Assalamualaikum dan Salam Ramadhan, mengikut riwayat At Tirmidzi, Rasulullah bersabda yang maksudnya “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”. Masih belum terlewat untuk kita muhasabah diri sebanyak mana sedekah sudah kita keluarkan sepanjang Ramadhan 2015. Sedekah semestinya mengikut kemampuan kalau yang kaya perlu memberi lebih berbanding yang miskin.
Antara sedekah yang boleh kita laksanakan di bulan Ramadhan yang sangat mulia :
1. Memberi makan kepada sahabat kita yang berbuka puasa. Berdasarkan riwayat At-Tirmidzi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya “Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikit pun mengurangi pahalanya.” Jadi berebut-rebutlah kita memberi makan kepada sahabat atau jiran yang berbuka puasa. Apabila pergi ke bazar Ramadhan belilah lebih kuih muih untuk dihantar ke masjid atau surau yang ada majlis berbuka puasa. Apabila menyediakan juadah berbuka masaklah lebih untuk diberikan kepada jiran sebelah. Apabila hadir majlis buffet ramadhan bawa sekotak kurma untuk diberikan kepada kawan-kawan. Rugi sangat kalau kita tidak merebut kelebihan memberi makan atau minum kepada mereka yang berbuka puasa.
2. Masukan seringgit dua ke dalam tabung-tabung derma di masjid dan surau SETIAP HARI di bulan Ramadhan dengan niat untuk mendapat keampunan dan keredhaan dari ALLAH SWT.
3. Belikan keperluan samada makanan atau pakaian untuk fakir miskin dan anak yatim terutama saudara mara sendiri di kampung atau di taman kediaman.
4. Keluarkan zakat harta atau zakat pendapatan atau zakat emas atau zakat ternakan di bulan Ramadhan.
5. Laksanakan Aqiqah untuk anak yang belum disempurnakan selama ini dan paling baik buatkan aqiqah di tempat yang sangat memerlukan seperti di kemboja. Selain kita melaksanakan tanggungjawab kepada anak dapat juga kita membantu umat Islam yang miskin di Kemboja. Tempahan boleh dibuat secara online di eQurban.com yang sudah ada lebih empat tahun pengalaman menguruskan aqiqah di Kemboja.
6. Kalau kita sudah berniat untuk berqurban tahun ini mengapa tidak kita buat tempahan qurban di bulan mulia untuk mendapat ganjaran berganda. Tempahan boleh dibuat secara online di eQurban.com yang sudah ada lebih empat tahun pengalaman menguruskan qurban di Kemboja.
7. Ramadhan juga adalan bulan terbaik untuk kita mengeluarkan sedikit harta untuk wakaf membina masjid, surau dan madrasah sebagai saham akhirat yang berpanjangan. Apa lagi yang bakal jadi bekalan berpanjangab setelah kita meninggal melainkan sedekah jariah membina masjid dan sekolah yang sentiasa digunakan untuk agama.
Berdasarkan sebuah hadith yang maksudnya “Setiap amal manusia akan diganjar kebaikan semisalnya sampai 700 kali lipat. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’” (HR. Muslim no.1151). Berdasarkan hadith ini jelas ganjaran puasa di bulan Ramadhan dan apa sahaja kebaikan yang kita lakukan di bulan Ramadhan termasuk bersedekah adalah milik ALLAH. Kalau di bulan selain bulan Ramadhan telah dijanjikan ganjaran berlipat kali ganda kepada setiap pemberian kita apatah lagi di bulan Ramadhan. Bukan sekadar balasan harta benda yang kita harapkan untuk setiap pemberian tetapi juga balasan kesihatan yang baik, keselamatan kehidupan, kebahagian berumahtangga, kejayaan anak-anak dan paling penting Syurga kelak balasan di alam akhirat. Tidak mustahil asbab sedekah maka kita terpilih untuk beramal di malam Lailatulqadar, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, no.6)
Jadi adakah hendak kita persiakan peluang yang sangat hebat yang sudah terbentang di hadapan kita??
