The World’s Most Expensive Cities 2010
Salam 1Malaysia, salah satu hobi aku adalah mengembara keseluruh pelusuk alam ciptaan Allah melihat kejadian alam dan kehidupan manusia yang pelbagai. Aku suka menjejaki kaki ke kampung, desa dan bandar terutama yang terpencil. Setakat ini aku baru sempat mengembara beberapa belas bandar di Asia seperti Bangkok, Jakarta, Phuket, Medan, Jeddah, Bandung, Siem Reap, Pekanbaru, Bandar Sri Bengawan, Hongkong, Bali, Singapore, Padang, Madinah, Macau, Bukit Tinggi, Stoeng Treng, Kowloon, Bogor, Mekah, Doha, Bengkulu, Kracheh, Sungai Golok, Kampung Cham, Batam, Phnom Penh dan lain-lain lagi. Berazam setelah selesai mengerjakan Haji aku akan mula mengembara ke benua Eropa, New Zealand, Afrika dan Amerika.

Kepada teman-teman yang juga seperti aku suka mengembara di sini aku senaraikan 10 Bandar Raya termahal di dunia.
1. Tokyo, Jepun : Makan di restauran $18, beras $8.47/kg, tiket wayang $22.
2. Oslo, Norway : Makan di restauran $43, beras $5.66/kg, tiket wayang $16.
3. Luanda, Angola : Makan di restauran $47, beras $4.73/kg, tiket wayang $13.
4. Nagoya, Jepun : Makan di restauran $19, beras $9.14/kg, tiket wayang $20.
5. Yokohama, Jepun : Makan di restauran $17.39, beras $6.54/kg, tiket wayang $19.50.
6. Stavanger, Norway : Makan di restauran $18, beras $8.47/kg, tiket wayang $22.
7. Kobe, Jepun : Makan di restauran $16, beras $8.57/kg, tiket wayang $20.
8. Copenhegen, Demark : Makan di restauran $36, beras $4.85/kg, tiket wayang $15.
9. Geneva, Switzerland : Makan di restauran $30, beras $3.81/kg, tiket wayang $16.
10. Zurich, Switzerland : Makan di restauran $25, beras $3.36/kg, tiket wayang $16.
Orang tua kata jauh perjalanan luas pandangan dan pasti timbul rasa keinsafan tapi kalau setakat duduk kat hotel 4-5 star je tak rasa sangat nikmatnya. Firman Allah swt :
Dan apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka, sedangkan orang-orang itu adalah lebih besar kekuatannya dari mereka? Dan tiada sesuatupun yang dapat melemahkan Allah baik di langit maupun di bumi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” QS. Fathir (35) : 44
