Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dah berzaman aku tak turun event mana-mana produk semenjak SBB2014, mungkin ada satu dua lah yang aku pergi atas jemputan kawan-kawan rapat. Semalam aku ke majlis pelancaran produk baru Ninetology soalan pertama yang aku dapat dari kawan-kawan Blogger kemana aku menghilang selama ini. Katanya selalu dulu kalau aku tak datang sekurang-kurangnya ada wakil tapi sekarang tak gitu. Nampaknya kena rajin pergi event balik sebab banyak syarikat dah mula lupa dengan blog Denaihati tapi bukan salah diaorang yang salah aku. Ini bukan kali pertama blog Denaihati cover majlis Ninetology sebelum ini pernah untuk “Pelancaran telefon baru seri U9“.
Majlis pelancaran u9 Z1T smartphone 4G terbaru keluaran syarikat tempatan Ninetology akan menjadi permulaan untuk aku aktif kembali menyertai majlis-majlis pelancaran gajet yang memang banyak hampir setiap hari ada. Selain daripada mengambil tahu keluaran produk terbaru dapat juga aku bersosial dengan rakan-rakan Blogger teknologi yang memang kuat berkerja sebab itu mereka dapat peluang pergi majlis pelancaran produk sehingga keluar negara. Kalau duit jadi ukuran itu memang salah sebab bukan semua advetorial gajet yang mereka tulis adalah berbayar tetapi kerana minat dan dedikasi.
Selain berjumpa rakan Blogger dapat juga berjumpa dengan top management syarikat macam majlis Ninetology inilah dapat berbual dengan Bro Wong (kalau tak silap namanya), product manager yang berdiri sebelah aku. Bila aku bagi bisnis kad dia kata ooo ini Denaihati ya!, lepas ni kita jumpa boleh bincang bisnis. Suka tak suka untuk berjaya dalam bisnis mesti membina network dan kemudian sentiasa membina komunikasi yang baik bukan hanya apabila ada projek baru nak berhubung.
Memang tak ada rezeki nak menang smartphone LTE U9Z1T keluaran pertama Ninetology sebab aku salah teka harga. Semua jemputan yang meneka tepat harga iaitu RM899 dapat membawa pulang satu unit U9Z1T tapi kepada peminat smartphone Ninetology boleh mendapat diskaun sehingga RM200 dengan hanya perlu membeli secara online di eChannel Ninetology yang baru dilancarkan bersama dengan pelancaran U9Z1T.
Sedikit informasi telefon Ninetology u9Z1T beroperasi menggunakan Android 4.3 dan membawakan skrin bersaiz 5-inci IPS HD, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 400 1.2Ghz Quad Core. Telefon pintar ini turut menyertakan kamera 13-megapixel untuk rakaman dengan aperture 2.2, dan kamera 1.6-megapixel untuk panggilan video. Dari segi memori, peranti ini dilengkapi dengan memori 1GB RAM, dan ruangan storan sebesar 8GB. Kapasiti bateri pula sebesar 2000mAh. Nak tahu lebih lanjut kehebatan u9Z1T boleh baca di Veronchan.com dan Soyacincau.com atau boleh terjah Facebook Ninetology.
Ok berjumpa lagi di majlis pelancaran gajet baru yang lain.
193 Comments
Terbaek bro. Pasaran smartphone “mid-range” semakin menarik sekarang – spec tinggi lagi harga murah. Ninetology pun kena lah berusaha sebab jenama lain, terutamanya dari Cina macam Xiaomi, Huawei semua mengeluarkan produk2 mantap.
Persaingan begini sememangnya best, sebab yang menikmati smartphone canggih dan murah adalah para pengguna jugak 🙂 Yay!
betul tu, banyak jenama China masuk sekarang, persaingan pun semakin sangat hebat sekarang.
Curahan rasa Denaihati @ ..Selesai bayar hutang kereta sembilan tahun
Nampak bagus specnya, rebat pun ada.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Senarai Penjaring Terbanyak Piala Dunia 2014
makin maju da Ninetology sekarang. kat rumah parents and siblings semua pakai Ninetology. phone ni bagus sebenarnya.
