Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dah berzaman aku tak turun event mana-mana produk semenjak SBB2014, mungkin ada satu dua lah yang aku pergi atas jemputan kawan-kawan rapat. Semalam aku ke majlis pelancaran produk baru Ninetology soalan pertama yang aku dapat dari kawan-kawan Blogger kemana aku menghilang selama ini. Katanya selalu dulu kalau aku tak datang sekurang-kurangnya ada wakil tapi sekarang tak gitu. Nampaknya kena rajin pergi event balik sebab banyak syarikat dah mula lupa dengan blog Denaihati tapi bukan salah diaorang yang salah aku. Ini bukan kali pertama blog Denaihati cover majlis Ninetology sebelum ini pernah untuk “Pelancaran telefon baru seri U9“.
Majlis pelancaran u9 Z1T smartphone 4G terbaru keluaran syarikat tempatan Ninetology akan menjadi permulaan untuk aku aktif kembali menyertai majlis-majlis pelancaran gajet yang memang banyak hampir setiap hari ada. Selain daripada mengambil tahu keluaran produk terbaru dapat juga aku bersosial dengan rakan-rakan Blogger teknologi yang memang kuat berkerja sebab itu mereka dapat peluang pergi majlis pelancaran produk sehingga keluar negara. Kalau duit jadi ukuran itu memang salah sebab bukan semua advetorial gajet yang mereka tulis adalah berbayar tetapi kerana minat dan dedikasi.
Selain berjumpa rakan Blogger dapat juga berjumpa dengan top management syarikat macam majlis Ninetology inilah dapat berbual dengan Bro Wong (kalau tak silap namanya), product manager yang berdiri sebelah aku. Bila aku bagi bisnis kad dia kata ooo ini Denaihati ya!, lepas ni kita jumpa boleh bincang bisnis. Suka tak suka untuk berjaya dalam bisnis mesti membina network dan kemudian sentiasa membina komunikasi yang baik bukan hanya apabila ada projek baru nak berhubung.
Memang tak ada rezeki nak menang smartphone LTE U9Z1T keluaran pertama Ninetology sebab aku salah teka harga. Semua jemputan yang meneka tepat harga iaitu RM899 dapat membawa pulang satu unit U9Z1T tapi kepada peminat smartphone Ninetology boleh mendapat diskaun sehingga RM200 dengan hanya perlu membeli secara online di eChannel Ninetology yang baru dilancarkan bersama dengan pelancaran U9Z1T.
Sedikit informasi telefon Ninetology u9Z1T beroperasi menggunakan Android 4.3 dan membawakan skrin bersaiz 5-inci IPS HD, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 400 1.2Ghz Quad Core. Telefon pintar ini turut menyertakan kamera 13-megapixel untuk rakaman dengan aperture 2.2, dan kamera 1.6-megapixel untuk panggilan video. Dari segi memori, peranti ini dilengkapi dengan memori 1GB RAM, dan ruangan storan sebesar 8GB. Kapasiti bateri pula sebesar 2000mAh. Nak tahu lebih lanjut kehebatan u9Z1T boleh baca di Veronchan.com dan Soyacincau.com atau boleh terjah Facebook Ninetology.
Ok berjumpa lagi di majlis pelancaran gajet baru yang lain.
193 Comments
harga pun macam cun je bawah RM1k…ada duit lebih boleh la sambar satu Ninetology U9Z1T ni nanti….hee
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Fikir Dahulu Sebelum Beli Burger
Rebat RM200 pun boleh dapat, boleh cuba dulu, bila berkenan sambar satu…
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest Piala Dunia 2014 USD100 ribu untuk anda
memang gajet ini mementing gajet yang murah dan mapu milik
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
betul kata DH tu siap ada rebet RM200 untuk semua jenis phone jd rasanya mampu milik dan boleh bergaya jugak
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Happening majlis pelancaran ni 🙂
Curahan rasa lina @ ..Shoe Shopping
memang happening, kalau menang U9Z1T lagilah hapening…he hee
Curahan rasa Denaihati @ ..SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna
Jika berada di ibukota .. memang tak lepaskan peluang untuk hadir event begini, fikir nak bina network dan mantapkan jenama blog …
Curahan rasa Hasrul hassan @ ..Wajah Ensem Pakwe Baru Hanis Zalikha?
Harap akan datang ada banyak even kat Penang pula.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan penuh Piala Dunia FIFA 2014
beruntung blogger yang berada kat ibukota ni
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
telefon jenama baru sememang nyer akan terus bertanding harga di pasaran untuk mendapatkn sambutan
Curahan rasa hafizi @ ..Pajak Gadai Dalam Islam
setengah orang akan tunggu review dari orang dah pernah guna. bagusnya banyak persaingan harga cepat turun.
Curahan rasa Denaihati @ ..Piala Dunia 2014 lebih menarik dengan Astro B.yond baru
Nampaknya tuan DH kena guna dan review pulak
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
Hehe..macam-macam pilihan dah ada sekarnag ni..tapi saya masih belum mampu memilikinya lagi..haha
Curahan rasa Hafizul @ ..Adakah Hidup Ini Complicated?
