Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, awal-awal pagi meninggalkan apartment Boulcott Suites untuk mengejar ferry pertama jam 8.30 am. Kami mesti check in 45 minit sebelum belayar dan juga perlu pulangkan van sewa.
Sampai dipelabuhan 50 minit awal, selepas loading bagasi terus hantar van ke parkir kereta sewa. Kepercayaan di New Zealand sangat tinggi tidak ada sesiapa yang menunggu ketika kami pulangkan van dan kunci hanya perlu dimasukan ke dalam kotak khas yang disediakan.
Laut bergelora dan ferry rosak jadi jadual bertolak yang sepatut jam 8.30 am ditangguh selepas jam 11.00 am. Kami menunggu di pelabuhan dalam cuaca yang semakin sejuk dengan kopi dan teh percuma. Sementara menunggu kami buka bekal sarapan pagi yang disediakan para isteri.
Lebih kurang jam 11.15 am kami dibenarkan masuk ke dalam ferry. Penumpang telah dimaklumkan laut agak bergelora. Memang benar separuh perjalanan ferry melalui gelombang besar, yang tak tahan muntah melambak. Kepala aku pun pening perut memulas jadi rehat lelapkan mata. Alhamdulillah bila tersedar laut sudah tenang. Pemandangan sekitar memanglah cantik.
Selepas tiga jam belayar ferry berlabuh di Pelabuhan Picton. Tugas pertama adalah ambil van sewa untuk meneruskan perjalan panjang ke Christchurch. Perjalanan dari Picton permulaan perjalanan yang sangat cantik.
Dalam cuaca sejuk lebih kurang 4 darjah celcious kami berhenti di pinggir tasik untuk solat jamak asar dan zuhur. Tiada pilihan sebab tak ada surau dan masjid untuk singgah dan juga tiada RnR.
Perjalanan diteruskan dalam cuaca sejuk dan semakin gelap. Perjalanan agak mencabar dengan kelajuan angin yang sangat kuat membataskan pemanduan paling maksima pun 90 km/j. Suhu diluar semakin menurun dan ketika kami berhenti untuk buang air kecil di Hurunui suhu dah mencecah 1 darjah celcious. Kalau mengikut pengalaman Yusri ada kemungkinan sajli akan turun. Ketika kami nak bergerak semula tiba-tiba bintik putih turun dari langit dan itulah sajli. Alhamdulillah rezeki anak-anak nak bermain dengan sajli.
Perjalanan semakin mencabar dengan cuaca yang semakin sejuk dengan sajli yang turun semakin banyak menyebabkan jalan semakin licin dan angin bertiup kencang menyebabkan van hanya boleh dipandu lebih perlahan. Perjalanan sudah melebihi lima jam membuatkan anak-anak sudah mula mengeloh kelaparan. Memang dalam sejarah memandu lebih enam jam dalam sajli yang turun dengan banyak. Lebih kurang jam 10 pm kami sampai di rumah sepupu Yusri yang belajar untuk PHD di Universiti Lincoln. Makanan panas masakan Melayu menambah selera kami yang sedang lapar dengan hidangan asam pedas ikan salmon dan ikan bakar .. memang sedap.
Kami sampai di Motel Southern Comfort lebih kurang jam 12 malam. Seperti biasa kaunter motel dah tutup dan kunci ditinggalkan di salah satu bilik yang kami sewa secara online. Sempat lagi anak-anak bermain salji ketika ibubapa sibuk memunggah bagasi. Masa untuk berehat setelah menempuh perjalanan yang mencabar dari Wellington ke Christchurch.
Hari ke dua di Christchurch bermula dengan cuaca yang terang benderang yang tinggal hanya sisa-sisa salji di celah rumuh dan atas kenderaan. Sepupu Yusri datang membawa sarapan pagi macaroni goreng, sejuk-sejuk memang berselera makan. Selepas sarapan kami bersama-sama menuju ke destasi yang pasti mengembirakan anak-anak.
Masih terdapat kesan runtuhan gempa bumi besar yang melanda Christchurch dan banyak yang kita perlu belajar dari kejadian ini untuk kita jadi lebih dekat dengan ALLAH SWT. ALLAH SWT boleh menguji manusia bila-bila masa apabila kita sibuk mengejar dunia sahaja.
Sempat kami singgah di Masjid An Nur antara beberapa masjid dan pusat Islam yang terdapat di Christchurch. Boleh tahan ramai juga komuniti Islam dan banyak juga restoran halal di Christchurch.
