Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, antara keyword utama yang sampai ke blog Denaihati pada tahun 2013 adalah “Halal Jakim“. Secara tidak lansung cerita status Halal dan Haram makanan di Malaysia sudah menjadi sebahagian dari niche blog Denaihati. Itulah kekadang niche blog boleh ditentukan oleh pembaca dan Google berdasarkan sesebuah entri yang tertulis di blog pada suatu masa dahulu.
Setiap kali ada isu terbaru status halal haram sesuatu jenis makanan pasti blog ini akan menjadi perhatian seperti sebelum ini kisah “Isu Kod E472e Produk Kopiko” dan “Status Halal Coklat Pepero“. Untuk menjadi Blogger yang bertanggungjawab kepada masyarakat jadi aku tidak ada pilihan selain daripada berkongsi maklmut terkini isu semasa tentang status halal makanan terkini. Isu terkini adalah status halal Coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut apabila Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan status positif mengandungi DNA lemak babi.
Dari awal aku telah menerima whatsapp laporan status coklat Cadbury Diary Milk dengan lampiran surat dari KKM tetapi seperti biasa aku tidak mahu menyebarkan tanpa pengesahan sebab banyak sangat berita yang meragukan tersebar di sosial media sebelum ini sehingga menimbulkan keraguan status halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Alhamdulillah pihak Cadbury Dairy Milk telah memberi maklumbalas dengan isu yang meresahkan pengguna Islam.
Penjelasan Isu Status Halal Coklat Cadbury Diary Milk Hazelnut dan Buah Badam
Kami di Cadbury ingin memberi maklum balas berkenaan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pagi ini.
Pihak kami telah dimaklumkan bahawa Cadbury Dairy Milk dengan kacang Hazel (nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014) dan Cadbury Dairy Milk dengan Buah Badam (nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015) telah diuji positif dengan kesan DNA khinzir. Pihak kami telah mengambil tindakan segera dengan menarik semula kesemua produk-produk yang terjejas daripada pasaran.
Produk-produk Cadbury yang lain adalah tidak terjejas dalam siri ujian yang telah dilakukan.
Pihak kami sedang menjalankan sisasatan rapi ke atas kesemua rangkaian bekalan kami bagi memastikan kualiti produk kami terus mematuhi kesemua piawaian yang telah ditetapkan. Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa kesemua cokelat Cadbury Malaysia adalah dihasilkan di Malaysia dan dijamin Halal menerusi sijil JAKIM, dan ini termasuk sumber bekalan bahan-bahan mentah dan lokasi yang digunakan. Kami mengamalkan prosedur kawalan kualiti yang ketat dan memastikan produk kami mencapai standard tertinggi dalam keselamatan dan kualiti produk.
Kami ingin mengucapkan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepada Cadbury. – Sumber
Berdasarkan penjelasan dari Cadbury Dairy Milk hanya Coklat Cadbury Hazelnut nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014 dan Coklat Cadbury Buah Badam nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015 sahaja yang terlibat dengan isu kesan positif DNA lemak babi.
[box type=”shadow”]Kenyataan status halal coklat Cadbury terkini oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu ‘halal dimakan’. Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai ‘Umum al-Balwa’. Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan. Umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah. – Sumber [/box]
Kerosakan nama baik Cadbury Milk sudah berlaku pasti sukar untuk dipulihkan. Ramai yang telah menyebarkan berita dan pasti tidak ramai yang rajin nak baca penjelasan dari Cadbury. Isteri aku pun marah kerana produk Malaysia ada masalah macam ini. Bagi aku orang Islam kena marah diri sendiri kerana sangat bergantung kepada orang bukan Islam untuk menghasilkan produk Halal. Ingat bukan Islam tidak akan pernah berpuas hati selagi kita mengucap kalimah ALLAH jadi salah satu yang dirosakan adalah makanan. Mungkin bukan pengurusan Cadbury Dairy Milk yang buat tetapi ada tangan-tangan jahat yang sentiasa berusaha merosakan Islam.
[box type=”shadow”]Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka? Bagi menjawabnya katakanlah: Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu) dan bertakwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya. – Surah Al Ma’idah ayat 4 [/box]
Berhati-hati apabila makan terutama apabila ada perasaan was-was jadi baik semak status Halal di Jakim secara online.
[box type=”shadow”]Penjelasan JAKIM isu status halal terkini coklat cadbury
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ujian Jabatan Kimia ke atas sampel dua produk coklat keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd menunjukkan ia tidak mengandungi DNA babi seperti didakwa sebelum ini. Ujian dibuat ke atas sampel dari dua kelompok produk coklat dengan kacang hazel dan juga sampel dari satu kelompok produk coklat susu dengan buah badam keluaran syarikat tersebut. Sementara itu, laporan Berita Harian yang memetik satu lagi kenyataan Jamil Khir menyebut, analisis oleh Kementerian Kesihatan yang menyimpulkan bahawa ia mengandungi DNA babi melibatkan sampel yang tercemar. Sampel tersebut dikatakan tidak diambil terus daripada kilang syarikat Cadbury Confectionary, katanya seperti dipetik dalam lapor Berita Harian Online. – Sumber [/box]
192 Comments
Assalamualaikum. Terpulang kepada kita sama ada untuk makan ataupun tidak coklat cabbury ini. Namun kalau kita masih berasa ragu-ragu atau syubhah, lebih elok ditinggalkan. Rasulullah saw sendiri berpesan agar meninggalkan perkara yang syubhah. Masih banyak jenama coklat lain termasuklah buatan orang Islam sendiri di pasaran. Cuma kita mungkin kurang terdedah dengan jenama ini akibat promosi yang kurang. Sebagai orang Islam, mencari sesuatu yang halal itu wajib..