Ada harga yang lebih murah untuk telefon pintar ni … beli online pun banyak yang ok dan kualiti bagus. Telefon pintar kena ada pada seorang blogger Malaysia.
Curahan rasa Hasrul hassan @ ..4 Sebab Blog Blogspot Saya Terbaik
Jalan merata tempat, hampir semua orang pakai smartphone, untuk bloger kira wajib ada….
Curahan rasa Denaihati @ ..Blogger makan coklat Cadbury
untuk blogger kena guna yang terlengkap.. best kalau dapat free..
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
masa mula2 saya hanya pakai nokia express music je itu pun siap boleh update blog bila saya kata macam tu ramai yang tak percaya ye lah kan phone murah macam tu siap boleh update blog siapa nak percaya hehehehe
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Bagus juga lebih banyak syarikat smartphone muncul sekarang ni.. Boleh berikan harga competitive untuk pelanggan..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Ovarian Cyst Yang Menjejaskan Kesuburan Dan Rawatannya
pengeluar smart phone agak agresif berlumba keluarkan produk terbaik mereka, semestinya baik untuk kita pengguna.
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest KDK Malaysia Charity Challenge
tapi akibat berlumba, buat yang termurah dan mampu milik sampai terabai kualiti
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
Jenama M’sia yg sedang berkembang…..
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..AngelHack KL 2014 – Peluang ke Silicon Valley, San Francisco
Jenama yang semakin meningkat naik dengan harga lebih mampu milik.
Curahan rasa Denaihati @ ..Selesai bayar hutang kereta sembilan tahun
Betul tu Bro … rasanya jenama ini mula dari Singapore dan kini sedang berkembang pesat di rantau ini.
Curahan rasa Hasrul hassan @ ..4 Sebab Blog Blogspot Saya Terbaik
tapi diaorang kena tambah kualiti skit..
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
yang penting mampu milik dan paling penting mereka akan terus kekal bukan hanya untuk seketika saja harap2 akan ada terbaru pada masa kana datang
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
nampak menarik berminatlah pula
Curahan rasa Linda @ ..Why Should You Use Nutribullet Juice for Weight Loss
dah minat boleh mencuba la jawabnya….heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Tarikh Nisfu Syaaban penting untuk umat Islam
pehh..nampak murah dan best je produk kali nih..
Curahan rasa titan @ ..14 Teknik Segera untuk dapat trafik yang CONVERT sales.
bolehlah belikan untuk puan titan satu…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Jadual Piala Dunia FIFA 2014 Waktu Malaysia
Takkan Puan titan mau gajet yang murah tuan DH
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
kalau di highway, pernah nampak billboard ninetology ni tapi x pasti apa dia.. rupanya company local buat telefon yea..
Curahan rasa tutyrahiza @ ..Kolesterol Baik Untuk Kesihatan
ya, ninetology dah ada pelbagai model keluaran dari harga budjet hingga ke spesifikasi yang agak tinggi.
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest Piala Dunia 2014 USD100 ribu untuk anda
selalu saya tengok budak-budak sekolah yang guna smartphone ni
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
cntik gk smartphone dia.. harga pun dh berpatutan
Curahan rasa jiesusanos @ ..Luang Masa Dengar Ceramah Agama
rekabentuk yang menarik dan skrin 5″ cukup besar bagi kebanyakan pengguna.
Curahan rasa Denaihati @ ..SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna
trend sekarang memeng kena skrin besar…
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
Rupanya not bad… tapi ada iras-iras Sony Xperia. Kalau ikut spesifikasi, nampak berbaloi gak beli Ninetology u9Z1T ni.
Curahan rasa Ismail N @ ..Movie Review: Edge of Tomorrow
memang ada, harganya boleh tahan murah dan lebih murah lagi dengan rebat.
Curahan rasa Denaihati @ ..Piala Dunia 2014 lebih menarik dengan Astro B.yond baru
terima kasih atas informasinya
sama-sama sahabat. terima kasih kembali atas lawatannya…
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan penuh Piala Dunia FIFA 2014
Dulu pernah pkai kira ok, tp sebab smartphone dia manja jadi ada limitation juga.
Curahan rasa Kereta Sewa Selangor & KL @ ..SOC Kereta Sewa di Subang Airport
ianya berspesifikasi pertengahan tak boleh espectation tinggi sangat.
Curahan rasa Denaihati @ ..Blogger makan coklat Cadbury
ball sensor juga problem
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
smart jugak fon 9ninetology ni….spesifikasi pun boleh tahan….
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Alhamdulillah Rezeki Sponsored Backpacker
rekabentuknya pun menarik, bolehlah cuba bro, kot-kot berkenan nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest KDK Malaysia Charity Challenge
payah macam ni kalau dah terbekenan mesti nak kena beli untuk cuba macam mana perasaan nya adakah sama macam yang di katakan
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Comments are closed.