Assalamualaikum dan Salam Ramadhan, mengikut riwayat At Tirmidzi, Rasulullah bersabda yang maksudnya “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”. Masih belum terlewat untuk kita muhasabah diri sebanyak mana sedekah sudah kita keluarkan sepanjang Ramadhan 2015. Sedekah semestinya mengikut kemampuan kalau yang kaya perlu memberi lebih berbanding yang miskin.
Antara sedekah yang boleh kita laksanakan di bulan Ramadhan yang sangat mulia :
1. Memberi makan kepada sahabat kita yang berbuka puasa. Berdasarkan riwayat At-Tirmidzi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya “Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikit pun mengurangi pahalanya.” Jadi berebut-rebutlah kita memberi makan kepada sahabat atau jiran yang berbuka puasa. Apabila pergi ke bazar Ramadhan belilah lebih kuih muih untuk dihantar ke masjid atau surau yang ada majlis berbuka puasa. Apabila menyediakan juadah berbuka masaklah lebih untuk diberikan kepada jiran sebelah. Apabila hadir majlis buffet ramadhan bawa sekotak kurma untuk diberikan kepada kawan-kawan. Rugi sangat kalau kita tidak merebut kelebihan memberi makan atau minum kepada mereka yang berbuka puasa.
2. Masukan seringgit dua ke dalam tabung-tabung derma di masjid dan surau SETIAP HARI di bulan Ramadhan dengan niat untuk mendapat keampunan dan keredhaan dari ALLAH SWT.
3. Belikan keperluan samada makanan atau pakaian untuk fakir miskin dan anak yatim terutama saudara mara sendiri di kampung atau di taman kediaman.
4. Keluarkan zakat harta atau zakat pendapatan atau zakat emas atau zakat ternakan di bulan Ramadhan.
5. Laksanakan Aqiqah untuk anak yang belum disempurnakan selama ini dan paling baik buatkan aqiqah di tempat yang sangat memerlukan seperti di kemboja. Selain kita melaksanakan tanggungjawab kepada anak dapat juga kita membantu umat Islam yang miskin di Kemboja. Tempahan boleh dibuat secara online di eQurban.com yang sudah ada lebih empat tahun pengalaman menguruskan aqiqah di Kemboja.
6. Kalau kita sudah berniat untuk berqurban tahun ini mengapa tidak kita buat tempahan qurban di bulan mulia untuk mendapat ganjaran berganda. Tempahan boleh dibuat secara online di eQurban.com yang sudah ada lebih empat tahun pengalaman menguruskan qurban di Kemboja.
7. Ramadhan juga adalan bulan terbaik untuk kita mengeluarkan sedikit harta untuk wakaf membina masjid, surau dan madrasah sebagai saham akhirat yang berpanjangan. Apa lagi yang bakal jadi bekalan berpanjangab setelah kita meninggal melainkan sedekah jariah membina masjid dan sekolah yang sentiasa digunakan untuk agama.
Berdasarkan sebuah hadith yang maksudnya “Setiap amal manusia akan diganjar kebaikan semisalnya sampai 700 kali lipat. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’” (HR. Muslim no.1151). Berdasarkan hadith ini jelas ganjaran puasa di bulan Ramadhan dan apa sahaja kebaikan yang kita lakukan di bulan Ramadhan termasuk bersedekah adalah milik ALLAH. Kalau di bulan selain bulan Ramadhan telah dijanjikan ganjaran berlipat kali ganda kepada setiap pemberian kita apatah lagi di bulan Ramadhan. Bukan sekadar balasan harta benda yang kita harapkan untuk setiap pemberian tetapi juga balasan kesihatan yang baik, keselamatan kehidupan, kebahagian berumahtangga, kejayaan anak-anak dan paling penting Syurga kelak balasan di alam akhirat. Tidak mustahil asbab sedekah maka kita terpilih untuk beramal di malam Lailatulqadar, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, no.6)
Jadi adakah hendak kita persiakan peluang yang sangat hebat yang sudah terbentang di hadapan kita??
82 Comments
Bulan Ramadan adalah bulan mendidik jiwa ketika semua.. Terutamanya bab sedekah dan memberi. Waktu ni lah nak lipat gandakan memberi sekaligus kite teruskan selepas berakhirnya Ramadan juga.,
Curahan rasa Nor Hafizah @ ..4 Rahsia Kekal Menyusu Ketika Berpuasa di Bulan Ramadan
Alhamdulillah, sekarang ni macam-macam kemudahan kalau nak beramal. Hanya di hujung jari. Nak dengan tak nak jer kita ni 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..10 Tips Penting Mengekalkan Rutin Kecergasan Semasa Ramadan
Inilah kelebihan teknologi yang ada pada kita hari ini… semoga kita dapat memanfaatkan teknologi yang ada dengan sebaiknya untuk lebih mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T…
Curahan rasa anuar @ ..Membeli secara online TANPA perlu menggunakan duit sendiri. Rahsia yang semua orang patut tahu!
betul, bayar zakat pun guna potongan gaji atau tolak dari akaun prabayar telefon sahaja, mudah kan.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Nilai Pendapatan Pasif Bila Anda Sakit
Betul tu.. dengar ceramah di tv pun ada konsikan begitu. Rasulullah lipat kali ganda kan semua ibadah terutama sedeqah.
Curahan rasa Alyaa Aidee @ ..Perbezaan antara Kontraksi Brexton Hicks atau Kontraksi Kelahiran Sebenar
Semoga Allah Taala berikan pahala berganda buat mereka yang bersedekah. Sedekah kerana allah Taala…. semogaAllah terima sumbangan ikhlas kita. Amin….
