Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terima whatsapp daripada seorang rakan sekolah sekarang menetap di sebuah bandar pelancungan di Arab Saudi, Yanbu. Whatsapp tersebut sangat menyentuh hati dan rasanya tidak patut sangat kalau aku tidak kongsikan dengan rakan pembaca dan sangat tak patut kalau rakan pembaca tak kongsikan kepada rakan dan saudara mara yang lain.
[box type=”shadow”]Sempena menyambut Idul Adha, kisah seorang sahabatku, penjual haiwan ternakan. Setelah melayani pembeli, saya melihat seorang wanita sedang memperhatikan dagangan kami, Dilihat dari penampilannya sepertinya mahu membeli. Lalu saya menghampiri nya dan menawarkan.
“Sila kan puan”
Dia menunjuk, “Kalau yang itu berapa?” Wanita itu menunjuk pada haiwan yang paling murah.
Kalau yang itu harganya RM300, jawab saya.
“Harga paling diskaunnya berapa?”
“RM250 bolehlah”. harga sebegitu untung saya kecil, tapi biarlah..
“Wang saya cuma ada RM200, boleh ya..”.
Alahai..saya bingung, karena itu harga modal kami, akhirnya saya berlembut. “Biarlah..”
Sayapun menghantar haiwan wanita itu, Ketika sampai di rumah wanita tersebut.
Astaghfirullaah..
Allahu Akbar, terasa menggigil seluruh badan demi melihat keadaan rumah wanita tersebut.
Wanita itu hanya tinggal bertiga dengan ibu dan seorang anaknya di sebuah pondok amat buruk berlantai tanah. Saya tidak melihat tempat tidur yang ada hanya pangkin kayu beralas tikar lusuh.
Di atas pangkin itu sedang tidur seorang nenek tua kurus. “Mak..bangun mak, nih tengok Sumi bawa apa”, Perempuan tua itu terbangun.
“Mak Sumi sudah beli kambing buat emak qurban, nanti kita hantar ke Masjid ya mak.”
Klik untuk membuat tempahan Qurban di Kemboja secara online
Orang tua itu terkejut namun kelihatan bahagia, sambil mengusap-usap kambing orang tua itu berucap, Alhamdulillah, akhirnya kesampaian juga emak nak buat qurban.
“Ni abang duitnya, maaf ya kalau saya menawarnya terlalu murah, saya hanya kuli cuci, saya sengaja kumpulkan wang untuk beli kambing yang mau saya niatkan buat Qurban ibu saya…
Ya Allah…Ampuni dosa hamba, hamba malu berhadapan dengan hambaMU yg satu ini. HambaMU yg Miskin Harta tapi dia kaya Iman. Seperti bergetar bumi ini setelah mendengar niat dari wanita ini.
“Bang ni wang kambing itu!” panggil wanita itu,
“Tak pa lah puan, biar saya biaya kambing ini, saya yang bayar.”
Saya cepat pergi sebelum wanita itu perasan bila melihat mata ini sudah basah kerana tak sanggup mendapat teguran dari Allah yg sudah mempertemukan dengan hambaNYA yg dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan ingin memuliakan orang tuanya….[/box]
Maafkan aku kerana tak dapat menahan sebak di hati ….
Semoga Allah mempermudah kita semua…
Di hujung whatsapp sahabat aku menulis ….
Ada hadith melarang kita dari terpesona dengan harta benda. Harap-harap kawan-kawan dapat berkongsi ilmu berkenaan hadith ini.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Sesungguhnya bagi setiap umat itu berhadapan dengan fitnah. Fitnah bagi umatku ialah harta” (Riwayat Al Tirmidhiy(2336). Kata Abu ‘Isa : Hadith Hasan Sahih)
ALLAH SWT telah mengajar kita setiap harta ada hak untuk mereka yang memerlukan. Zakat, Infaq, Sedekah, Wakaf dan Qurban adalah sistem sempurna yang disediakan Islam untuk umatnya. Tanpa Subsidi Islam telah maju seperti zaman kegemilangan Islam suatu masa dahulu dimana yang berharta membantu yang miskin dengan rela tanpa mencari alasan.
Kan memberi itu lebih baik daripada menerima ….
49 Comments
oh ada juga kisah sebegini ya.. sedihnya.. semoga Allah memurahkan rezeki mereka sekeluarga.. aminnn
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
Dengan adanya teknologi kini. Ibadah korban dapat dilakukan dengan mudah.
ya.. setuju.. semoga ramai yang dapat membantu golongan seperti ini sebab kemudahan dah tersedia dengan banyak nya sekarang ni
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
Terharu dengna cerita ini. Tiada alasan untuk kita tidak melakukan korban. Bagi sesiapa yang belum melaksanakan korban. Lakukanlah. Sesungguhnya pengorbanan itu sungguh besar ertinya.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Membeli Belah Di Lazada Malaysia
insya Allah.. semoga kita semua berpeluang menjalankan ibadah kurban seperti ini
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
Sebuah kisah yg sungguh menyentuh hati… Ya! Apa alasan kita lagi untuk tidak berkorban? Sesungguhnya dengan niat ikhlas dan hanya kerana Allah, pasti akan Allah tunaikan.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Perjalanan Idea Gila Kini Bermula…
insya Allah, sama-samalah kita berusaha kan untuk membantu mereka.. paling tidak pun, tolong promosikae qurban 🙂
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
Sedihnya baca cerita ini Tuan Denaihati. Mulianya hati dia. Walaupun duit takde tetap nak berkorban jugak. Semoga Allah murahkan rezeki mereka berdua dan kita semua. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Good Friends
mujur ada insan berhati mulia yang membantu dan menerima seadanya.. ini semangat kurban yang sebenar!
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
Niat dah ada tapi tak ada duit pula INSYA ALLAH, niat dah ada ALLAH S.W.T akan gandakan rezekinya selepas ini.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
Betul tu. Kalau dah niat kita nak berqurban, pasti Allah akan mempermudahkannya. Terharu baca kisah ini. 🙂
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Good Friends
Simpan awal duit, In Sya Allah berkat berjimat dan berusaha untuk melakukan ibadah qurban niat kita akan terlaksana.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Membeli Belah Di Lazada Malaysia
semoga urusan dan rezeki adarain dimurahkan selepas ini.. insya Allah.. bagus dah pasang niat begitu 😉
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
sedihnya dengar cerita tu…. walaupun takde duit tetap nak buat korban niat yang sangat murni yang semua orang harus contohi.
Curahan rasa iuzira @ ..kenali AL-QASSAM
Betul tu. Allah pasti membantu kita andai niat kita baik dan ikhlas. Semua orang haruslah mencontohi sifat seperti yang Tuan Denaihati kongsikan diatas ini. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Good Friends
Comments are closed.