Kembara Siem Reap ke Battambang, Kemboja

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ini bukan kali pertama aku menjejaki kaki di Siem Reap, Kemboja tapi sudah enam kali dengan rombongan yang berbeza-beza. Ketibaan kami dengan AirAsia disambut oleh beberapa wakil Koperasi Muslim Kemboja dan terus dibawa ke D’Wau Cafe salah satu restauran halal di Siem Reap untuk sarapan pagi. Kali ini kami menetap di Hotel MyHibiscus yang dipunyai oleh Rakyat Malaysia.

Siem Reap, Kemboja

Nak tengok lebih banyak gambar dan baca kisah Siem Reap boleh baca di entri “Siem Reap Cambodia Part 1“.

20120425-232312.jpg
Sarapan Pagi di D’Wau Cafe, Siem Reap

Program pertama setelah menjejaki kaki di Siem Reap adalah menjelajahi kota ribuan tahun Angkor Wat dan sekitarnya yang mempunyai berpuluh-puluh Angkor. Melihat kehebatan seni bina yang dibina ribuan tahun dahulu memang mengkagumkan, begitu besarnya kuasa ALLAH SWT.

Kalau teringin nak menyaksikan lebih banyak foto menarik Angkor Wat sila ke entri “Angkor Wat Cambodia Part 2“. Nak masuk Angkor Wat kena bayar dan paling best gambar muka kita ada pada tiket tersebut.

Angkor Wat, Siem Reap

Selepas makan tengahari di Restauran Hj Musa dengan menu istimewa Lembu Naik Bukit di sebelah Masjid Siem Reap dan berehat sebentar kami meneruskan Kembara Kemboja ke Tasik Air Tawar terbesar di Asia Tenggara, Tasik Tonle Sap.

Tasik Tonle Sap memanglah tersangat besar lebih kurang 150km persegi dan menjadi sumber rezeki kepada nelayan sungai dan tempat penempatan kepada rumah-rumah rakit yang beratus bertaburan dipersisiran tasik. Ariff Shah ada snap gambar menarik sepanjang perjalanan ke Tasik Tonle sap.

Menyelusuri Tasik Tonle Sap, Siem Reap

Banyak sebenarnya lokasi menarik untuk dilawati di Siem Reap seperti ladang buaya tetapi masa tidak mengizinkan keran bukan ini matlamat utama Kembara Kemboja. Suasana Siem Reap memang hidup dengan berbagai lampu dan aktiviti waktu malam. Sempatlah kami singgah di Night Market mencari cenderahati sebelum pulang berehat untuk perjalanan yang jauh.

Makan Halal bukan masalah di Siem Reap

Perjalanan menuju Battambang adalah pengalaman yang baru untuk semua rombongan. Walaupun sekian kali aku telah menjejaki kaki ke Kemboja tetapi ini kali pertama atas undangan Hj Musa, Yang Dipertua Persatuan Imam. Kalau lihat di peta Kemboja sebenarnya perjalan ke Battambang adalah perjalanan mengelilingi Tasik Tonle Sap.

Perjalanan 200km menuju ke Battambang.

Di Battambang kami disambut ramai Jemaah Masjid Battambang yang kebetulan mengadakan majlis aqiqah yang disumbangkan oleh eQurban. Kami sempat bertukar-tukar pandangan dan Jemaah Masjid Battambang memohoh pertolongan untuk carikan dana membina madrasah untuk 100 pelajar dan 6 ustaz yang sekarang belajar di bawah rumah beberapa penduduk. Insyallah kami berjanji untuk mencarikan dana sebanyak USD30ribu dan kalau ada yang berhasrat untuk menyumbang sila berhubung dengan team Denaihati.

Jemaah Masjid Battambang
Permintaan mereka mohon bantuan bina madrasah

Setelah berehat beberapa jam di Battambang, Kembara Kemboja diteruskan. Insyallah ini bukan kali pertama dan terakhir kami menjejaki kaki ke Battambang. Melihat pada batu tanda kami akan meneruskan perjalanan sejauh 300km menuju ke Phnom Penh. Macam ada yang mengeloh je di belakang tu dengan perjalanan yang jauh dan pemandu yang patuh had laju 80km/jam. Kembara Kemboja gabungan muda, senior, bujang, dah kahwin satu, dah kahwin dua, Malaysia dan Indonesia memang menyeronokan.  tak percaya bacalah entri “Kenapa Saya Suka Berkawan Senior“.


Spread the love

175 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!