Tarikh 20/11 yang tidak akan aku lupakan

Spread the love

Aku teringat satu babak kehidupan yang pernah aku lalui bersama isteri diawal perkahwinan kami. Ketika itu aku bertugas di sebuah agensi kerajaan di utara Malaysia.

Kami diduga apabila anak sulung kami dilahirkan dengan kesihatan yang tidak beberapa baik. Kami sentiasa  sahaja keluar masuk hospital dan juga buat macam-macam rawatan alternatif untuk merawat anak kami. Terima kasih sangat-sangat kepada seorang teman yang kebetul seorang doktor kanak-kanak yang hari-hari singgah untuk melihat dan merawat anak kami di rumah.

Pada bulan ke 5 anak kami dirujuk ke Pakar Kanak-kanak di hospital Kuala Lumpur. Aku hantar isteri dan anak awal beberapa hari ke rumah Abang Ipar di Shah Alam dan aku terpaksa balik semula ke utara sebab tak dapat cuti. Malam tu isteri aku telefon katanya keadaan anak semakin kritikal. Anak tak berhenti-henti menanggis. Kebetulan abang ipar dan adik ipar aku kerja malam dan jiran sebelah balik kampung jadi isteri aku keseorangan melalui saat getir tu.. Alhamdulillah awal pagi jiran sebelah balik dan bawa isteri dan anak aku ke Hospital Klang.

Aku yang baru seminggu dapat lesen kereta nikat pinjam kereta kawan dan memandu sendirian ke Shah Alam. Aku terus berdoa semuga anak aku selamat. Sesampai aku di Shah Alam, adik ipar aku suruh aku solat zohor. Lepas solat aku terus tanya dia bagaimana keadaan anak. Dia diam dan jalan ke kiri dan kanan. Adik ipar aku minta aku bersabar. Perasaan aku tuhan je yang tahu. Akhirnya dia beritahu anak aku dah pergi untuk selamanya. Aku bigung dan tak ingat apa yang aku lakukan ketika itu. Seingat aku selepas itu jiran abang ipar aku bawa aku ke hospital.

Sesampai di hospital aku terus ke bilik jenazah. Tiada air mata lagi yang dikeluarkan oleh isteri aku. Dia melalui segalanya sendirian. Petang itu kami uruskan bawa keluar jenazah. Aku memandu pulang ke kampung manakala isteri aku memangku jenazah anak sulung kami dengan ditemani adik ipar. Dalam perjalanan terasa sunyi sungguh dunia ini tiada perkataan diucap oleh sesiapa pun dalam kereta itu. Aku tak akan lupa tarikh sedih itu 18/5 sebagaimana aku tidak lupa dengan tarikh gembira 20/11…..

Itu adalah salah satu kisah sedih dalam episod kehidupan aku dan isteri. Hari ini adalah ulang tahun ke 16 kami bersama sebagai suami isteri dan ulang tahun ke 21 kami bersahabat. Aku selalu ingat kisah-kisah sedih supaya aku sebagai Lelaki dan Suami tidak terlupa segala pengorbanan seorang wanita yang dipanggil isteri yang sentiasa setia di sisi aku semasa senang dan susah. Semuga kami terus berkekalan sehingga ke SYURGA…

Kerana Rasullulah selalu berdoa kepada Allah supaya Baginda dimatikan dalam keadaan MISKIN. Kerana apabila kita teringat masa susah dan masa sedih akan membuatkan kita lebih dekat dengan ALLAH swt.


Spread the love

35 Comments

  1. Pada dasarnya seseorang yang pandai mendapat hikmah akan menemukan sesuatu yang lebih berharga dibandingkan kejadian tersebut.

  2. Jadi kalo kita tiba2 ngalamin kejadian buruk yg gak mengenakkan..mungkin kita perlu sekali2 mengubah sudut pandang kita dan mencari hikmah apa yg ada di balik kejadian yg menimpa kita itu.

    1. Kenyataannya dalam kehidupan, kita sering fokus pada sebuah kejadian, namun tidak berusaha mengambil hikmah dari kejadian tersebut.

        1. Merugi karena pada lain kesempatan hal tersebut akan menimpa lagi kepadanya, tetapi orang itu sama sekali tidak memunculkan perubahan sikap ataupun ikhtiar.

  3. Setiap kejadian..hampir pasti selalu ada hikmah yg menyertainya..hanya saja kita yg diberi hikmah itu sadar gak dg hikmah apa saja yg ada di balik tiap kejadian yg kita alami. Seringkali kita lupa..dan lebih sering marah..menghujat..kadang2 kurang bersyukur..atau berpikir negatif thd apa yg Allah berikan pada kita.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..HIDUP SEORANG BLOGGER Berkah Ramadhan DenaihatiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!