Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini ketika aku membeli baju di Sogo Kowloon Hong Kong seorang penjual bertanya tak takut ke naik kapal terbang. Katanya ramai pelanggan dia dari Malaysia yang takut nak naik kapal terbang selepas peristiwa kehilangan misteri MH370, tragedi tembak MH17 dan kehilangan QZ8501. Jujurnya bukan tidak risau terutama apabila berada ribuan kaki di atas udara tetapi kitakan ada ALLAH tempat berserah.
Selepas lebih daripada 327 hari kehilangan misteri pesawat MH370, Kerajaan telah mengisytiharkan pesawat malang itu kemalangan mengikut ketetapan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan semua 239 penumpang dan anak kapalnya dianggap telah terkorban. Itulah hakikat yang semua kena terima walaupun ramai ahli keluarga yang tidak dapat menerima pengisytiharan ini.
Memang berbagai misteri menyelubungi kehilangan MH370 yang masih belum terungkai yang hanya mereka, askar dajjal sahaja yang mengetahui rahsianya. Kita masih boleh menerima alasan apabila MH17 ditembak jatuh dan QZ8501 jatuh kerana cuaca yang tidak baik tetapi kehilangan MH370 begitu sahaja memang sukar diterima terutama kaum keluarga mangsa.
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta. – Surat Al-Ankabut ayat 2-3
Begitulah kehidupan kekadang kita kena belajar menerima hakikat bahawa kehidupan bukan semua seperti yang dirancang. Perancangan ALLAH Maha hebat untuk menguji ketauhidan manusia atas keesaan Tuhan yang satu. Kita memang dengan mudah berkata-kata bahawa kita meyakini adanya ALLAH tetapi keyakinan kita teruji apabila ditimpa kesusahan terutama kesusahan yang diluar jangka fikiran. Insan yang beriman akan sentiasa redha dengan ketentuan ALLAH biar pun sekecil mana pemberian apatahlah sebesar ujian kehilangan MH370.
Tidak pernah sekelumit ALLAH pernah menzalimi hambanya melainkan diri kita yang selalui menzalimi diri kita sendiri. Mari kita berdoa semua kaum keluarga mangsa tabah menghadapi ujian dan dugaan besar dari ALLAH yang pasti akan ada hikmahnya. Semuga damai mu di sana MH370.
AL FATIHAH.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Yakjuj Makjuj terbongkar! Klik Sini
Rahsia Main Instagram 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini
Jana Duit 5 angka sebulan tanpa modal. Rahsianya terbongkar! Klik Sini [/box]
125 Comments
Sedih sangat bila terpaksa buat pengumuman tue.
Semoga tabah ahli keluarga menerima.
Curahan rasa AZENI AHMAD @ ..Tonsil Bengkak : 3 Cara Mudah Untuk Hilangkan Bengkak
sedihnya bila dengar berita ni..kerana hilang camtu je tanpa ada bukti boleh dilihat di mata kasar..moga pihak keluarga yang terlibat tabah setabahnya kerana berkata itu mudah tapi yang menanggung adalah mereka..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Cara Penyimpanan Dan Pengurusan Susu Perahan (EBM)
Semoga misteri MH370 akan cepat terungkai, sama2 kita berdoa semoga Allah memudahkan..
Dan semoga mereka yg terkorban MH370, MH17 dan QZ8501 damai di Sana
Curahan rasa Myra Jay @ ..Batu 5 Char Koaw Teow, Taiping
masih tak dapat terima lagi penjelasan yg diberi setakat nie. banyak sgt benda yg masih takde jawapan. mudah2an satu hari nanti kebenaran akan terbongkar juga. 🙁
Curahan rasa Oja Samid @ ..Masalah Hb Rendah Semasa Mengandung : Apa Nak Buat?
takziah kepada semua keluarga dan sahabat mangsa.Kuatkan semangat anda bersabar.Walaupun susah untuk menerima kenyataan ini,
Curahan rasa siti rosnah @ ..Cara semulajadi untuk bebas daripada sakit sendi
Takziah pada keluarga mangsa..serah diri pada Allah S.W.T..redha..insyaAllah tenang..Al-fatihah
Curahan rasa nur zayyani liman @ ..Kebaikan Multivitamin & Multimineral VITALEA IRON FORMULA
takziah kepada keluarga mangsa. MH370 masih kekal misteri sebab tak pernah ditemui walau secebis daripadanya.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Promosi Hebat Februari 2015 Best Giler!
Takziah kpd keluarga mangsa…tragedi yang turut terasa buat semua rakyat Malaysia…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Malaysia Best Blog 2015
Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. Diharap semuanya dapat bersabar dengan dugaan ini.Namun kita harus mencari keadilan dan kebenaran perkara ini.
Curahan rasa EN. Zam @ ..Animal Wooden Puzzle for Kids
Semoga usaha mencari MH370 yg diteruskan sekarang berjaya merungkai segala-galannya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Big Bad Wolf 2015
turut berduka cita, semoga keluarga yang ditinggalkan bisa tabah menghadapi cobaan ini JUDI BOLA
turut berduka cita, semoga keluarga yang ditinggalkan bisa tabah. JUDI BOLA
Al fatihah dan takziah kepada semua keluarga atau sanak saudara yg terlibat…
Semoga semuanya tabah…
Curahan rasa fazrol @ ..Surat untuk cikgu lawa!
Al Fatihah dan takziah untuk semua penumpang dan anak kapal. Sedihnya apabila pesawat ini tak dapat ditemukan sehingga terpaksa diisytiharkan nahas. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini
Curahan rasa qtiechan @ ..Sporo igauan ngeri kucing dan pemiliknya
Misteri MH370 yang akan menjadi satu lipatan sejarah hitam buat negara. Pasti akan dikenang sehingga ke akhirnya.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Hotel Aston Braga Pilihan Blogger Pelancong Malaysia di Bandung
Sejarah yg sangat besar, tambahan pulak dgn MH17 dan QZ8501, kita sendiri pun takkan boleh lupa…
Curahan rasa Denaihati @ ..Diskaun sehingga 80% di Karnival Karangkraf 2015
sebenarny aku memang nak tahu sangat apa yang sebenarnya berlaku..kehilanga yang cukup misteri…tetapi lebih baik kita berfikir secara rasional untuk menganggap ini adalah kemalangan supaya minda kita tak terlalu fikirkan benda-benda yang pelik dengan pelbagai teori
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Malaysia Best Blog 2015
ya, satu dunia ingin tahu sangat apa yg berlaku sebenarnya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Big Bad Wolf 2015
ye BL, satu dunia nak tahu .. apa misterinya.. kenapa tidak siarkan cerita yang sebenar.. mungkin ini politik? ni semua permainan obama.. tapi tak baik fitnah plak.. entah lah… teruskan berdoa
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Cipta Logo Sendiri
Comments are closed.