Pandang pertama Macbook Pro 13″ Retina

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

Pembangunan laman sesawang sudah menjadi rutin seharian yang tidak dapat dipisahkan. Saban hari pelbagai teknologi baru yang diperkenalkan dan ianya membuatkan proses pembelajaran perlu dilakukan secara berterusan atau kita akan ketinggalan dalam dunia yang bergerak serba pantas ini. Sejak tahun lepas, percubaan demi percubaan untuk membangunkan aplikasi berasaskan iOS atau OSX dilakukan, tetapi disebabkan konsep tertutup yang diamalkan oleh pihak Apple Inc. banyak kekangan dan cabaran yang terpaksa dilalui.

Namun disebabkan keperluan untuk membangunkan aplikasi berasaskan sistem operasi ini, pihak Denaihati Network telah menambah pelaburan dengan membeli sebuah MacBook Pro 13″ dengan paparan Retina. Gadget terbaru ini akan digunakan untuk projek-projek yang telah lama dirancang untuk rangkaian Denaihati tetapi masih tidak berjalan disebabkan pelbagai kekangan.

Artikel kali ini, akan berkongsikan pengalaman pertama kali menggunakan MacBook Pro dan juga sistem operasi Mac OS X oleh pengguna tegar Windows selama ini. Terus terang, pertama kali cuba untuk menggunakan MBP ini memang agak ragu-ragu, kerana tidak pasti bagaimana keadaan dan cara ianya berfungsi. Namun perasaan ingin tahu mengatasi segalanya.

Blog denaihati pada paparan retina Macbook Pro
Paparan denaihati.com pada retina display

Perkara pertama yang dibuat setelah pertama kali login ke MBP ini adalah mengaktifkan langganan waranti yang dibeli bersama-sama dengan gadget ini. Semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Sistem operasi OS X ini pada mulanya memang tampak janggal. Namun disebabkan paparan yang ringkas dan mudah untuk dinavigasi, perkara asas seperti memuat turun peralatan pembangunan seperti sublimetext, ftp, dan seumpamanya dapat dilakukan tanpa sebarang masalah.

Peralatan pembangunan laman sesawang dan aplikasi online bukanlah kerisauan utama, tetapi email akaun, dan data-data sensitif dari workstation yang lama itu lebih penting. Nasib menyebelahi kerana amalan menggunakan perisian cross platform sebelum ini, sedikit sebanyak memang membantu dalam memastikan semuanya boleh digunakan juga pada Workstation baru ini.

Kawalan desktop pada paparan Mac OS X
Kawalan desktop yang pelbagai ini memudahkan proses pengaturcaraan

Perisian email yang digunakan adalah Thunderbird, email-email dalam perisian ini boleh dibackup dan kemudian dialihkan ke MBP ini. Saiz total backup mencecah hampir 30GB. Memang banyak data yang disimpan sejak tahun 2007. Salinan email ini kadangkalanya berguna untuk membuat rujukan, terutama perkara yang melibatkan pembelian lesen perisian dan seumpamanya.

24 Jam menggunakan Macbook Pro Retina ini memberikan pengalaman yang berbeza berbanding semasa menggunakan Windows. Ianya merupakan pengalaman pertama yang menyeronokkan terutama untuk seorang pengaturcara. Banyak development tools yang boleh digunakan dengan lebih baik pada platform Mac OS X ini.

Ikuti pengalaman bagaimana pertukaran sistem operasi mempengaruhi produktiviti seharian dalam artikel seterusnya yang akan diterbitkan dalam masa terdekat. Adakah ianya menyebabkan produktiviti berkurang atau sebaliknya.

Berikut beberapa gambar Macbook Pro Retina 13″ yang sempat diambil.

[customgallery]

Nantikan rentetan artikel seterusnya mengenai MacBook Pro Retina ini.

81 Comments

  1. walaupun wawa bukan pengguna jenama apple tetapi teringin juga nak merasa. comfirm kalau dapat guna macbook ni rasa kekok tangan nak selidik apa yang ada dalam macbook ni. wawa pakai windows 8 pun belum mahir 100%.
    Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAYMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!