Selepat solat jamak zuhur dan asar kami bergerak ke Antarctica Center yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Christchuch. Memang menarik kerana kami didedahkan dengan berbagai ilmu Antarctica. Anak-anak memang seronok bila dapat merasai suasana sejuk seperti di Antarctica dan melihat panguin. Kami juga dibawa menaiki kenderaan khas di Antarctica dan merasai mengembara ke Antarctica dengan movie 4D.
Lebih dua jam kami berada di Antarctica Center, perut pun dah lapar. Kami makan kebab turki di sebuah pasar raya berhampiran. Sempat juga berjumpa dengan beberapa Rakyat Malaysia yang berkerja di New Zealand.
Selepas makan kami membeli barang keperluan dan kemudian pulang ke motel untuk berehat kerana esok perjalanan ke Queenstown lebih jauh dan lebih mencabar. Khabarnya QUeenstown lebih sejuk.
Baca kisah kembara musafir New Zealand hari pertama di SINI, hari kedua di SINI, hari ke tiga di SINI dan hari kemapat di SINI. Jangan lupa juga baca kisah kembara yang lebih menarik di Denai.my.
Insuran kembara musafir New Zealand kami di taja oleh CS Holidays Sdn Bhd sebuah syarikat pelancungan yang menyediakan berbagai perkhidmatan seperti tempahan umrah, pembelian tiket pesawat, tempahan hotel dan pelancungan muslim.
21 Comments
Bestnya dapat berjalan sejuah nie, teringin juga nak pergi new zealand
Curahan rasa Travel Zoom @ ..Cheap Flights and Hotels – Travel and Stay for Less
Tidak salah saya Christchurch pernah dilanda gempa bumi yang mengakibat kesan kemusnahan teruk kepada bandar tersebut. Tentu boleh mendapat melihat kesan kerosakkan yang masih kekal.
Curahan rasa akubiomed @ ..DiGi’s Menang Besar Contest dengan reload sahaja
lama tu jadual perjalanan ferry di tunda, menarik juga tentang kepercayaan sewa van tak ada orang tunggu…
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati
suasana didalam gambar yang dikongsikan sudah menyerlah akan kecantikan bumi Wellington…kalau ada kesempatan pastilah NZ menjadi destinasinya
Curahan rasa Syarih @ ..Mamak Panas Tak Tonton Bolasepak.
macam seronok je gi sana. huh..
Curahan rasa titan @ ..Naif juga bagus.
Semoga nantinya setelah kembara selesai bisa sampai dan sehat serta selamat kembali ke Malaysia tuan denaihati
Curahan rasa safiyhati @ ..Tips Sehat Berhenti Merokok
Karena beberapa hari di negeri orang juga tentunya akan cukup menguras tenaga dalam melakukan kembara kali ini
Curahan rasa safiyhati @ ..Tanda Ciri Puber
apabila baca, terasa rindu pula… nak pergi lagi, dah pergi. mungkin ke Paris.. cehh dah kerja berangan saja nak berjalan
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Nafsu Kuat
Perjalanan yang tidak pendek akan tetapi bisa terbayarkan dengan pemandangan-pemandangan yang bagus selama kembara ini
Curahan rasa safiyhati @ ..Tips Sehat Berhenti Merokok
Sungguh perjalanan yang menyenangkan ini
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pendidikan Usia Dini
Semoga suatu saat nanti bisa berkunjung ke luar negeri
Curahan rasa Ferry @ ..Soal Tes CPNS Terbaru
bertuah semua yang dapat join kembara ni..semoga semuanya selamat
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..The Apprentice Asia Episode 2 – Travel
bagi yang tidak tahan di kapal ferry bisa jadi mabuk laut itu
Curahan rasa safiyhati @ ..Manfaat Dari Puasa
Pakej yg sangat menarik……
Curahan rasa orang kampung @ ..BSN Pay 4 U-Cara mudah menang $$$
kurang 4 darjah celcious, wah….. terbayang sangat dingin. 16 darjah saja saya sudah menggigil.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Julius Richard Petri – Penemu Cawan Petri di Logo Google Hari Ini
Betul-betul sebuah perjalanan yang mencabar
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Julius Richard Petri – Penemu Cawan Petri di Logo Google Hari Ini
yang membaca entrinya seakan ikut dalam perjalanan
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Julius Richard Petri – Penemu Cawan Petri di Logo Google Hari Ini
Comments are closed.