iPhone 5S dan iPhone 5C bakal menakluki dunia
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dah terbaca beberapa minggu lepas di blog teknologi no satu Malaysia Amanz.my yang Apple akan melancarkan dua produk baru iPhone iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C. Pembaca setia pasti dah tahu iPhone satu jenama yang sudah tidak dapat dipisahkan daripada blog ini yang merupakan salah satu cabang niche yang sengaja dibina untuk blog Denaihati.
Apple jika nak dibandingkan dengan Samsung memang tidak begitu agresif dalam mengeluarkan produk-produk baru. iPhone 5 telah dilancarkan pada 12 September 2012 dan 10 September 2013 modal baru iPhone iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C akan dilancarkan. Dalam tempoh setahun tersebut Samsung telah melancarkan berbagai variasi produk. Strategi Apple jauh berbeza daripada Samsung untuk menakluki dunia teknologi.

Apa itu iPhone 5S dan iPhone 5C?
Video iPhone 5C datang dengan binaan yang lebih menarik.
Video iPhone 5S dengan touch ID ..
- Warna emas akan diperkenalkan sebagai tambahan kepada warna putih dan hitam yang sedia ada.
- Menggunakan processor A7 dengan cip pemprosesan berasaskan 64-bit. Dengan penggunaan cip A7 ini, ia membawakan kuasa pemprosesan 2 kali lebih pantas berbanding sebelumnya, termasuk sokongan grafik 2 kali lebih laju.
- Kamera 8-megapixel iSight bersama-sama aperture f/2.2 yang lebih besar, dan mengatakan sensor mereka mempunyai 1.5 mikron pixel untuk rakaman pada keadaan gelap dengan lebih baik
- Fungsi baru yang disertakan adalah SloMo, membolehkan pengguna merakamkan video HD (720p) pada kadar 120fps.
- Memkenalkan fingerprint scanner yang dinamakan touchID merupakan perubahan paling terbaik. Ramai analisa berpendapat ini permulaan era transaksi berbillion dollar bisnis secara mobile phone.
- Menggunakan iOS 7.
Video Top 5 ciri hebat iOS 7
Big bos Apple Tim Cook, CEO Apple telah melancarkan iPhone model baru pada 10/9/13.
Pelancaran produk baru iPhone adalah seperti yang dijangka iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C. Harga iPhone 5C USD99 untuk 16 GB dan USD199 untuk 32GB jadi dijangkan harga iPhone 5C Malaysia sekitar RM1999 untuk 16 GB dan RM2199 untuk 32 GB. Ramai yang kata harga ini masih agak mahal.
Update iPhone 5S dari peminat iPhone


