Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bila bercerita dunia paranormal memang teringat kisah entiti misteri di pagi raya yang berlaku di hari raya Aidilfitri 2013. Setiap kali melihat gambar tersebut pasti naik bulu roma …. macam mana pulak dengan kawan-kawan tak kan tak de rasa seram dalam hati.
Teringat juga kisah yang selalu dikongsikan oleh Bro Ilham yang selalu berulang alik ke Kemboja kisah paranormal di Toul Sleng Genocide Museum di Phnom Penh. Sebuah museum peninggalan kezaliman Pol Pot di zaman pemerintahan regime Khmer Rouge yang menjadi tempat pembunuhan beratus rakyat Kemboja yang tidak berdosa. Di Malaysia pun tak kurang kisah paranormal di muzium terutama di muzium perang di Pulau Pinang.
Kisah menarik pengembaraan Robert Joe (R.J.) bersama personaliti tempatan Nazrudin Rahman (Naz) membongkar kisah sebenar di sebalik muzium perang di Pulau Pinang yang terkenal ini. Dengan reputasinya sebagai lokasi yang menyeramkan, ketahui bagaimana datangnya kisah-kisah yang menyeramkan itu. Betulkah ia berhantu? Pernahkah ada orang betul-betul melihat hantu di sini? Ataupun ia sekadar mainan minda?
“Penang War Museum” terletak di Penang Hill. Ia merupakan lokasi yang menyeramkan bagi kebanyakan warga Malaysia kerana ia telah hilang ditelan hutan selama 60 tahun. Baru-baru ini, ia telah ditemui semula dan ditukar menjadi muzium peperangan dan ramai mempercayainya ia dihantui. Orang tempatan mengatakan ia adalah bekas kubu yang dibina oleh pihak British, tetapi ditawan oleh tentera Jepun dan digunakan sebagai kem banduan peperangan dan tapak menghukum, oleh kerana itulah ia dihantui roh-roh. Ceritanya hampir sama dengan kisah Toul Sleng Genocide Messuem Phnom Penh.
Walaupun bunyinya menyeramkan, R.J, seorang peneroka paranormal berbangsa Amerika-Korea yang juga seorang blogger yang percaya bahawa tempat sebegini bukanlah berhantu, tetapi bersejarah. Persoalan yang selalu bermain di minda R.J dan naz tentang apa yang berlaku sebenarnya. Adakah betul ada ‘hantu’? atau ia sekadar ilham kisah benar dan tragedi yang telah lama dilupakan?
Biasanya kita menjauhkan diri daripada elemen menyeramkan. Misalnya hantu, lembaga, kematian, pembunuhan dan kita tidak mempunyai masa untuk bertanyakan soalan penting terhadapnya. R.J juga yakin ia bukanlah kebetulan kerana tempat yang mempunyai banyak laporan kejadian berhantu biasanya mempunyai sejarah dasyat yang sedang tunggu untuk didedahkan. Pengembaraan RJ dan Naz bukanlah untuk mencari hantu tetapi kisah yang boleh menceritakan tentang masa lampau sesuatu tempat itu.
Jom ikuti perjalanan R.J dan Naz sambil mereka meneroka setiap sudut muzium yang menyeramkan ini, serta menemuramah saksi-saksi, mereka yang terselamat, pakar yang membongkar kebenaran mengapa ramai orang tidak mahu berkunjung ke tempat ini. Apa yang mereka temui pasti lebih menggemparkan daripada yang disangka.
Peminat fenomena paranormal pasti teruja dengan siri terhangat National Geographic Channel iaitu I Wouldn’t Go In There kerana akan membongkar salah sebuah lokasi seram di Malaysia iaitu “Penang War Museum” dengan kisah fenomena paranormalnya.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan tayangan perdana siri baru, I Wouldn’t Go In There – Malaysia : Haunted Museum yang telah bermula pada 4 Oktober 2013, jam 11 malam. Eksklusif di National Geographic Channel (Astro Saluran 553). Episod baru akan ditayangkan pada setiap Jumaat pada waktu yang sama.
Gambar menarik sekitar Penang War Museum
[customgallery]
59 Comments
hem,,,ngeri juga ya kalau berbicara tentang horor.
Curahan rasa cara langsing sehat @ ..By: Gunawan
terlepas tengok rancangan tu huhu harap ada ulangan lagi pasni
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Markah SEO Selepas Tukar Baju
Tak berpeluang nak tengok rancangan tu semalam. Kalau pergi siang hari mungkin tak berasa nak seram. Kalau malam tak tahu la macam mana keadaannya. Takut jugak kalau difikirkan.
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Biggest Loser Contest Unit
Macam suram je tengok.. huhu..
Curahan rasa Muaz @ ..Blog lama tidak update
Seram jugak kalau nak tengok siri paranormal macam ni..keberanian tu kurang..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Keputusan Giveaway Mudah : Teka Gambar Dan Saya Kongsikan Komisen JDR Dengan Anda
tak berpeluang nak tengok sebab berada di hostel…..kalau cerita bab2 paranormal ni kompen naik bulu roma….
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Kisah Benar – Berkat Sedekah Kepada Kucing
memang suka tengok cerita-cerita paranormal macam ni. Hehe
Curahan rasa encik bakul @ ..Jobdirumah tips – Kita kena terus berusaha.
muzium tuh kalau nak bawak anak kecik macam tak berapa sesuai rasanya…
Curahan rasa papa mifz @ ..Tempat Menarik di Johor
Oo… Ni astro punya… Kami takdak astro… Tp baru2 ni tgk dlm rncgn Seekers, buat kat penang war museum juga. Mmg ada entiti katanya
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..[Gambar] Langkah demi langkah cara membuat luka palsu
saya suka cerita-cerita sejarah…tapi bab-bab paranormal tu, memang tak percaya pun…kalau kita percaya hantu tu ada, maka akan ada la benda lain jadi hantu tu…
jadi, kuatkan iman, kurangkan percaya hantu2 ni…
Curahan rasa Farid Adam @ ..Wordless Weekend – Seminar Dr Azizan Osman
Terlepas menonton. Harap dapat menonton siaran ulangan.
Curahan rasa akubiomed @ ..Nuffnang FoodFest 2013 Tw(eat) untuk makan dan minum
sy anak jati penang,membesar di penang….dulu rajin ke rumah abg ipar dan akan lalu nmpk banner pasal muzium ni… teringin nak masuk tengok apa yg ada, kalau masuk ke tempat begini saya akan elak bawa anak yg masih kecil…..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Bungkusan Dari Blogger
Sebenarnya tiada hantu dalam dunia ni. Yg ada hanyalah jin dan syaiton. Jin ada dua (Islam dan kafir). Mereka juga makhluk Allah yg berusaha menyesatkan manusia hingga ke akhir hayat manusia. Hanya iman dan amal membenteng kita semua.
Curahan rasa ieta @ ..Bagaimana cara saya update blog?
Tiada roh-roh sebenarnya, apa yang pasti jin syaitan suka mendiami tempat sebegini. Dan itulah yang mereka jumpa. Jin syaitan ini kalau dicari, akan dijumpa. Jadi bukanlah aneh bila tim paranormal menjumpai sesuatu yang aneh di tempat seperti itu.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Tidak Mahu Pahala
lepas ni rasa nak pergi ke muzium tersebut,mesti banyak perkara yang kita lihat dan bongkar
Curahan rasa wazy @ ..Review KL Gangster 2
Comments are closed.