Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dah berzaman aku tak turun event mana-mana produk semenjak SBB2014, mungkin ada satu dua lah yang aku pergi atas jemputan kawan-kawan rapat. Semalam aku ke majlis pelancaran produk baru Ninetology soalan pertama yang aku dapat dari kawan-kawan Blogger kemana aku menghilang selama ini. Katanya selalu dulu kalau aku tak datang sekurang-kurangnya ada wakil tapi sekarang tak gitu. Nampaknya kena rajin pergi event balik sebab banyak syarikat dah mula lupa dengan blog Denaihati tapi bukan salah diaorang yang salah aku. Ini bukan kali pertama blog Denaihati cover majlis Ninetology sebelum ini pernah untuk “Pelancaran telefon baru seri U9“.
Majlis pelancaran u9 Z1T smartphone 4G terbaru keluaran syarikat tempatan Ninetology akan menjadi permulaan untuk aku aktif kembali menyertai majlis-majlis pelancaran gajet yang memang banyak hampir setiap hari ada. Selain daripada mengambil tahu keluaran produk terbaru dapat juga aku bersosial dengan rakan-rakan Blogger teknologi yang memang kuat berkerja sebab itu mereka dapat peluang pergi majlis pelancaran produk sehingga keluar negara. Kalau duit jadi ukuran itu memang salah sebab bukan semua advetorial gajet yang mereka tulis adalah berbayar tetapi kerana minat dan dedikasi.
Selain berjumpa rakan Blogger dapat juga berjumpa dengan top management syarikat macam majlis Ninetology inilah dapat berbual dengan Bro Wong (kalau tak silap namanya), product manager yang berdiri sebelah aku. Bila aku bagi bisnis kad dia kata ooo ini Denaihati ya!, lepas ni kita jumpa boleh bincang bisnis. Suka tak suka untuk berjaya dalam bisnis mesti membina network dan kemudian sentiasa membina komunikasi yang baik bukan hanya apabila ada projek baru nak berhubung.
Memang tak ada rezeki nak menang smartphone LTE U9Z1T keluaran pertama Ninetology sebab aku salah teka harga. Semua jemputan yang meneka tepat harga iaitu RM899 dapat membawa pulang satu unit U9Z1T tapi kepada peminat smartphone Ninetology boleh mendapat diskaun sehingga RM200 dengan hanya perlu membeli secara online di eChannel Ninetology yang baru dilancarkan bersama dengan pelancaran U9Z1T.
Sedikit informasi telefon Ninetology u9Z1T beroperasi menggunakan Android 4.3 dan membawakan skrin bersaiz 5-inci IPS HD, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 400 1.2Ghz Quad Core. Telefon pintar ini turut menyertakan kamera 13-megapixel untuk rakaman dengan aperture 2.2, dan kamera 1.6-megapixel untuk panggilan video. Dari segi memori, peranti ini dilengkapi dengan memori 1GB RAM, dan ruangan storan sebesar 8GB. Kapasiti bateri pula sebesar 2000mAh. Nak tahu lebih lanjut kehebatan u9Z1T boleh baca di Veronchan.com dan Soyacincau.com atau boleh terjah Facebook Ninetology.
Ok berjumpa lagi di majlis pelancaran gajet baru yang lain.
193 Comments
menarik juga keluaran smartphone dari ninetology ni. Bagi peminat gadget pasti tak lepaskan peluang untuk miliki keluaran pertama ni kan. Yang penting performance bagus
Curahan rasa Azhafizah @ ..Tugasan Kedua Cabaran miliki iPhone 5s impian setiap blogger
Interface ninetology nie memang smooth… harga pun boleh tahan…
Curahan rasa din @ ..Bleed Review for PC
wow ramainya kat pelancaran telepon ni. agak one big step bila dah ada lte dlm device
Curahan rasa Zuan @ ..Nasib Baik Beli Jersey Pemenang – The Rise of Germany Football
Selepas BB, sekarang Blackberry pula. Saya jadi pengeluar mempunyai x-factor yg tersendiri untuk menarik minat pengguna untuk membelinya..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Jenis-jenis Watch Malaysia Untuk Aktiviti Luar
Kali pertama dengar fasal Ninetology. Suka dengan interfacenya yang menarik. Tapi, nama ninetology panjang sangatlah hehehe.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Ninetology memang panjang bro. tapi simbol dia pendek je N9 jer..hehe
Curahan rasa amirnawawi @ ..Jenis-jenis Watch Malaysia Untuk Aktiviti Luar
huhu pangil nine boleh la kot.. blackberry pun panjang juga apa 😀
Curahan rasa Zuan @ ..Haruman Kasturi Dapat Menguatkan Jasmani Badan
harap-harap dia punya kualiti pon baik jugak la..jangan canggih saja tapi cepat rosaknya..
