Pengalaman Digoda Oleh Lelaki Gay Melayu
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, senyum sengit aku apabila membaca entri Blogger Faizal dengan tajuk yang tak kurang hebat “Pengalaman digoda oleh lelaki Gay“. Kalau nak tahu kisahnya klik jelah pada tajuk tu, memang panjang lebar ceritanya naik seram pulak aku baca. Fenomena lelaki homeseksual ni bukan sekarang sahaja tetapi telah berlaku sejak Nabi Luth sehingga terjadinya Laut Mati di sempadan Jordan dan Palestine yang pernah aku jejaki. Akhir zaman ini semua yang berlaku di zaman Nabi terdahulu telah berlaku kembali.
Aku pun ada pengalaman digoda lelaki Gay Melayu Malaysia. Kisah ini sudah lamu berlaku ketika aku masih bujang, ketika itu bertugas di Taiping. Seperti biasa setiap bulan aku perlu ke Ibu Pejabat di Kuala Lumpur untuk bermesyuarat tu lah susah nya menjadi Ketua Jabatan pada usia muda. Biasanya aku naik bas lewat malam dan sampai di Kuala Lumpur awal pagi dan terus ke lokasi Mesyuarat.
Ada suatu trip bas aku sampai awal, biasalah pemandu bas memandu laju kalau trip malam. Sementara nak menunggu waktu pagi aku berehat disebuah kerusi panjang di luar Pasar Seni sehingga terlena kepenatan. Tiba-tiba aku rasa kaki aku diraba-raba, terkejut katak ingatkan awek mana yang meraba rupanya seorang jejaka. Apa lagi bergegaslah aku bangun terus hilang rasa mengantuk yang amat sangat.
Rupanya mamat Melayu ini seorang gay yang cuba memujuk rayu aku. Ceehh aku lelaki sejati jadi tak berjayalah mamat ini menggoda aku kalau dia goda Abang Ensem atau Eyriqazz mungkinlah. Kami sempat berbual, katanya ramai lelaki gay di Kuala Lumpur. Kebetulan ketika kami berbual di suboh hari beberapa lelaki melintas lalu dan paling mengejutkan bawa yang lalu tadi itu adalah gay.
[box type=”shadow”]Dan (Kami telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). Ingatlah takkala mereka berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah (homoseksual) itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seseorang pun (di dunia ini sebelummu)? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. – Surah Al-A’raaf, Ayat 80 – 81
[box type=”shadow”]Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergegas-gegas. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji (liwat, homoseksual). Luth berkata: “Hai kaumku, inilah puteri-puteriku, mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan (nama)ku terhadap tamuku ini. Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal?” – Surah Huud, Ayat 78.
Anda ada ke pengalaman digoda lelaki Gay kalau ada jom kongsi kisah.
