Pengorbanan seorang wanita

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tarikh 20/11 memang tidak pernah akan aku lupakan kerana inilah tarikh sempurnanya aku sebagai seorang insan mengikut sunnah Rasulullah. Teringat hadith Nabi, Riwayat Bukhari dan Muslim “dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”.

Bermula hidup sebagai seorang suami dalam keadaan yang daif kalau nak dibandingkan dengan adik-adik yang lain. Tiada kenderaan peribadi, tiada rumah sendiri dan tiada duit simpanan bak kata perpatah kais pagi makan pagi lah. Gaji setiap bulan hanya cukup-cukup sahaja dan mesti kirim kepada emak abah untuk membantu adik-adik yang semua sedang bersekolah. Alhamdulillah isteri memahami situasi yang sedang aku lalui.

keluarga Denaihati 2014

Setelah beberapa tahun kahwin baru mampu membeli kapcai Honda EX5. Sebelum ada motor kami selalu balik kampung naik bas, teksi atau keretapi. Setelah ada motor kami berulang naik motor dan beberapa kali berulang alik dari Taiping ke Sabak Bernam dan Johor. Setelah berkahwin 8 tahun baru mampu beli kereta Wira dan setelah 13 tahun berkahwin baru mampu beli rumah sendiri. Alhamdulillah sekarang bukan sekadar kereta Wira sebut je apa nama kereta semua dah merasa.

Alhamdulillah isteri aku bukanlah dari orang kaya tetapi keturunannya baik, kecantikan pun ada dan terpenting agamanya itulah yang memberi kuatan untuk hidup susah senang dengan aku. Pengorbanannya terlalu besar selain sangguh bersusah bersama, isteri selalu sangat ditinggal berhari-hari, berbulan-bulan dan pernah juga bertahun-tahun. Aku selalu didik isteri supaya jangan bergantung harap kepada aku kerana dikhuatiri seandainya aku mati dulu maka kepada siapa pulak nak bergantung harap. Bila kita bergantung harap kepada Allah insyallah suami pun dapat.

Itu adalah sebahagian episod kehidupan aku dan isteri. 20/11 adalah ulang tahun ke 17 kami bersama sebagai suami isteri dan ulang tahun ke 22 kami bersahabat. Aku selalu ingat kisah-kisah sedih supaya aku sebagai Lelaki dan Suami tidak terlupa segala pengorbanan seorang wanita yang dipanggil isteri yang sentiasa setia di sisi aku semasa senang dan susah. Semuga kesenangan yang aku kecapi akan hanya aku kongsikan dengan isteri yang sanggup bersusah dengan aku bukan wanita lain yang belum teruji ketahanan jiwanya. Semuga kami terus berkekalan sehingga ke SYURGA


Spread the love

125 Comments

  1. Menjadi ibu rumah tangga? Ah, kalimat itu sering hanya sebagai kata-kata sinis bagi wanita-wanita sejawat jika menemui teman wanitanya yang tak meniti karier.

    1. Tapi jangan keliru, ibu rumah tangga tak seremeh yang Anda bayangkan. Ibu rumah tangga atau dikenal dengan istilah stay at home mom, homemaker pada hakikatnya justru adalah sebuah medan aktualisasi diri seorang wanita yang sungguh-sungguh membutuhkan ruh dedikasi yang cukup tinggi,
      Curahan rasa munir ardi @ ..Perjalanan Mencari SinyalMy Profile

      1. betapa tidak? Seorang wanita dituntut untuk menunaikan sekian banyak tugas dan pekerjaan domestik dalam rentang waktu yang tidak mengenal batas, bahkan bisa dikatakan bahwa seorang ibu rumah tangga jauh lebih tangguh dan super ketimbang suaminya.
        Curahan rasa munir ardi @ ..Perjalanan Mencari SinyalMy Profile

        1. Bahkan pada hakikatnya, dalam kacamata Islam, seorang ibu rumah tangga bertanggung jawab penuh atas banyak hal, mulai dari permasalahan domestik rumah tangga, seperti memasak, bersih-bersih, mengatur anggaran pembelanjaan, lebih-lebih merawat, dan mendidik anak.
          Curahan rasa munir ardi @ ..Perjalanan Mencari SinyalMy Profile

            1. Maka bukanlah sebuah hal yang berlebihan bila Islam sangat mendorong kaum perempuan agar senantiasa meningkatkan kualitas pengetahuannya demi terciptanya suasana yang kondusif bagi keluarga yang membagi peran mereka sesuai kodrat alamiah yang telah Allah Ta’ala gariskan.
              Curahan rasa munir ardi @ ..Perjalanan Mencari SinyalMy Profile

      1. “Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada Yakut.”
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hari Aids Sedunia 2010My Profile

        1. “Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya, Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.”
          Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hari Aids Sedunia 2010My Profile

  2. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.” Perempuan apabila shalat lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.”
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hari Aids Sedunia 2010My Profile

    1. “Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).”

      1. “Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.”
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hari Aids Sedunia 2010My Profile

          1. “Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi Ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.”

            1. “Apabila semalaman (Ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.”

            2. “Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.”

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!