Curahan rasa eyra @ ..Solo Trip: Medan, Indonesia – Day 2
ramai adik beradik pakai yer, boleh buat riew nanti kot…
Curahan rasa Denaihati @ ..Tarikh Nisfu Syaaban penting untuk umat Islam
Ramai yang kata ninetology nie bagus, tapa belum pernah pula cuba
Curahan rasa NutriBullet @ ..Excellent Nutribullet Review for Weight Loss
smartpoe nya keren, tapi kapan ya punya yg kayak gitu
Semakin banyak smartphone specs tinggi yg dijual murah sekarang nih sekaligus memberi saingan kepada jenama-jenama terkenal seperti Samsung dan Apple iPhone..persaingan yg sihat..
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
Jenama besar lain ada kelebihan masing-masing dan harga pun agak tinggi. Rasanya kesan baik dari smartphone harga yang lebih murah/mampu milik ni adalah lebih ramai pengguna smartphone.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jadual Piala Dunia FIFA 2014 Waktu Malaysia
Kelebihan yg nampak pada jenama besar hanya sebab mereka dah establish..tapi kehadiran jenama2 baru smartphone seperti Ninetology dan Lenovo dgn specs sama tapi harga yg jauh lebih murah sekurang2nya dapat memberi amaran kpd jenama2 besar agar tidak sesuka hati menaikkan harga atau meletakkan harga tinggi kepada model keluaran mereka..
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Kelantan Rekod tanpa kalah di Larkin perlu dikekalkan
laku gak noo henset ni ingat xdak dah..dok rasa lenovo yg dok laku la nii
Curahan rasa montana @ ..Fight Club
masih ada banyak lagi model lain kat pasaran bro.
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest Piala Dunia 2014 USD100 ribu untuk anda
Ninetology dah semakin mengorak langkah.. pemasaran iklannya pun hebat!
Curahan rasa KiD @ ..Mega Bazaar 2014 Bermula Esok!
memang menarik iklannya, dengan rebat tu memang buat orang teruja.
Curahan rasa Denaihati @ ..Ninetology U9Z1T Dengan Sokongan LTE Dilancarkan
harga yang menarik untuk pakej smartfon yang baik. terbaik
Curahan rasa akmal zaidi @ ..Tempah Mesin Jahit Mampu Milik Online
dah pernah pakai smartphone dari Ninetology. Tapi banyak problem dan kurang kualiti
Curahan rasa brohantu @ ..Reel Pancing Daiwa Saltiga Expedition 2014
bro ada hantar ke pusat service ke ? mungkin boleh dianogsis sebaik mungkin.
Curahan rasa Denaihati @ ..SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna
Kalau tak salah, telefon Ninetology itu asli keluaran Malaysia ya…?
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Program Beasiswa Bank BII
Ya kang keluaran syarikat tempatan Malaysia, bermual tahun lepas.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan penuh Piala Dunia FIFA 2014
Ninetology kini memang menarik … terutama dengan adanya rebat sehingga RM200.00, mana tak dapat?
Curahan rasa yangbaik @ ..Giveaway [3]: 1st Anniversary Yana & Dean
lepas rebat tu tinggal RM699, memang murah dan mampu milik dengan spesifikasi pertengahan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Ninetology U9Z1T Dengan Sokongan LTE Dilancarkan
Gajet berspesifikasi menarik, dengan harga yang berpatutan..tentu akan menjadi pilihan ramai peminat gajet yang sedang mencari gajet mampu milik..
Curahan rasa Hijab Terkini @ ..Bergaya Sedondon Anak Beranak Dengan Lola Glitters For Kid Dan Shawl Lola Glitters
Harga memang berpatutan, ada rebat lagi hingga rm200.
Curahan rasa Denaihati @ ..Piala Dunia 2014 lebih menarik dengan Astro B.yond baru
Nampak menarik Ninetology u9Z1T ni..harga pun berpatutan..sesuai bagi yang mementingkan bajet..
Curahan rasa Brader Kecik @ ..Jam Tangan Pintar Apple, iWatch Akan Diperkenal Pada Umum Oktober Ini?
harga mampu milik dengan spesifikasi pertengahan, bagus jadikan pilihan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Blogger makan coklat Cadbury
Tahniah DH..nampak macam dah nak mula aktif balik dengan event gajet..
Semoga Denaihati terus sukses..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Happy Belated Father’s Day Abah Dan Babah
terima kasih. inysaAllah jika ada jemputan dari syarikat atau jemputan dari kawan-kawan takkan sia-siakan peluang.
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest KDK Malaysia Charity Challenge
Comments are closed.