Assalamualaikum dan Salam Ramadhan, mengikut riwayat At Tirmidzi, Rasulullah bersabda yang maksudnya “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”. Masih belum terlewat untuk kita muhasabah diri sebanyak mana sedekah sudah kita keluarkan sepanjang Ramadhan 2015. Sedekah semestinya mengikut kemampuan kalau yang kaya perlu memberi lebih berbanding yang miskin.
Antara sedekah yang boleh kita laksanakan di bulan Ramadhan yang sangat mulia :
1. Memberi makan kepada sahabat kita yang berbuka puasa. Berdasarkan riwayat At-Tirmidzi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya “Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikit pun mengurangi pahalanya.” Jadi berebut-rebutlah kita memberi makan kepada sahabat atau jiran yang berbuka puasa. Apabila pergi ke bazar Ramadhan belilah lebih kuih muih untuk dihantar ke masjid atau surau yang ada majlis berbuka puasa. Apabila menyediakan juadah berbuka masaklah lebih untuk diberikan kepada jiran sebelah. Apabila hadir majlis buffet ramadhan bawa sekotak kurma untuk diberikan kepada kawan-kawan. Rugi sangat kalau kita tidak merebut kelebihan memberi makan atau minum kepada mereka yang berbuka puasa.
2. Masukan seringgit dua ke dalam tabung-tabung derma di masjid dan surau SETIAP HARI di bulan Ramadhan dengan niat untuk mendapat keampunan dan keredhaan dari ALLAH SWT.
3. Belikan keperluan samada makanan atau pakaian untuk fakir miskin dan anak yatim terutama saudara mara sendiri di kampung atau di taman kediaman.
4. Keluarkan zakat harta atau zakat pendapatan atau zakat emas atau zakat ternakan di bulan Ramadhan.
5. Laksanakan Aqiqah untuk anak yang belum disempurnakan selama ini dan paling baik buatkan aqiqah di tempat yang sangat memerlukan seperti di kemboja. Selain kita melaksanakan tanggungjawab kepada anak dapat juga kita membantu umat Islam yang miskin di Kemboja. Tempahan boleh dibuat secara online di eQurban.com yang sudah ada lebih empat tahun pengalaman menguruskan aqiqah di Kemboja.
6. Kalau kita sudah berniat untuk berqurban tahun ini mengapa tidak kita buat tempahan qurban di bulan mulia untuk mendapat ganjaran berganda. Tempahan boleh dibuat secara online di eQurban.com yang sudah ada lebih empat tahun pengalaman menguruskan qurban di Kemboja.
7. Ramadhan juga adalan bulan terbaik untuk kita mengeluarkan sedikit harta untuk wakaf membina masjid, surau dan madrasah sebagai saham akhirat yang berpanjangan. Apa lagi yang bakal jadi bekalan berpanjangab setelah kita meninggal melainkan sedekah jariah membina masjid dan sekolah yang sentiasa digunakan untuk agama.
Berdasarkan sebuah hadith yang maksudnya “Setiap amal manusia akan diganjar kebaikan semisalnya sampai 700 kali lipat. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’” (HR. Muslim no.1151). Berdasarkan hadith ini jelas ganjaran puasa di bulan Ramadhan dan apa sahaja kebaikan yang kita lakukan di bulan Ramadhan termasuk bersedekah adalah milik ALLAH. Kalau di bulan selain bulan Ramadhan telah dijanjikan ganjaran berlipat kali ganda kepada setiap pemberian kita apatah lagi di bulan Ramadhan. Bukan sekadar balasan harta benda yang kita harapkan untuk setiap pemberian tetapi juga balasan kesihatan yang baik, keselamatan kehidupan, kebahagian berumahtangga, kejayaan anak-anak dan paling penting Syurga kelak balasan di alam akhirat. Tidak mustahil asbab sedekah maka kita terpilih untuk beramal di malam Lailatulqadar, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, no.6)
Jadi adakah hendak kita persiakan peluang yang sangat hebat yang sudah terbentang di hadapan kita??
82 Comments
Alhamdulillah, moga Ramadan ini menjadikan kita semua insan yang pemurah dalam berkongsi rezeki yang Allah kurniakan..^_^
InsyaAllah…ada rezeki lebih boleh dkongsi bersma-sama bersama insan yg memerlukan
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Projek Almari Baju
mudah mudahan ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum sebelum ini… insyaAllah
Curahan rasa Azlan @ ..Samsung Galaxy J7
Ramadhan peluang terbaik untuk recharge iman untuk persediaan 11 bulan kemudiannya. Peluang ni memang perlu direbut oleh semua. Jangan disiakan.
