Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah Ramadhan tahun ini sekali lagi aku dapat jemputan daripada YB Dato’ Othsman Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Cambodia untuk hadir ke majlis Iftar bersama Perdana Menteri Hun Sen dan umat Islam Cambodia. Ini majlis iftar kali kedua yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Cambodia untuk merapatkan hubungan antara Kerajaan, umat Islam dan NGO yang membantu umat Islam Cambodia.
Alhamdulillah lebih 80 orang pewakilan dari Malaysia yang mewakili berbagai agensi dan NGO, antaranya YAPIM, JAKIM, MAIS, Majlis Melayu Nusantara juga dijemput hadir ke majlis ini. Aku dan Tuan Hj Masrukhin dijemput atas tiket eQurban yang merupakan sebuah syarikat usahasama dengan Koperasi Muslim Cambodia menguruskan aqiqah dan qurban di Cambodia. Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam, mantan Ketua Menteri Melaka mengetahui delegasi Malaysia yang telah banyak membantu muslim Cambodia. Sempat juga aku selfie dengan Datuk Seri setelah usaha nak selfie dengan PM Hun Sen dihalang.
Selain wakil NGO, duta-duta daripada berbagai negara juga dijemput kemajlis Iftar dan wakil Duta Kuwait telah diberi kesempatan berucap untuk mewakili semua Kedutaan. Lebih empat ribu umat Islam Cambodia datang daripada seluruh pelusuk negara telah diundang untuk iftar bersama para jemputan. Kami duduk semeja dengan Tuan Hj Dr. Ghafar dari JAKIM, Datuk Abibullah dari YAPIM, wakil dari Singapore, wakil dari Thailand dan Datuk Fauzi dari MCCM.
Sebelum balik kami sempat juga menghadiri majlis penyerahan zakat kepada asnaf untuk penduduk miskin tiga kampung di Masjid Nurul Naim Batu 8, Phnom Penh. Penyerahan zakat sumbangan dari berbagai NGO disempurnakan oleh YB Dato’ Othsman Hassan. Semuga sumbangan zakat ini dapat membantu umat Islam di bulan mulia Ramadhan ini.
Alhamdulillah semakin banyak organisasi daripada berbagai negara semakin yakin untuk bekerjasama dengan Koperasi Muslim Cambodia dengan nilai sehingga jutaan ringgit untuk membina ekonomi umat Islam Cambodia. Kepada rakan-rakan yang ingin menginfaq harta memang bagus bekerjasama dengan Koperasi Muslim Kemboja berbanding dengan individu. Prestasi Koperasi menguruskan dana dari seluruh dunia sudah terbukti terbaik.
47 Comments
ramai nian majelis ini semoga Islam akan semakin berkembang di kamboja tidak seperti di myanmar
Curahan rasa web guru @ ..Great Places To Find Ebooks To Sell
Tahniah bro, semakin di kenali & semakin murah rezeki. Semoga tak jemu untuk berkongsi pengalaman.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Tips Keselamatan Balik Kampung Beraya
Alhamdulillah ..dapat peluang ke sana ya… lawa nampak binaan masjid / madrasdah tu.. indah sungguh
Curahan rasa muhammad nizam @ ..#Cabaran20Hari Kuih Raya Yang Rare
Alhamdulillah seronoknya, syukur.. Pengalaman yang tak semua orang Allah pilih untuk merasai nikmat sebegini.. Moga sentiasa dalam barakah Allah swt, insyaAllah..^_^
Curahan rasa Nor Hafizah @ ..5 Cara Bantu Anak Suka Makan Sayur dan Buah (Part I)
Alhamdulillah,semoga mendapat redha Allah tuan. Saya sejujurnya teringin jugak nak join. Semoga diberi kesempatan tahun ni.Amin
Curahan rasa Mama Nadia @ ..Apa maksud GMO dan Non-GMO?
Teringin jugak nak join majlis iftar macamni. Semoga mama diberi kesempatan jugak nanti,inshaAllah.
Curahan rasa Mama Nadia @ ..Apa maksud GMO dan Non-GMO?
Wah mantep banget, kunjungannya bersama perdana menteri.
Jadi pengen aja. 😀
Curahan rasa Sehape @ ..3 Game Android Sepak Bola Terbaik
Satu usaha yang murni bagi rakyat Malaysia yang sanggup membantu penduduk miskin di Cambodia. Semoga usaha ini diteruskan setiap masa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Lif Kejayaan Jadi Impian
Tahniah bro Denaihati…. bersama-sama delegasi menteri-menteri Malaysia dalam Iftar di Cambodia. Satu inisiatif yang terbaik untuk melakukan ibadah dan membantu negara mereka yang miskin.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Lif Kejayaan Jadi Impian
allhamdulillah.. tahniah di ucapkan kepada denaihati..semoga anda di permudahkan untuk membantu mereka.
Curahan rasa mohd rawi @ ..Jadual Waktu Berbuka Puasa 2015 Semenanjung Sabah dan Sarawak
alhamdulillah semakin ramai NGO yang berminat membangunkan ekonomi Cambodia. Inilah peluang yang luas untuk rakyat Malaysia menambahkan saham akhirat.
Comments are closed.