82 Comments
Bulan Ramadhan, bulan berkah. Sememangnya kita kena gunakan sebaik-baiknya untuk meningkatkan iman dan taqwa kita kepada Allah. Jangan sia-siakan keberkatan bulan ini. Mari kita berlumba-lumba membuat kebaikan untuk bekalkita disana nanti.
Curahan rasa nila anggraini @ ..6 Penyebab Lelaki Cepat Tewas
Alhamdulillah.. lipatkan gandakan pahala kita di bulan yg mulia ni kan..walaupun sedikit. Tapi besar bagi mereka yang sangat memerlukan..Allahuakhbar…
Curahan rasa Lina @ ..Bagaimana B-COMPLEX membantu penjagaan kesihatan yang lebih baik?
Bulan ramadhan la bulan yang sangat best kalau nak bersedekah. Pahala berganda2 insyaAllah.. Jom sesama banyakkan infaq, gembirakan semua orang
Curahan rasa Aya Chalo @ ..10 Perubahan Pelik Semasa Hamil Yang Bakal Ibu Perlu Ambil Tahu
Waktu bulan ramadan ini lah peluang untuk kita mengandakan amalan , salah satunya dengan bersedekah , walaupun hanya bersedekah sebungkus kurma
Curahan rasa onlajer @ ..Cornflakes Madu Badam Anak Dara
Bulan ramadan mmg bulan rezeki buat mereka. Ni la masanya utk kita meraikan mereka
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Syurga Nur di Tv3
Terima kasih atas nasihat yang diberikan..lepas ni nak rajinkan diri sedekah setiap hari di masjid..insyaAllah..
Curahan rasa Hafizul @ ..Pendapatan Ke-27 Panduan Menjahit Baju
Memang seronok dapat bersedekah pada yang memerlukan walaupun nilainya sedikit, Nilai sumbangan tidak penting, asalkan kita ikhlas dan mengikut kemampuan.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Berpuasa Punca Stroke Haba?
Inilah masanya untuk kita tingkatkan amalan kita untuk merebut peluang yang hanya disediakan sebulan daripada 12 bulan. Moga kita diberikan kekuatan. Insyallah..
Curahan rasa Sani @ ..Bestnyer Makan Serunding Original Ni!
setip yang kita berikan kepada orang lain dengan iklas, pasti akan mendapatkan ganti yang berlipat, amiiinnn
Sedekah subuh tiap hari paling senang nak buat..inshaaAllah rezeki takkan putus dan rasa sentiasa cukup..
Curahan rasa nur zayyani liman @ ..Pengiraan Fidyah Tanpa Gandaan
jom sama2 kita ambik peluang keemasan di bulan Ramadhan ini untuk gandakan ibadah dan memohon keampunan daraipada Allah. Rugilah bagi mereka yang mensia-siakan Ramadhan ini.
Curahan rasa akmal rusyd @ ..6 Tips Mudah Untuk Kekal Kulit Cantik Berseri
perkongsian yang bagus, kebanyakkan kita tidak berlumba-lumba utk bersedekah dalam bulan ramadhan tetapi lebih sibukkan utk beri duit dipagi raya, walau tidak ada salahnya tetapi bersedekah di bulan ramadhan itu lebih baik.
Curahan rasa shasalleh @ ..Zinc Bantu Sembuhkan Luka Bersalin atau Pembedahan dengan Cepat
Sedekah itu miracle. sedikit pun tidak mengurangkan harta sebaliknya ia menambahkan dan menenangkan hati si pemberi 🙂
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Promosi Terhebat Shaklee Bulan July 2015
Memang Ramadhan amat bermakna kepada semua. Berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan suatu amalam mulia.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Sepagi Bersama Basic H Yang Memang Buatkan Kerja-Kerja Mencuci Jadi Mudah!
alhamdulillah. memang ada banyak cara untuk kita bersedekah. terutamanya dalam bulan ramadhan ini. tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.
Curahan rasa MamaBard @ ..Khasiat Madu Untuk Kesihatan
Bayangkan kegembiraan anak-anak yatim bila menerima hadiah yang tidak disangka-sangka. Masih ada yang sayang walaupun ibu bapa mereka telah tiada,
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Sepagi Bersama Basic H Yang Memang Buatkan Kerja-Kerja Mencuci Jadi Mudah!
Comments are closed.