Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ni Denaihati telah diberi peluang oleh Intel Malaysia untuk mencuba gadget Motorola RAZR i XT890 yang menggunakan chipset dari Intel. Peluang macam ni memang ditunggu-tunggu. Motorola merupakan pengeluar smartphone terawal yang menggunakan chipset daripada Intel untuk telefon pintar mereka.
Pertama kali membuka kotak dan menarik keluar Motorola RAZR i nampak seperti iPhone 5. Dengan saiz 122.5 x 60.9 x 8.3 mm (4.8 x 2.4 x 0.3 inci) lebih kurang sama dengan saiz iPhone 5 tapi lebih tebal dan lebih berat sikit. Bila dah pegang sendiri dan dah belek-belek dapat rasa Motorola RAZR i punyai keistimewaan tersendiri.
Motorola RAZRi XT890 menggunakan Chipset Intel Atom 2Ghz. Chipset Intel Atom biasa kita dapati digunakan pada netbook. Ini manjadikan Motorola RAZR i antara smartphone yang memiliki pemprosesan berkelajuan tinggi.
Motorola dengan usahasama dari Intel melancarkan gadget yang dikuasakan oleh Intel Atom ni bagi memastikan Motorola RAZR i lancar daripada semua aspek termasuk keupayaannya dan persembahan grafik yang optimum.
Motorola RAZR i dikuasakan oleh 2GHz Intel Atom dengan 1GB RAM. Smartphone dengan saiz skrin 4.3 inci Super AMOLED Advanced (Corning Gorilla Glass) ini juga didatangkan dengan ruang penyimpanan dalaman 8GB dan sokongan microSD sehingga 32GB.
Selain tu, smartphone Motorola ni dilengkapi dengan kamera belakang 8 Megapixel yang menyokong gambar HDR dan kamera depan 0.3 Megapixel, serta ada fungsi WiFi, NFC, GPS dan juga 3G.
Motorola RAZR i menggunakan bateri Li-Ion 2000mAh. Dari pengalaman menggunakan smartphone ni, baterinya mampu bertahan sehingga 4 hari lamanya dengan penggunaan yang minimal.
Motorola RAZR i menggunakan Android OS 4.0.4 (Ice Cream Sandwich) – boleh upgrade ke Android versi Jelly Bean. Dari segi cara menggunakannya masih sama seperti menggunakan peranti-peranti Android lain. Cuma ada beberapa fungsi yang sedikit membezakan antara Motorola RAZR i dengan smartphone Android yang lain.
Dari segi kualiti gambar yang diambil menggunakan Motorola RAZR i memang memuaskan hati. Paling menarik kameranya sangat pantas mengambil gambar. Gambar yang diambil pada waktu siang tengok boleh tahan hasilnya.
Tapi gambar yang diambil pada waktu malam atau dalam suasana kurang cahaya hasilnya tak berapa menarik sebab banyak ‘noise’ atau bintik-bintik pada gambar. Nasib baik ada fungsi flash, jadi ‘noise’ tu dapat dikurangkan.
Sepanjang menggunakan smartphone Motorola RAZR i boleh dikatakan ianya antara gadget atau smartphone yang berbaloi untuk dimiliki. Motorola RAZR i XT890 boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Rasanya pilihan warna putih nampak lebih menarik dan cantik.
Terima kasih sekali lagi kepada Intel Malaysia kerana sudi memberi peluang Denaihati menggunakan dan berkongsi review smartphone Motorola RAZR i. Semuga di masa depan ada peluang lagi untuk Denaihati mencuba gajet-gajet unik seperti ini.
Untuk spesifikasi penuh smartphone Motorola RAZR i boleh tengok di laman GSMArena.com.
[customgallery]
67 Comments
Teringat pula handphone pertama saya dulu ialah dari brand Motorola. Sekarang Motorola terus bergerak maju menghasilkan smartphone yang hebat ini. 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
tuan denaihati sangat bertuah kerana dapat menggunakan gadget yang baru. mudah-mudahan dengan review smartphone motorola yang tuan denaihati.com lakukan ini dapat menarik perhatian peminat motorola.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
motorola baru maju menggunakan smartphone. tapi cantik juga design smartphone motorola. rasanya last wawa pakai motorola hampir 10 tahun kot.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
10 tahun yang lalu kot. motorola hebat juga. kalau tak silap dia sehebat nokia.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Motorola terlambat dalam persaingan ieknologi smartphone. Kegemilangan motorola suatu ketika dulu amat sukar dikembalikan. Namun bagi mereka yg pernah punya hp motorola dulu pasti akan terpikat dgn produk terbaru ini.
Nostalgia sungguh bila menyebut jenama ‘Motorola’… 🙂
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Proton Iriz Baru (PCC) – Variant, Harga Dan Spesifikasi
memang nostalgia bila menyebut jenama motorola ni. wawa pun tak boleh nak lupa lagi lagu motorola masa zaman dulu hihi 😀
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Belum pernah guna smartphone motorola lagi sebelum ini. Nampak menarik je smartphone ini Tuan ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Never Lose Hope
Motorola tahun ini agak tenggelam seperti sudah tiada lagi dalam dunia smartphone. Dalam iklan lagilah tiada. Nampak tiada impak kepada pengguna lagpun banyak persaingan yang hebat.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
tak mustahil suatu hari nanti motorola dapat berdiri sama tinggi dengan jenama hp yang lain sekiranya fungsi motorola lebih hebat dan tahan lasak.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
sebenarnya aku baru tahu motorola pun ada menggunaka chip daripada Intel…yang aku tahu ASUS zenfone yang guna Intel..tetapi aku dengar chip Intel pada mobile ni banyak tak support apps..entahlah aku pun tak pasti..mungkin ada yang pakar macam amanz boleh bagi pencerahan
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Musuh Kita Yang Paling Kejam
Comments are closed.