Pengorbanan seorang wanita

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tarikh 20/11 memang tidak pernah akan aku lupakan kerana inilah tarikh sempurnanya aku sebagai seorang insan mengikut sunnah Rasulullah. Teringat hadith Nabi, Riwayat Bukhari dan Muslim “dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”.

Bermula hidup sebagai seorang suami dalam keadaan yang daif kalau nak dibandingkan dengan adik-adik yang lain. Tiada kenderaan peribadi, tiada rumah sendiri dan tiada duit simpanan bak kata perpatah kais pagi makan pagi lah. Gaji setiap bulan hanya cukup-cukup sahaja dan mesti kirim kepada emak abah untuk membantu adik-adik yang semua sedang bersekolah. Alhamdulillah isteri memahami situasi yang sedang aku lalui.

keluarga Denaihati 2014

Setelah beberapa tahun kahwin baru mampu membeli kapcai Honda EX5. Sebelum ada motor kami selalu balik kampung naik bas, teksi atau keretapi. Setelah ada motor kami berulang naik motor dan beberapa kali berulang alik dari Taiping ke Sabak Bernam dan Johor. Setelah berkahwin 8 tahun baru mampu beli kereta Wira dan setelah 13 tahun berkahwin baru mampu beli rumah sendiri. Alhamdulillah sekarang bukan sekadar kereta Wira sebut je apa nama kereta semua dah merasa.

Alhamdulillah isteri aku bukanlah dari orang kaya tetapi keturunannya baik, kecantikan pun ada dan terpenting agamanya itulah yang memberi kuatan untuk hidup susah senang dengan aku. Pengorbanannya terlalu besar selain sangguh bersusah bersama, isteri selalu sangat ditinggal berhari-hari, berbulan-bulan dan pernah juga bertahun-tahun. Aku selalu didik isteri supaya jangan bergantung harap kepada aku kerana dikhuatiri seandainya aku mati dulu maka kepada siapa pulak nak bergantung harap. Bila kita bergantung harap kepada Allah insyallah suami pun dapat.

Itu adalah sebahagian episod kehidupan aku dan isteri. 20/11 adalah ulang tahun ke 17 kami bersama sebagai suami isteri dan ulang tahun ke 22 kami bersahabat. Aku selalu ingat kisah-kisah sedih supaya aku sebagai Lelaki dan Suami tidak terlupa segala pengorbanan seorang wanita yang dipanggil isteri yang sentiasa setia di sisi aku semasa senang dan susah. Semuga kesenangan yang aku kecapi akan hanya aku kongsikan dengan isteri yang sanggup bersusah dengan aku bukan wanita lain yang belum teruji ketahanan jiwanya. Semuga kami terus berkekalan sehingga ke SYURGA


Spread the love

125 Comments

  1. salam bro. pertama sekali nak ucap tahniah dan salute. 22 tahun dah ye bro? macam aku dengan wife jugak… kami mula dengan hanya sahabat. tadek feeling ape pon. tapi nak dijadikan jodoh kami.. dari sahabat, terus aku putuskan untuk buat ikatan pertunangan. sampai dia sendiri pon tak caya. sebab aku ni kata dengan dia.. “kita jadi kawan la dulu” ye lah.. jadi kawan.. bukan semestinya nak jadi kekasih. jadi masa berkawan dulu, sikit pon sama ada dia atau aku menaruh harapan yang satu hari kami akan berkahwin.

    alhamdulillah.. sekarang ni.. dah ada anak sorang pon. macam rasa baru jer semalam terketar tangan salam tok kadi. macam mimpi ada peneman tidok kat sebelah. teman sembang.. teman meluah perasaan. kalau nak cerita kesah hidup kami berkenalan.. rasanya dah penuh kat blog. dari blog blogspot.. sampai ke WP. hahaha.,. kelakarnya.. kawan-kawan blogger bagi tips macam mane nak melamar awek jadi wife. kisah yang diabadikan dalam blog blogspotku.

    bila jauh… sangat dikenang… bila dekat semakin rindu… bila tertekan ada penenang.

    Selamat Ulang Tahun bro & isteri. Semoga Allah melimpahkan kurniaan rezeki kepada keluarga kalian. Amin~
    Curahan rasa Kreuger @ ..Sekali lagi Windows diselamatkan oleh LINUXMy Profile

    1. Dari awal aku nak isteri tak bekerja yg boleh mengurus n didik anak jadi manusia. Memang tak yakin nak bagi bibik jaga harta yg tak ternilai anak2 ni yg akan memberi manafaat dunia akhirat.

  2. Ya Allah, terharunya saya baca..semoga saya juga dikurniakan peribadi yang mulia seperti isteri encik…dan semoga bakal suami saya juga memiliki sifat seperi encik…

  3. Selamat ulangtahun perkahwinan ke-17 untuk saudara Denaihati dan isteri. Semoga terus kekal bahagia ke kahir hayat dan dirahmati Allah sentiasa.
    Boleh dijadikan contoh pada pasangan muda seperti saya. Bukan sedikit pengorbanan diperlukan dalam rumahtangga.
    Curahan rasa Yati @ ..Selamat Menyambut Aidil-AdhaMy Profile

    1. Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 17 kepada saudara Denaihati yang budiman. Apa yang saudara ceritakan banyak yang berlaku dimana seorang isteri sanggup berkorban apa saja demi kerukunan rumahtangga Ada yang tak kisah pun kalau suami tu bergaji lebeh kecil dari isteri.Pendek kata apa yang ada dikongsi bersama demi anak2 dan rumahtangga. Tapi sayang ada suami yang tak nampak pengorbana isteri sehingga sanggup menipu untuk kepentigan diri sendiri, sebagai contoh berkahwin lagi satu ,lepas tu kahwin di Thailand. Bertahun2 hidup dalam penipuan. Kalau nak di ceritakan mungkin satu kertas kajang pun tak cukup. Walau apa pun apa yang diharapkan oleh seorang isteri ialah seorang suami yang benar2 tahu rasa tanggung jawab,timbang rasa dan terima pasangan seadanya. Kita semua tidak sempurna begitu juga dengan pasangan kita.Lelaki di jadikan ALLAH sebagai seorang KHALIFAH di dunia ini Terima Kasih

      1. ” Tapi sayang ada suami yang tak nampak pengorbana isteri sehingga sanggup menipu untuk kepentigan diri sendiri, sebagai contoh berkahwin lagi satu ,lepas tu kahwin di Thailand. ”

        Ini yang tak best ni.. isteri sudah cukup setia kepada suami, yang suami pulak curang dekat luar.

  4. salam…

    Membaca perjalanan hidup seakan sama seperti yg saya lalui..segalanya bermula dari bawah..alhamdulillah kini selepas 15 thn kami masih bahagia.
    Semoga kebahagian anda juga berkekalan.
    Curahan rasa ozzy @ ..CEMOLOTMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!