Perkampungan Hobbit di Rotorua New Zealand

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah hari kedua di Rotorua terang benderang tidak hujan seperti hari sebelumnya ketika sampai dari Auckland. Memang best di Rotorua macam-macam produk pelancungan ada kalau setakat dua hari memang tak cukup nak cover semua.

Rotorua bandar pelancungan yang dipenuhi dengan berbagai motel adalah tapak gunung berapi yang tidak aktif tetapi wap panas masih keluar di sekitar bandar. Industri agro tani juga menjadi tarikan pelancungan di samping perkampungan budaya Maori.

Untuk tidak mengecewakan anak-anak awal pagi kami telah bertolak ke Matamata untuk melawat lokasi pengambaran Lord of The Ring dan The Hobbit yang terletak kira-kira 45 minit memandu dari Rotorua. Subhana Allah indah sungguh ciptaan Allah bumi menghijau terbentang luas dipenuhi dengan lembu dan biri-biri sepanjang jalan menuju ke lokasi.

Kami sampai terlewat sedikit untuk bersama kumpulan pertama ke lokasi pengambaran yang tersembunyi di dalam Ladang Alexander. Tepat jam 10 am kami di bawa dengan bas khas dengan seorang pemandu pelancung kelokasi rahsia. Peter Jackson memilih lokasi ini setelah tertarik dengan bentuk muka bumi dan pemandangan yang berlatar belakangkan gunung yang sangat cantik. Ketika pembikinan filem Lord of The Ring pengarah filem Peter Jackson yang kekurangan budget telah memohon bantuan kewangan dari kerajaan New Zealand. Kerajaan New Zealand tidak memberi bantuan kewangan tapi telah membina jalan khas ke lokasi pengambaran yang yang bertahan lebih dua belas tahun walaupun telah digunakan beratus kenderaan keluar dan masuk.

Semua berpuas hati setelah selesai berjalan hampir satu jam setengah menyelusuri The Shire perkampungan Hobbit dan terbayang kisah Hobbit di dalam filem Lord of The Ring dan The Hobbit. Tiket masuk ke lokasi NZD75 seorang untuk dewasa dan 50% diskaun untuk kanak-kanak dan ditambah 10% diskaun untuk family group.

Hobbiton lokasi pergambaran hobbit di mata-mata rotorua

rumah hobbit sebenar di perkampungan shire

gambar rumah hobbit untu kunjugan pelawat

20130528-004851.jpg

Bersama pemandu pelancong hobbiton yang membawa kami meninjau sekitar the shire

shire perkampungan hobbit yang sangat cantik

bersama keluarga di hobbiton

bas pelancongan di hobbiton

Selepas terpegun dengan keindahan lokasi perkampungan Hobbit kami bergerak semula ke Rotorua untuk menyaksikan persembaham kaum Moari di Whakarewarewa Thermal Village. Menjejaki kaki ke dalam perkampungan budaya kaum Moari kami di sambuat wap air panas dari lahar gunung berapi yang keluar dari banyak lokasi. Tidak sempurna lawatan ke Rotorua kalau tidak singgah melihat keunikan kaum Moari yang menjadi identiti New Zealand. Tiket masuk Whakarewarewa NZD32 untuk dewasa dan untuk kanak-kanak diskaun 50% ditambah 10% diskaun untuk group family.

Whakarewarewa Thermal Village

Whakarewarewa Thermal Village

Whakarewarewa Thermal Village

Whakarewarewa Thermal Village

Whakarewarewa Thermal Village

Lebih sejam setengah kami berada di Whakarewarewa Thermal Village dan selepas itu kami bergerak mencari masjid seperti tertulis di buku panduan untuk muslim “New Zealand for muslim” yang diperolehi daripada abang Aziz. Hampir 45 minit berpusing mencari akhirnya berjumpa setelah mendapat bantuan daripada penduduk tempatan. Subhana Allah masjid hanya sebuah rumah yang sangat daif. Komuniti muslim Rotorua sedang mengumpul dana untuk membina masjid yang lebih besar dan kalau anda nak membantu sila ke Facebook “Rotorua Muslim Community“.

Selesai solat jamak asar dan zuhur kami ke restoran nando’s di tengah bandar Rotorua. Nando’s antara beberapa restoran halal di Rotorua yang disenaraikan dalam buku “New Zealand for muslim”.

Makan di restoran nando's di rotorua new zealand

Sehari di Rotorua memang tak puas tapi jadual perjalanan yang ketat memghalang kami untuk tinggal lebih lama. Perut pun dah kenyang hari pun sudah mulai gelap di Rotorua. Kami akan meneruskan perjalanan yang jauh lebih 600 km ke Wellington. Sayang suasana gelap akan menghalang untuk kami melihat pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan ini.

Baca kisah kembara musafir New Zealand kami untuk hari pertama di SINI, hari kedua di SINI, hari ke tiga di SINI dan hari kemapat di SINI. Jangan lupa juga baca kisah kembara yang lebih menarik di Denai.my.

Insuran kembara musafir New Zealand kami di taja oleh CS Holidays Sdn Bhd sebuah syarikat pelancungan yang menyediakan berbagai perkhidmatan seperti tempahan umrah, pembelian tiket pesawat, tempahan hotel dan pelancungan muslim.

40 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!