Kahwin isteri baru, lelaki ini serahkan kembali pingat Dato’ Indera

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat pengantin baru.

Tahniah kepada pengantin baru Harry Aziz atau nama sebenarnya Azri bin Aziz. Beliau melangsungkan perkahwinan dengan isterinya yang bernama Nadhira. Sebelum ini beliau berkahwin dengan seorang kerabat diraja Pahang.

Pernikahan dan persandingan mereka berlangsung pada hari sabtu yang lalu iaitu 23 Februari 2019 di Laman Puteh, Seremban 2.

Majlis kedua-dua mempelai berlangsung pada waktu malam dan dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat handai.

“Hasil Dari Idea Dan Lakaran Bentuk Pelamin Dari Kami Sendiri, Maka Terjadilah Bentuk Mahligai Ini…Alhamdulilah Ramai Yang Cakap Cantik…” begitulah yang ditulis di laman Facebook pengantin baru, Harry Aziz.

Harry Aziz juga sempat menyanyikan lagu untuk isteri barunya di pelamin tersebut.

Kakaknya Azura Aziz yang merupakan seorang penyanyi berkesempatan untuk menyanyikan lagu yang bertajuk Di Setiap Mahu Mu.

Patutlah, Harry Aziz pun apa kurangnya dalam bidang muzik. Beliau terkenal dengan lagu She’s Gone, menyanyi sambil bermain dram.

Begitulah serba sedikit majlis pernikahan dan persandingan bekas adik ipar Agong yang berlangsung baru-baru ini.

Selepas berpisah dengan kerabat diraja Pahang, secara automatiknya pingat kebesaran yang membawa gelaran ‘Dato Indera’ itu terlucut. Harry Aziz diminta untuk serahkan kembali pingat tersebut kepada pihak terbabit.

Sekarang, tiada lagi title Dato Indera yang digunakan. Semuanya telah selesai dengan kehidupan baru.

Selamat pengantin baru Harry Aziz dan Nadhira! – ilyana kempas-


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!