Perjalanan Mencabar Wellington ke Christchurch

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, awal-awal pagi meninggalkan apartment Boulcott Suites untuk mengejar ferry pertama jam 8.30 am. Kami mesti check in 45 minit sebelum belayar dan juga perlu pulangkan van sewa.

Sampai dipelabuhan 50 minit awal, selepas loading bagasi terus hantar van ke parkir kereta sewa. Kepercayaan di New Zealand sangat tinggi tidak ada sesiapa yang menunggu ketika kami pulangkan van dan kunci hanya perlu dimasukan ke dalam kotak khas yang disediakan.

20130530-205029.jpg

Laut bergelora dan ferry rosak jadi jadual bertolak yang sepatut jam 8.30 am ditangguh selepas jam 11.00 am. Kami menunggu di pelabuhan dalam cuaca yang semakin sejuk dengan kopi dan teh percuma. Sementara menunggu kami buka bekal sarapan pagi yang disediakan para isteri.

20130531-214247.jpg

20130531-214330.jpg

20130531-214509.jpg

Lebih kurang jam 11.15 am kami dibenarkan masuk ke dalam ferry. Penumpang telah dimaklumkan laut agak bergelora. Memang benar separuh perjalanan ferry melalui gelombang besar, yang tak tahan muntah melambak. Kepala aku pun pening perut memulas jadi rehat lelapkan mata. Alhamdulillah bila tersedar laut sudah tenang. Pemandangan sekitar memanglah cantik.

20130531-215350.jpg

20130531-215508.jpg

20130531-215611.jpg

Selepas tiga jam belayar ferry berlabuh di Pelabuhan Picton. Tugas pertama adalah ambil van sewa untuk meneruskan perjalan panjang ke Christchurch. Perjalanan dari Picton permulaan perjalanan yang sangat cantik.

20130531-220136.jpg

20130531-220239.jpg

20130531-220440.jpg

Dalam cuaca sejuk lebih kurang 4 darjah celcious kami berhenti di pinggir tasik untuk solat jamak asar dan zuhur. Tiada pilihan sebab tak ada surau dan masjid untuk singgah dan juga tiada RnR.

20130531-220941.jpg

Perjalanan diteruskan dalam cuaca sejuk dan semakin gelap. Perjalanan agak mencabar dengan kelajuan angin yang sangat kuat membataskan pemanduan paling maksima pun 90 km/j. Suhu diluar semakin menurun dan ketika kami berhenti untuk buang air kecil di Hurunui suhu dah mencecah 1 darjah celcious. Kalau mengikut pengalaman Yusri ada kemungkinan sajli akan turun. Ketika kami nak bergerak semula tiba-tiba bintik putih turun dari langit dan itulah sajli. Alhamdulillah rezeki anak-anak nak bermain dengan sajli.

20130531-222847.jpg

Perjalanan semakin mencabar dengan cuaca yang semakin sejuk dengan sajli yang turun semakin banyak menyebabkan jalan semakin licin dan angin bertiup kencang menyebabkan van hanya boleh dipandu lebih perlahan. Perjalanan sudah melebihi lima jam membuatkan anak-anak sudah mula mengeloh kelaparan. Memang dalam sejarah memandu lebih enam jam dalam sajli yang turun dengan banyak. Lebih kurang jam 10 pm kami sampai di rumah sepupu Yusri yang belajar untuk PHD di Universiti Lincoln. Makanan panas masakan Melayu menambah selera kami yang sedang lapar dengan hidangan asam pedas ikan salmon dan ikan bakar .. memang sedap.

Christchurch New Zealand

20130531-224059.jpg

Kami sampai di Motel Southern Comfort lebih kurang jam 12 malam. Seperti biasa kaunter motel dah tutup dan kunci ditinggalkan di salah satu bilik yang kami sewa secara online. Sempat lagi anak-anak bermain salji ketika ibubapa sibuk memunggah bagasi. Masa untuk berehat setelah menempuh perjalanan yang mencabar dari Wellington ke Christchurch.

20130531-224335.jpg

Hari ke dua di Christchurch bermula dengan cuaca yang terang benderang yang tinggal hanya sisa-sisa salji di celah rumuh dan atas kenderaan. Sepupu Yusri datang membawa sarapan pagi macaroni goreng, sejuk-sejuk memang berselera makan. Selepas sarapan kami bersama-sama menuju ke destasi yang pasti mengembirakan anak-anak.

20130531-224453.jpg

Christchurch New Zealand

Masih terdapat kesan runtuhan gempa bumi besar yang melanda Christchurch dan banyak yang kita perlu belajar dari kejadian ini untuk kita jadi lebih dekat dengan ALLAH SWT. ALLAH SWT boleh menguji manusia bila-bila masa apabila kita sibuk mengejar  dunia sahaja.

20130531-224558.jpg

Sempat kami singgah di Masjid An Nur antara beberapa masjid dan pusat Islam yang terdapat di Christchurch. Boleh tahan ramai juga komuniti Islam dan banyak juga restoran halal di Christchurch.

20130531-225947.jpg

20130531-230104.jpg

Selepat solat jamak zuhur dan asar kami bergerak ke Antarctica Center yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Christchuch. Memang menarik kerana kami didedahkan dengan berbagai ilmu Antarctica. Anak-anak memang seronok bila dapat merasai suasana sejuk seperti di Antarctica dan melihat panguin. Kami juga dibawa menaiki kenderaan khas di Antarctica dan merasai mengembara ke Antarctica dengan movie 4D.

20130531-230236.jpg

20130531-230327.jpg

20130531-230504.jpg

20130531-230557.jpg

20130531-230651.jpg

Lebih dua jam kami berada di Antarctica Center, perut pun dah lapar. Kami makan kebab turki di sebuah pasar raya berhampiran. Sempat juga berjumpa dengan beberapa Rakyat Malaysia yang berkerja di New Zealand.

20130531-230739.jpg

Selepas makan kami membeli barang keperluan dan kemudian pulang ke motel untuk berehat kerana esok perjalanan ke Queenstown lebih jauh dan lebih mencabar. Khabarnya QUeenstown lebih sejuk.

Baca kisah kembara musafir New Zealand hari pertama di SINI, hari kedua di SINI, hari ke tiga di SINI dan hari kemapat di SINI. Jangan lupa juga baca kisah kembara yang lebih menarik di Denai.my.

Insuran kembara musafir New Zealand kami di taja oleh CS Holidays Sdn Bhd sebuah syarikat pelancungan yang menyediakan berbagai perkhidmatan seperti tempahan umrah, pembelian tiket pesawat, tempahan hotel dan pelancungan muslim.

21 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!