Pengorbanan seorang wanita

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tarikh 20/11 memang tidak pernah akan aku lupakan kerana inilah tarikh sempurnanya aku sebagai seorang insan mengikut sunnah Rasulullah. Teringat hadith Nabi, Riwayat Bukhari dan Muslim “dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”.

Bermula hidup sebagai seorang suami dalam keadaan yang daif kalau nak dibandingkan dengan adik-adik yang lain. Tiada kenderaan peribadi, tiada rumah sendiri dan tiada duit simpanan bak kata perpatah kais pagi makan pagi lah. Gaji setiap bulan hanya cukup-cukup sahaja dan mesti kirim kepada emak abah untuk membantu adik-adik yang semua sedang bersekolah. Alhamdulillah isteri memahami situasi yang sedang aku lalui.

keluarga Denaihati 2014

Setelah beberapa tahun kahwin baru mampu membeli kapcai Honda EX5. Sebelum ada motor kami selalu balik kampung naik bas, teksi atau keretapi. Setelah ada motor kami berulang naik motor dan beberapa kali berulang alik dari Taiping ke Sabak Bernam dan Johor. Setelah berkahwin 8 tahun baru mampu beli kereta Wira dan setelah 13 tahun berkahwin baru mampu beli rumah sendiri. Alhamdulillah sekarang bukan sekadar kereta Wira sebut je apa nama kereta semua dah merasa.

Alhamdulillah isteri aku bukanlah dari orang kaya tetapi keturunannya baik, kecantikan pun ada dan terpenting agamanya itulah yang memberi kuatan untuk hidup susah senang dengan aku. Pengorbanannya terlalu besar selain sangguh bersusah bersama, isteri selalu sangat ditinggal berhari-hari, berbulan-bulan dan pernah juga bertahun-tahun. Aku selalu didik isteri supaya jangan bergantung harap kepada aku kerana dikhuatiri seandainya aku mati dulu maka kepada siapa pulak nak bergantung harap. Bila kita bergantung harap kepada Allah insyallah suami pun dapat.

Itu adalah sebahagian episod kehidupan aku dan isteri. 20/11 adalah ulang tahun ke 17 kami bersama sebagai suami isteri dan ulang tahun ke 22 kami bersahabat. Aku selalu ingat kisah-kisah sedih supaya aku sebagai Lelaki dan Suami tidak terlupa segala pengorbanan seorang wanita yang dipanggil isteri yang sentiasa setia di sisi aku semasa senang dan susah. Semuga kesenangan yang aku kecapi akan hanya aku kongsikan dengan isteri yang sanggup bersusah dengan aku bukan wanita lain yang belum teruji ketahanan jiwanya. Semuga kami terus berkekalan sehingga ke SYURGA


Spread the love

125 Comments

  1. Salam Bro DH,

    Tahniah untuk ulangtahun perkahwinan yang ke 17 tahun, bukan 1 masa yang singat…tentunya pelbagai pahit,manis kehidupan bersama isteri dan keluarga di tempuhi bersama

    mudahan berbahagia hingga keakhir hayat, di permudahkan rezeki dan segala urusan dunia dan akhirat.

    Ikhlas dari yanmie + keluarga 🙂

    1. Perkahwinan perlukan pengorbanan dari suami n isteri. Jangan mengajar isteri mendewakan dan mempunyai suami tetapi suami adalah untuk dipatuhi selagi ianya mengikut landasan Islam.

  2. alhamdulillah .. sangat menaraik .. dan ingin saya jadikan contoh dari entri ini … terima kasih kerana sudi berkongsi .. bukan senang nak dengar orang lelaki bercerita ttg hal rumahtangga .. saya ingat saya yg susah masa mula2 kawin dulu .. rupanya ade lagi yg susah dari saya .. nice entri ..
    Curahan rasa L@n@ aka Mak Budak @ ..Top 8 “Nangs” in Innit NuffnangMy Profile

  3. cerita yang amat menarik bro
    bolehla saya jadikan sebagai panduan apabila sudah berumah tangga nanti
    Selamat ulangtahun perkahwinan bro yang ke 17
    semoga berbahagia sellau di samping isteri tersayang
    Curahan rasa wazy @ ..Advanced SystemCare v372My Profile

  4. Wow, a beautiful story.. Semoga walau dalam apa keadaan sekalipun, datang dugaan apa sekalipun, pengorbanan itu tidak akan dilupakan.. Hanya segelintir lelaki sahaja yang mampu menghargai perkara seperti ini dan mendalaminya.. Semoga you’ll always be one of these men 🙂

    Happy Anniversary to you both! For another 17 years to come
    Curahan rasa Bella Enveeus @ ..Knock Knock Knocking on Heavens Door – Day 2My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!