Curahan rasa Ummi Naimie @ ..Manfaat Pengambilan Vitamin E Complex Shaklee
Pilihlah Coklat Buatan Orang Muslim …. CIntai Produk dalam negeri..
Curahan rasa Kaos Distro @ ..Kaos Distro Bola Arsenal GD 12
Now u see now u don’t…. macam biskut pulak cerita cadbury ni..
Curahan rasa KelipKelip @ ..Semak Status Halal Secara Online Dan SMS
sebelum ni kata ada DNA dot dot dot….lepas tu semalam dengar berita, kata takde pula…pening da…
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Fenomena Game WeChat Speed All Star Race
ambil yang terkini dari Jakim, dengan siapa lagi kita nak percaya kalau bukan dengan Jakim.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips Pagerank 2014
satu pihak kata ada, satu pihak lagi nafikan… dua2nya berautoriti, yang mana sati nak percaya?
Curahan rasa KelipKelip @ ..Semak Status Halal Secara Online Dan SMS
DNA Babi ni sebenarnya tidak disengajakan. Jika ada yang tidak terbuka hati untuk mengetahuinya, maka huru-hara macam ni laa jadinya. Tiada masalah kerana lebih separuh daripada pekerja untuk membuat coklat ini adalah Muslim, tetapi ada sedikit DNA yang secara tidak senagaja masuk ke dalam 2 jenis coklat ini ..
andai was-was, jauhilah,
Curahan rasa syaifuddin alias @ ..Oh! Gadis – Rogol, Kelar, Bunuh
sengaja atau tak sengaja kita tak tahu atau ada pihak2 yg nak sbotaj pun kita tak tahu, tapi Alhamdulillah umat Islam masih sensitif dalam perkara halal haram ni,
Curahan rasa KelipKelip @ ..Kata-kata Hikmah Dari Hadis Rasulullah
Nampaknya JAKIM kena buat pemeriksaan dengan lebih kerap lagi. In the mid time tu, macam2 boleh jadi..
Curahan rasa Ida @ ..Vitamin C untuk apa sebenarnya?
sekali dah tercemar perasaan was-was akan wujud..jadi pilihlah cokelat buatan orang Muslim!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Main Tiga Perkataan
setuju sangat… dgn berita DNA babi ni, nampak jelas kuatnya KUASA PASARAN umat Islam, sebenarnya orang Islam yang boleh control harga barang dll.
Curahan rasa KelipKelip @ ..Berkesannya Kitab Teknik SEO Merah Jambu, Lihat Bukti!!
Ya. Coklat buatan orang muslim pun apa kurangnya. Sekali gus kita juga dapat mengetengahkan produk orang muslim. Sama-sama bantu sesama Islam.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
pilihan di tangan kita. senang je, beli coklat keluaran Muslim. InshaALLAH diyakini halal.
tapi coklat okeluaran muslim susah nai dapat… kalau ada pun bahan asas kebanyakannya dari kilang orang non-muslim
Curahan rasa KelipKelip @ ..Buat Duit Raya Dengan Kuih Raya Di Pasaraya
sempat coba makan coklat ini memang lembut di lidah dan sedap sekali, padahal ada sertifikat halal kenapa ada dna lemak babi? produk makanan minuman sudah seharusnya di cek terus kalau bisa per enam bulan sekali
Curahan rasa Obat Herbal TB Paru Xamthone Plus @ ..Obat Herbal TB Paru Xamthone Plus
nak dapatkan sijil halal JAKIM memang ketat peraturannya, pernah tengok di TV cara diaorang check, sampai peralatan yang sekecil2nya seperti berus pun di periksa,
Curahan rasa KelipKelip @ ..Giveaway RM300 Blog Pancing Elih
Ya. Itu sudah pasti kerana yang nak makan juga terdiri dari orang Islam. Pastilah kena periksa betul-betul supaya produk yang dikeluarkan itu betul-betul halal dan bersih dari sebarang kekotoran.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Kita ada pilihan untuk memilih produk coklat buatan anak Melayu Malaysia.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Piala Thomas Milik Godzilla!
Nasib baik tak suka makan cokelat =p
http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/05/perbelanjaan-untuk-menyambut-ahli-baru.html
Curahan rasa Butik GebuGebu @ ..Olivenol Meningkatkan Daya Imun Badan Secara Semulajadi
Comments are closed.