Memandu sendiri dari Auckland ke Rotorua

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, selepas sarapan pagi di Mesra Homestay kami yang lelaki bergerak ke Auckland International Airport untuk pick up van sewa yang telah ditempah secara online. Kepada yang belum baca kisah perjalanan kami ke New Zealand boleh baca di SINI. Insuran kembara musafir New Zealand kami di taja oleh CS Holidays Sdn Bhd sebuah syarikat pelancungan yang menyediakan berbagai perkhidmatan seperti tempahan umrah, pembelian tiket pesawat, tempahan hotel dan pelancungan muslim.

20130525-083529.jpg

20130525-083614.jpg

Alhamdulillah urusan van pertama dengan Eurocar Rental selesai tapi van kedua tak lepas walaupun sudah buat bayaran penuh secara online. Rentalcars.com agen booking kereta sewa yang kami tempah secara online tidak follow up dengan syarikat Go Rental jadi terpaksa cari van sewa yang lain. Alhamdulillah Hertz Rental ada extra van kalau tidak masalah juga sebab bukan mudah nak dapat van di saat akhir.

20130525-095727.jpg

20130525-095753.jpg

20130525-100917.jpg

20130525-100956.jpg

Dua van sewa dihadapan Mesra Homestay sebelum bertolak ke Rotorua. Sistem memandu sebelah kanan seperti Malaysia membuatkan kami lebih selesa untuk memandu sepanjang kembara musafir New Zealand.

20130525-110804.jpg

Kepada kaki online tak susah selain WiFi boleh beli package broadband. Pilihan kami gadget broadband vadafone dengan WiFi yang boleh kongsi untuk lima orang berharga NZD99 untuk 2GB.

20130525-111128.jpg

20130525-111155.jpg

Lokasi pertama kami adalah Mata-mata tetapi tak tercapai sebab kakak muntah selambak dipertengahan jalan. Lama juga berhenti di perhentian untuk bersihkan baju sejuk yang terkena muntah. Ujian kecil seperti ini biasa berlaku bila mengembara macam ni. Hujan yang turun selepas pekan Turai juga melambatkan perjalanan. Kami sampai Mata-mata yang terkenal dengan keindahan lokasi pengambaran Hobit selepas jam 3.30 pm jadi dah tak boleh nak masuk jadi terus je ke Motel di Rotorua.

20130525-195102.jpg

20130525-195207.jpg

Hj Zainal memandu van sewa kami dengan melalui kawasan yang indah menghijau berselang seli ladang lembu, biri-biri dan rusa.

20130525-195444.jpg

Rotorua

Kami sampai Motel Roto Vegas jam 4.30 pm sempat solat jamak asar dan zuhur sebelum masuk waktu maghrib jam 5.05 pm. Selepas solat jamak maghrib dan isyak kami makan bersama di bilik Hj Khanafi. Makanan yang disediakan isteri Abang Aziz memang sedap kari daging, gulai bebola daging dan serunding daging. Mengikut aplikasi Zabihah hanya ada dua restoran halal di Rotorua tiada lansung pasar halal dan masjid. Aplikasi Zabihah di iPhone5 memang boleh diharap untuk mencari lokasi halal dan masjid apabila mengembara.

20130525-222034.jpg

20130525-222113.jpg

20130525-222220.jpg

Selepas makan kami keluar untuk melihat burung kiwi di Rainbow Spring antara lokasi paling menarik di Rotorua. Tiket berharga NZD28 untuk dewasa boleh digunakan untuk 24 jam kerana ada bermacam pertunjukkan tetapi rasanya kami tak dapat nak tengok semua kerana masa yang sangat terhad. Hujan lebat tak menghalang kami berjalan dalam kegelapan untuk menyaksikan burung kiwi yang hanya ada di New Zealand sahaja. Syarat tak boleh ambil gambar kerana burung kiwi takut pada flash kamera. Sempat juga beli sedikit cedemata di kedai cenderamata Rainbow Spring.

20130525-223153.jpg

20130525-223247.jpg

Jam 10.30 pm kami berehat di bilik yang luas dengan berbagai fasiliti memgalahkan hotel empat bintang. Bilik kami dengan dua katil bersaiz besar, 2 katil single, dua bilik air dan ruang tamu berharga lebih kurang RM600 semalam. Khidmat dobi juga disediakan dengan harga NZD5 untuk satu cucian termasuk sabun basuh. Masa untuk berehat kerana esok kami akan melalui kembara yang panjang ke Wellington.


Spread the love

41 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!