Penang War Museum Membongkar Kebenaran Paranormal

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bila bercerita dunia paranormal memang teringat kisah entiti misteri di pagi raya yang berlaku di hari raya Aidilfitri 2013. Setiap kali melihat gambar tersebut pasti naik bulu roma …. macam mana pulak dengan kawan-kawan tak kan tak de rasa seram dalam hati.

Toul Sleng Genocide Museum Phnom Penh
Toul Sleng Genocide Museum Phnom Penh

Teringat juga kisah yang selalu dikongsikan oleh Bro Ilham yang selalu berulang alik ke Kemboja kisah paranormal di Toul Sleng Genocide Museum di Phnom Penh. Sebuah museum peninggalan kezaliman Pol Pot di zaman pemerintahan regime Khmer Rouge yang menjadi tempat pembunuhan beratus rakyat Kemboja yang tidak berdosa. Di Malaysia pun tak kurang kisah paranormal di muzium terutama di muzium perang di Pulau Pinang.

Kisah menarik pengembaraan Robert Joe (R.J.) bersama personaliti tempatan Nazrudin Rahman (Naz) membongkar kisah sebenar di sebalik muzium perang di Pulau Pinang yang terkenal ini. Dengan reputasinya sebagai lokasi yang menyeramkan, ketahui bagaimana datangnya kisah-kisah yang menyeramkan itu. Betulkah ia berhantu? Pernahkah ada orang betul-betul melihat hantu di sini? Ataupun ia sekadar mainan minda?

Penang War Museum
Penang War Museum

Penang War Museum” terletak di Penang Hill. Ia merupakan lokasi yang menyeramkan bagi kebanyakan warga Malaysia kerana ia telah hilang ditelan hutan selama 60 tahun. Baru-baru ini, ia telah ditemui semula dan ditukar menjadi muzium peperangan dan ramai mempercayainya ia dihantui. Orang tempatan mengatakan ia adalah bekas kubu yang dibina oleh pihak British, tetapi ditawan oleh tentera Jepun dan digunakan sebagai kem banduan peperangan dan tapak menghukum, oleh kerana itulah ia dihantui roh-roh. Ceritanya hampir sama dengan kisah Toul Sleng Genocide Messuem Phnom Penh.

Walaupun bunyinya menyeramkan, R.J, seorang peneroka paranormal berbangsa Amerika-Korea yang juga seorang blogger yang percaya bahawa tempat sebegini bukanlah berhantu, tetapi bersejarah. Persoalan yang selalu bermain di minda R.J dan naz tentang apa yang berlaku sebenarnya. Adakah betul ada ‘hantu’? atau ia sekadar ilham kisah benar dan tragedi yang telah lama dilupakan?

Hos Nazrudin Rahman
Kisah Penang War Museum di National Geographic Channel

Biasanya kita menjauhkan diri daripada elemen menyeramkan. Misalnya hantu, lembaga, kematian, pembunuhan dan kita tidak mempunyai masa untuk bertanyakan soalan penting terhadapnya. R.J juga yakin ia bukanlah kebetulan kerana tempat yang mempunyai banyak laporan kejadian berhantu biasanya mempunyai sejarah dasyat yang sedang tunggu untuk didedahkan. Pengembaraan RJ dan Naz bukanlah untuk mencari hantu tetapi kisah yang boleh menceritakan tentang masa lampau sesuatu tempat itu.

Jom ikuti perjalanan R.J dan Naz sambil mereka meneroka setiap sudut muzium yang menyeramkan ini, serta menemuramah saksi-saksi, mereka yang terselamat, pakar yang membongkar kebenaran mengapa ramai orang tidak mahu berkunjung ke tempat ini. Apa yang mereka temui pasti lebih menggemparkan daripada yang disangka.

I Wouldnt Go In There
National Geographic Channel iaitu I Wouldn’t Go In There

Peminat fenomena paranormal pasti teruja dengan siri terhangat National Geographic Channel iaitu I Wouldn’t Go In There kerana akan membongkar salah sebuah lokasi seram di Malaysia iaitu “Penang War Museum” dengan kisah fenomena paranormalnya.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan tayangan perdana siri baru, I Wouldn’t Go In There – Malaysia : Haunted Museum yang telah bermula pada 4 Oktober 2013, jam 11 malam. Eksklusif di National Geographic Channel (Astro Saluran 553). Episod baru akan ditayangkan pada setiap Jumaat pada waktu yang sama.

Gambar menarik sekitar Penang War Museum
[customgallery]

59 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!