madrid : 25/5/2014, 2.45 am

Keputusan Final Europa League 2013/14

Benfica vs Sevilla : 0 – 0 (2 – 4)

Tak tahu macam mana nak jual emas? Klik je sini!
[/box]

Keputusan Perlawanan Arsenal @ Twitter



Spread the love

21 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!