Langkah mudah untuk aktifkan butang follow di Facebook
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Apabila kalian main taram untuk memenuhkan 5,000 ruang kawan (friends) di Facebook, ia mungkin akan jadi suatu kesilapan. Ruang kawan yang dibina memang dibuat untuk kawan ‘real’ sahaja.
Dengan kata lain, jika butang request friends ditekan, dan kemudian pihak satu lagi menekan accept, maka terjadilah ‘kawan’. Ia memberi mesej yang kalian memang berkawan.
Secara jujurnya, ramai lagi pengguna Facebook yang masih lagi tidak tahu untuk aktifkan butang follower di halaman profile nya. Kemungkinan yang saya tengok daripada 100 akaun hanya 10% sahaja yang punyai butang Add friend dan Follow selebihnya hanya ada butang Add friend sahaja.
Sangat rugi kepada sahabat usahawan yang tidak memaksimakan fungsi facebook. Kata sifu-sifu facebook ianya sangat penting untuk kegunaan bisnes kalian di masa hadapan.
Yang belum ada butang tersebut, mari saya tunjukkan langkah mudah untuk aktifkanya di halaman profile kita.
1. Pergi ke ruangan “Menu” dan pilih “Setting & Privacy”
2. Kemudian klik “Setting”
3. Selepas itu, di bahagian Privacy klik butang “Privacy Setting”
4. Tukarkan “Who Can See Your Future Posts?” dan Who Can See the People, Pages And Lists You Follow?” menjadi Public.
5. Selesai di atas, pergi ke Menu “Privacy” semula dan klik butang “Public posts” dan tukarkan semua setting kepada Public
Kalau ada yang masih tidak faham dengan cara di atas, saya akan tunjukkan videonya di bawah;
Selamat mencuba kawan-kawan semua.