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Secret Recipe Dapat Kembali Sijil Halal JAKIM
Bulan Ramadhan inilah kita perlu perbanyakan sedekah kepada orang-orang yang miskin dan memerlukan bantuan. Jangan lupa juga keluarkan zakat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Secret Recipe Dapat Kembali Sijil Halal JAKIM
Insya Allah… niat biar ikhlas terhadap sumbangan sedekah yang kita keluarkan tidak kiralah di mana-mana saja.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Secret Recipe Dapat Kembali Sijil Halal JAKIM
Assalamualaikum…selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak buat semua rakan-rakan dan banyakkan bersedekah di bulan yang mulia ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Secret Recipe Dapat Kembali Sijil Halal JAKIM
Waalaikumsalam.. selamat menyambut bulan Ramadhan untuk bro sekeluarga… In Shaa Allah, semoga segala amalan kita diterima Allah S.W.T..
Curahan rasa anuar @ ..Membeli secara online TANPA perlu menggunakan duit sendiri. Rahsia yang semua orang patut tahu!
Alhamdulillah.
Semoga kita semua dapat mengambil peluang menambah amal pada Ramadhan kali ini.
Curahan rasa zaleha @ ..Persiapan Bersalin: 4 Bekalan Ibu Bersalin Ke Hospital Yang Suami Perlu Tahu
semoga tangan yang memberi serta tangan yang menerima mendapat keberkatan allah di bulan ramadan ini
Curahan rasa nikkhazami @ ..GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100
Benar, Ramadhan adalah bulan yang terbaik untuk bersedekah. Tapi amalan bersedekah ini bukan hanya di bulan Ramadhan. Perlu diteruskan di bulan yang seterusnya pula 🙂
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..1ST GIVE AWAY KELUARGAHEBAT.COM SEMPENA BIRTHDAY PUTRI TERSAYANG
Yang ni saya setuju sangat-sangat… cuma kita lakukan seperti yang nabi ajar… nabi suruh kita meningkatkan amalan pada bulan Ramadhan ini… terutamanya dalam ibadah2 tertentu seperti bersedekah, solat2 sunat, membaca Al-Quran dan sebagainya..
Curahan rasa anuar @ ..Membeli secara online TANPA perlu menggunakan duit sendiri. Rahsia yang semua orang patut tahu!
ada sahabat bergurau senda dengan nada sarkastik, kalau bayar GST pada malam lailatul qadar ibarat membayar GST selama 1000 bulan.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Nilai Pendapatan Pasif Bila Anda Sakit
Dahsyat gurauan ni tuan Ikhwan Fahmi.. tapi yerlah… sekarang ni kan isu tentang GST madih belum reda lagi..
Curahan rasa anuar @ ..Membeli secara online TANPA perlu menggunakan duit sendiri. Rahsia yang semua orang patut tahu!
rugi kalau tak ambil peluang bersedekah di bulan puasa. sedekah kalau tak mampu dari segi duit, sedekah lah idea, atau tenaga. sedangkan senyum pun sedekah. tapi jangan senyum kucing.
Curahan rasa Suriya @ ..Ketahui Saiz Perut Bayi Supaya Betul Jumlah Susu Yang Diberi
Kalau tak mampu juga nak sedekah… boleh sedekahkan Al-Fatihah untuk kedua ibu bapa kita pada setiap pagi… samada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia..
Curahan rasa anuar @ ..Membeli secara online TANPA perlu menggunakan duit sendiri. Rahsia yang semua orang patut tahu!
bulan ini ada banyak ganjaran, diibarakan ganjaran seolah olah seperti seribu bulan.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Jangan Kutuk Orang Kahwin Lambat
saya setuju.. Terutamanya ibadah yang dilaksanakan pada 10 malam terakhir Ramadhan… Sangat Besar ganjarannya
Curahan rasa Anuar @ ..Membeli secara online TANPA perlu menggunakan duit sendiri. Rahsia yang semua orang perlu tahu!
InsyaAllah ada 15 hari lagi untuk kita memperbanyakkan amal ibadah seperti sedekah di bulan yang mulia ini. Mungkin salah satu cara untuk menambah pahala ialah dengan memberi duit raya terlebih awal kepada anak-anak saudara bagi merebut ganjaran di bulan mulia ini.
Curahan rasa emalin mohd @ ..3 Suplemen Untuk Wanita Agar Cantik Dan Sihat
Saya tak setuju bagi duit raya awal… Nanti semasa bersalaman memohon kemaafan pada hari Raya Pertama, rasa tak seronok pula kalau tak bagi duit raya…
Bila kita bagi masa tu, rasa seronok melihat reaksi anak-anak buah dapat duit raya… Terutamanya anak-anak buah yang puasa penuh dan berharap kita bagi duit raya lebih 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Membeli secara online TANPA perlu menggunakan duit sendiri. Rahsia yang semua orang patut tahu!
mulai bagi duit dari sekarang pahalanya lebih besar bila dah raya pahala tinggal sikit
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Bila fakir, jangan sedih !!
bagi duit raya masa puasa lebih bermakna, mereka boleh guna untuk persiapan menyambut hari raya.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Nilai Pendapatan Pasif Bila Anda Sakit
Alhamdulillah..bulan yang paling banyak kena lipatkan amalan..semoga amalan ni jugak berkekalan selepas ramadan..amin
Curahan rasa Mama Nadia @ ..Perlu sangat ke set pantang?
Comments are closed.