Firman Allah SWT yang ertinya : “Dan jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bila mana kamu menikahinya), maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka nikahilah seorang saja atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat agar kamu tidak berbuat zalim” An-Nisa 4:3.
Allah SWT membenarkan suami untuk berkahwin lebih daripada satu jika mampu. Kemampuan yang dimaksudkan bukan sekadar harta benda dan seks tetapi melangkau dunia dan akhirat bagi mereka yang faham.
Kepada yang sudah dan akan berpoligami :
1. Jangan bandingkan isteri pertama dengan kedua dengan ketiga dan keempat kerana setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri.
2. Jangan abaikan anak-anak yang pasti terkejut apabila mengetahui ayahnya sudah berkongsi kasih sayang. Anak-anak adalah pelaburan kita untuk akhirat kelak sekiranya kita mempu mendidik menjadi anak yang soleh.
3. Jangan sangka harta benda dapat menganti kasih sayang kepada isteri pertama dan anak-anak.
4. Perbaiki komunikasi kerana kegagalan berkomunikasi dengan baik adalah faktor paling utama kegagalan berpoligami.
5. Jadi agama sebagai landasan untuk menyatukan keluarga pertama dan kedua dan ketiga dan keempat.
Kehidupan kita bukan sekadar untuk fikir dunia sahaja tetapi yang paling utama adalah kehidupan di akhirat kelak. Justeru itu setiap tindakan kita perlu diseimbangkan dunia dan akhirat. Kegagalan berlaku adil bermakna kita menzalimi diri kita sendiri yang akan mendatangkan murka Allah SWT.
—————————————————————————————-
Masalah seksual pada suami menyebabkan isteri mencari makan diluar dan tidak kurang ada main dengan suami orang. Masalah begini tidak akan berlaku sekiranya suami bertindak dengan mencari penawar kepada masalah yang dihadapi.
Rahsia terbaik buat para suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi
105 Comments
setuju sgt yg no 1 tu. baik atau buruk elok jgn disebut didepan mana2 isteri. takut timbul cemburu atau riak.
Curahan rasa Liza @ ..Perempuan sekarang tak malu
mmg x salah pon… rumanya, kene ikot apa yg telah di landaskan oleh islam…
Curahan rasa sjiehan @ ..Cat dari gelatin babi.. !! Boleh ke pakai?
tak salah pun, cuma banyak persoalan yang perlu dijawab terlebih dahulu antaranya, patut ke tak? mampu? layak?
kalau soalan tu semua dah cover dengan baik, memang tak salah langsung.
Curahan rasa ariff @ ..Gadis Malaysia Lebih Menyukai Lelaki Yang Menggunakan Android Berbanding iPhone?
x salah untuk berpoligami..asalkan mampu berlaku adil dan berkemampuan dr segi kewangan..
Banyaknya typing error.. Hehe
terima kasih sudah dibetulkan.
corak pemikiran zaman dulu dengan sekarang mungkin dah berbeza..tapi suami yang berkemampuan je lah boleh..kalau tak..satu pun dah cukup..
Curahan rasa aizuddin @ ..Cara Untuk Cantikkan Profile Baru Facebook
Comments are closed.