Curahan rasa FamiliCeria @ ..BERKESAN KE KALAU BOIKOT BARANGAN YAHUDI?
Benar. Kadang-kadang masalah lag ni boleh menyebabkan pengguna rasa nak hantuk kepala pada dinding. Aduhai. Semoga tidaklah indah khabar dari rupa.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
haaaa tu risau gak. dlu adek den ada beli phone ni. tak sampai setahun usia phone tu..
Curahan rasa Zuan @ ..Boleh Ke Brasil Jadi Juara?
Rebat daripada Ninetology ke rebat yang dulu daripada kerajaan tu?
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
Rebat dari kerjaan tu memang wujud lagi ke bro? Bukan dah takde ke sekarang?
Curahan rasa amirnawawi @ ..Bayar Lebih Untuk Guna Tandas Bersih?
hmm rasanya dah takde lagi rebat rm 200
Curahan rasa Zuan @ ..Nasib Baik Beli Jersey Pemenang – The Rise of Germany Football
dengan rebate RM200 lagi. fuhh boleh dapat harga ni RM200 lebih murah !
persaingan smart phone semakin sengit di negara kita Malaysia
Curahan rasa faizal @ ..Guna Peluang Waktu Mustajab Doa
isteri saya juga pakai 9 teknologi. nampaknya semakin menarik produk ini
Curahan rasa faizal @ ..Guna Peluang Waktu Mustajab Doa
wah..nineteknologi cuba bersaing dipersada gajet..
Curahan rasa faizal @ ..Merawat Eczema Tanpa Krim Steroid
saya harap suatu hari nanti saya akan berjaya memilikinya. yang sebelum ini terdetik juga nak beli tapi nampak gaya hasrat hati terpaksa di tahan kerana ada sesuatu perkara yang lebih penting harus didahulukan
Curahan rasa suri @ ..Cara Kukuh Menjahit Butang Baju Empat Lubang
mudah-mudahan tecapai nanti. juga boleh trade yang ada untuk rebat.
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest Piala Dunia 2014 USD100 ribu untuk anda
in sya allah akan tertunai tu .. dalam banyak2 smartphone ini phone harga paling berbaloi pernah saya jumpa lah
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
setuju terkadang sebab minat itu mereka up beberapa entri dalam blogkan.kalau jemput itu panggi rezeki namaya
Curahan rasa suri @ ..KECEMASAN !! Menjadi Sebuah Mimpi Yang Buruk
telefon tangan pada era moden kini satu kerperluan untuk di miliki bukan lagi menjadi satu bebanan
Curahan rasa suri @ ..A Special Time
betul, banyak fungsi lain yang penting dan sangat berguna, memudahankan kerja harian. bagi berbisnis online lagilah.
Curahan rasa Denaihati @ ..SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna
jadi kena beli ikut keperluan bukan ikut trend
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
memaidai lah untuk urusan harian kan lagi pun bukan buat apa sangat melainkan buat bersosial dengan blogging + bisnes
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
saya belum mencuba lagi buat liputan event ..buat permulaan memang tak fikirkan bayaran kerana dedikasi dan minat itu perlu..saya pinjam kata tuan denaihati..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..3 Tip Terhebat Membina Impian Besar
silakan bro, insyaAllah akan atang ada peluang untuk bro pula…
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Piala Dunia 2014 peringkat kumpulan
kalau dah rezeki, memang akan dapat punya
Curahan rasa brohantu @ ..Juara Joran Astro Bersiaran di Bulan Ramadhan
Comments are closed.