Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bila bercerita dunia paranormal memang teringat kisah entiti misteri di pagi raya yang berlaku di hari raya Aidilfitri 2013. Setiap kali melihat gambar tersebut pasti naik bulu roma …. macam mana pulak dengan kawan-kawan tak kan tak de rasa seram dalam hati.
Teringat juga kisah yang selalu dikongsikan oleh Bro Ilham yang selalu berulang alik ke Kemboja kisah paranormal di Toul Sleng Genocide Museum di Phnom Penh. Sebuah museum peninggalan kezaliman Pol Pot di zaman pemerintahan regime Khmer Rouge yang menjadi tempat pembunuhan beratus rakyat Kemboja yang tidak berdosa. Di Malaysia pun tak kurang kisah paranormal di muzium terutama di muzium perang di Pulau Pinang.
Kisah menarik pengembaraan Robert Joe (R.J.) bersama personaliti tempatan Nazrudin Rahman (Naz) membongkar kisah sebenar di sebalik muzium perang di Pulau Pinang yang terkenal ini. Dengan reputasinya sebagai lokasi yang menyeramkan, ketahui bagaimana datangnya kisah-kisah yang menyeramkan itu. Betulkah ia berhantu? Pernahkah ada orang betul-betul melihat hantu di sini? Ataupun ia sekadar mainan minda?
“Penang War Museum” terletak di Penang Hill. Ia merupakan lokasi yang menyeramkan bagi kebanyakan warga Malaysia kerana ia telah hilang ditelan hutan selama 60 tahun. Baru-baru ini, ia telah ditemui semula dan ditukar menjadi muzium peperangan dan ramai mempercayainya ia dihantui. Orang tempatan mengatakan ia adalah bekas kubu yang dibina oleh pihak British, tetapi ditawan oleh tentera Jepun dan digunakan sebagai kem banduan peperangan dan tapak menghukum, oleh kerana itulah ia dihantui roh-roh. Ceritanya hampir sama dengan kisah Toul Sleng Genocide Messuem Phnom Penh.
Walaupun bunyinya menyeramkan, R.J, seorang peneroka paranormal berbangsa Amerika-Korea yang juga seorang blogger yang percaya bahawa tempat sebegini bukanlah berhantu, tetapi bersejarah. Persoalan yang selalu bermain di minda R.J dan naz tentang apa yang berlaku sebenarnya. Adakah betul ada ‘hantu’? atau ia sekadar ilham kisah benar dan tragedi yang telah lama dilupakan?
Biasanya kita menjauhkan diri daripada elemen menyeramkan. Misalnya hantu, lembaga, kematian, pembunuhan dan kita tidak mempunyai masa untuk bertanyakan soalan penting terhadapnya. R.J juga yakin ia bukanlah kebetulan kerana tempat yang mempunyai banyak laporan kejadian berhantu biasanya mempunyai sejarah dasyat yang sedang tunggu untuk didedahkan. Pengembaraan RJ dan Naz bukanlah untuk mencari hantu tetapi kisah yang boleh menceritakan tentang masa lampau sesuatu tempat itu.
Jom ikuti perjalanan R.J dan Naz sambil mereka meneroka setiap sudut muzium yang menyeramkan ini, serta menemuramah saksi-saksi, mereka yang terselamat, pakar yang membongkar kebenaran mengapa ramai orang tidak mahu berkunjung ke tempat ini. Apa yang mereka temui pasti lebih menggemparkan daripada yang disangka.
Peminat fenomena paranormal pasti teruja dengan siri terhangat National Geographic Channel iaitu I Wouldn’t Go In There kerana akan membongkar salah sebuah lokasi seram di Malaysia iaitu “Penang War Museum” dengan kisah fenomena paranormalnya.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan tayangan perdana siri baru, I Wouldn’t Go In There – Malaysia : Haunted Museum yang telah bermula pada 4 Oktober 2013, jam 11 malam. Eksklusif di National Geographic Channel (Astro Saluran 553). Episod baru akan ditayangkan pada setiap Jumaat pada waktu yang sama.