Curahan rasa rika @ ..Tips Sahur Sihat Ketika Berpuasa
mengingatkan diri ini akan tanggungjawab untuk membantu insan lain yang kurang berkemanpuan dari kita
Curahan rasa eBook Bisnes Online @ ..Sertai Affiliate JvZoo Untuk Buat Duit USD Online
Semoga sedekah dan amal Jariah kita sepanjang bulan Ramadhan ini diterima Allah S.W.T..
Curahan rasa Anuar @ ..Perbandingan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta RON95 dan RON97 Selepas 1 Julai 2015
Admin… Tumpang tanya.. Aqiqah di Kemboja turut dijalankan pada bulan Ramadhan yer?
Curahan rasa Anuar @ ..Perbandingan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta RON95 dan RON97 Selepas 1 Julai 2015
Di Malaysia jarang kita dengar ada orang melaksanakan Ibadah Aqiqah pada bulan Ramadhan.. Tu yang nakkan kepastian tu… TQ..
Curahan rasa Anuar @ ..Perbandingan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta RON95 dan RON97 Selepas 1 Julai 2015
Bulan Ramadhan banyak kita buat Aqiqah atas permintaan untuk diberi makan kepada orang-orang miskin di Kemboja ketika berbuka puasa.
Curahan rasa denaihati @ ..IFTAR bersama Perdana Menteri dan Umat Islam Cambodia
Terima kasih di atas pencerahan.. saya ada seorang rakan yang telah membuat pembayaran secara online untuk menyertai Aqiqah di kemboja.. tapi dia cek dkt laman web equrban pada minggu lepas, nama anak dia masih belum ada dlm senarai.. macamana nak semak status perlaksanaan aqiqah anak kawan saya tu… tq..
Curahan rasa anuar @ ..Perbandingan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta RON95 dan RON97 Selepas 1 Julai 2015
SEdekah pada bulan Ramadhan Dilipat gandakan pahalanya dan merupakan pemadam api neraka sedang puasa adalah perisai api neraka jadi keduanya harus lengkap
Curahan rasa Web Guru @ ..TOP SEO TIPS TO RANK HIGHER IN SEARCH ENGINES
kalau tak daoat ber banyak, sikit pun jadi la.. semoga dgn sedekah tu dpt bantu kita diakhirat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Maksud Gambar Profil Pelangi
Betul tu… Kalau tak dapat nak memberi sedekah dalam kuantiti yang banyak, dapat beri sedikit pun jadi… Yang penting kita ikhlas memberi..
Curahan rasa Anuar @ ..Perbandingan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta RON95 dan RON97 Selepas 1 Julai 2015
semoga allah murahkan rezeki mereka yang bersedekah dibulan ramadan ni..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Syurga Nur di Tv3
betul tue tuan. memang banyak kebaikannya. lagi pun sekarang mudah je nak bersedekah. lagi-lagi bulan puasa ini.
sebaik-baiknya begitulah, memulakan sedekah di bulan ramadan dan diteruskan di bulan-bulan yang seterusnya.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Tips Buat Jualan RM1 Juta
Sekejap je rasa dah nak separuh Ramadhan..amalan kita apa khabar?
Curahan rasa Maizura @ ..Cara Mengawal Gastrik Ketika Bulan Puasa
Sedekah di bulan Ramadhan banyak memberikan manfaat dan nilainya berlipat ganda hingga tidak terhingga. Bila dilihat dari bentuk makanan yang disajikan untuk makan bersama menjelang buka, rasanya rasa silaturahmi akan selalu bersama-seama nantinya ya Bang.
Curahan rasa Indra Kusuma Sejati @ ..Cara Hunting Photo Wisata Yang Nyaman
bulan ramadhan adalah bulan digandakan pahala, memang kena grab peluang ini semaksimanya.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Cara Mudah Buat Bone Broth
Ambil peluang yang ada… Bulan Ramadhan datang dalam hidup kita cuma setahun jer sekali…. Kena buat persediaan rapi, terutamanya menjelang 10 malam terakhir Ramadhan..
Curahan rasa Anuar @ ..Perbandingan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta RON95 dan RON97 Selepas 1 Julai 2015
Comments are closed.