Gambar menarik sekitar Penang War Museum
[customgallery]
59 Comments
Oh, baru tahu tantang kewujudan tempat ni…tengok melalui gambar pun sudah rasa seram…
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
bunyi pun dah seram..inikan pulak pergi Penang War Museum kat Penang tu ha..kang masuk kat muzeum tu..ada yang jadi lain kang..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
aduh, tengah malam macam ni tetiba terjumpa pulak entri tuan denaihati.com post pasal penang war museum. memang seram keadaan museum disana.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Melihat keadaan muzium itu sahaja sudah terasa seram dan meremang bulu roma. Ngerilah…orang masuk muzium nak dpt informasi sejarah, bukannya nak kan ketakutan.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Perjalanan Idea Gila Kini Bermula…
Dulu pernah terbaca beberapa blogger update pasal ni . Masa tu keluar kat tv . Tak pernah tau kewujudan muzium ni. Lepas keluar kat tv beria mencari. Nak tau apa yang ada dekat muzium tu. Maklum lah, Nak pergi jauh. Jadi bila kita baca pengalaman orang sedikit sebanyak memberi ilmu pada diri sendiri, MUngkin satu hari nanti kita sendiri akan berpeluang ke sana. Insyaallah.
Curahan rasa Kanvas Dakwat @ ..business card MURAH !!!!
Tak pernah tahu pun adanya museum seperti ini. Poster itu pun nampak menyeramkan je. Tetapi best jugak kalau dapat melawat ke museum lama seperti ini. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Good Friends
dapat pergi ke museum memang best. dapat tahu semua sejarah barang yang ada di musem. tapi wawa tak pernah lagi pergi ke penang war museum. nampak mcm menyeramkan.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Tengok poster macam dah menyeramkan,Kalau ada lagi ni nak try pergi tengok kalau pergi pulau pinang.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
Poster saja pun dah menyeramkan bukan. Entah macam manalah kalau dapat melawat kesana nanti, mesti seronok. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Good Friends
kalau poster di dah nampak menyeramkan, comfirm kalau pergi kat sana meremang bulu roma. apa-apa pun nak juga pergi ke sana. tapi nak waktu siang la hihi
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Boleh dilistkan sebagai tempat yang perlu dikunjungi ni. Tak pernah tahu ada kewujudan muzium ni.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Berbuka Puasa Dengan Uncle Jack
Wan sendiri pun tak pernah masuk. Tak sangka pula ada perkara angker kat sini. Konfem tak berani masuk. hahahaha…
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
kan. muzium dekat tempat wawa pun tak macam ni. mesti penang war museum ni mempunyai sejarah yang mengerikan suatu ketika dulu.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Betul tu Fadzi Razak, Pasti sangat bersejarah Penang War Museum ini kan. Dapat melawat, seronok jugak untuk tahu tentang museum ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Good Friends
ooo..baru tahu ada war museum di Penang…kalau ada masa nnt nak g melawat la..
Curahan rasa Hanipah Ghazali @ ..Percutian di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang Rasa Macam Pergi Perancis
Ada masa pergi ke Penang nanti, bolehlah melawat Penang War Museum ini jugak ye. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Good Friends
dulu pergi penang wawa tak tau pun ada penang war museum ni. kalau tahu, memang nak melawat jugak museum ni.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Minda kita…tapi paranormal mungkin sesuatu yang benar atau bukan…
Kadangkala mainan minda. Tapi yang jelas, ada 1001 mcm makhluk yang Allah leh cipta dari yang boleh dilihat hingga ke alam ghaib. Percaya alam ghaib itu juga wajib. Cuma perlu juga teliti asasnya.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
mntap ni, kalo bisa maen kesana 🙂
Curahan rasa Guerilla Indonesia @ ..Tips aman saat menyelam
kalau bab paranormal ni mmg saya takut..
kaalu dalam tv ok juga tu.. dapat cover line takut tu..
Curahan rasa Mus @ ..Adakah Kamera Saya Grey Set Nikon?
sama lah dengan saya. kalau real memang tak berani. tapi kalau tengok dalam tv tu ok sikit boleh tutup mata dengan bantal. hehe
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Belum pernah melawat lagi kat situ…Misteri atau menyeramkan sudah jadi satu lagenda hingga tertubuhnya Penang War Museam.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Jana Duit Sambil Merebut RM4000
waduhh teringinnya utk ke sana
makasih denai untuk infonya,,kalau horor ngeri juga dengarnya
Curahan rasa cara langsing sehat @ ..Manfaat Air Putih Atasi Jantung
Comments are closed.