Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebelum ini aku ada menulis entri apa persediaan menghadapai kemerosoton ekonomi dunia tetapi berapa ramai pembaca yang ambil kisah atau masih ramai yang lebih suka menjadi keyboard warrior. Seperti kata Tengku Razaleigh Hamzah kemerosoton ekonomi Malaysia bukan kelemahan Kerajaan tetapi disebabkan faktor luaran yang membabitkan semua negara luar yang jadi mainan askar dajjal.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Khas untuk wanita rahsia jana wang di rumah! Klik Sini
Rahsia bisnis ubat kuat lelaki yang berjaya terbongkar! Klik Sini
Rahsianya kejayaan bisnis dropship terbongkar! Klik Sini[/box]
Akibat dari kemerosotan ekonomi dunia harga minyak untuk bulan Februari 2015 turun kerana harga minyak dunia merosot lagi. Turunnya harga minyak Malaysia adalah rahmat kepada rakyat yang selama ini merungut sehingga berdemo di Dataran Merdeka untuk memaksa Kerajaan menurunkan harga. Harapan rakyat apabila harga minyak turun maka kehidupan semakin selesa apabila harga barang pun sepatutnya turun. Dulu peniaga memberi alasan kerana harga minyak mahal mereka terpaksa menaikan harga barangan.
Malangnya hampir semua peniaga yang tamak haloba tidak menurunkan harga barangan walaupun harga diesel sudah turun kepada RM1.70 dari harga tertinggi RM2.23. Nak mengharapakn ahli politik berjuang memang janganlah malah mereka bergaduh isu perkauman sehingga peniaga yang tamak haloba mendapat keuntungan kerana dilindungi dan rakyat juga menjadi mangsa.
Tapi rakyat sebagai pengguna pun salah kerana semuanya mengharapkan ahli politik untuk berjuang untuk mereka. Alasanya mereka sudah mengundi jadi ahli politik mesti bekerja untuk mereka. Rakyat mesti penjadi PENGGUNA yang BERANI melawan kumpulan kapitalis yang tamak haloba mencekik leher pengguna untuk mendapat keuntungan yang bukan milik mereka. PENGGUNA mesti BERANI berdiri memboikot semua peniaga yang kejam tak kira Melayu, Mamak, India, Bangla apatah lagi majoriti peniaga Malaysia adalah Cina.
Kalau sebelum ini kita BERANI membuat kain rentang besar dan membaling batu ke pintu restoran McDonald’s kerana dikatakan membantu Yahudi yang menyerang Palestine. Kalau sebelum ini kita dengan BERANI menyerang Cadbury kerana dikatakan mempunyai dna babi. Mana KEBERANIAN kita semua untuk menentang peniaga tamak haloba merampas wang kita sesuka hati? PENGGUNA mesti BERANI bagun untuk boikot peniaga yang zalim untuk kepentingan diri sendiri.
Biarkan orang politik dan NGO dengan cara mereka dan kita PENGGUNA gunakan kuasa kita untuk memaksa peniaga menurunkan harga barangan. Bayangkan kalau kita sama-sama 1Malaysia boikot seminggu kedai makan yang menjual makanan dengan harga yang mahal pasti melingkup kedai tersebut termasuklah semua rantaian syarikat yang menjual produk kepada kedai makan tersebut.
Pelik sungguh pengguna Malaysia ini … bila agaknya kita nak jadi PENGGUNA BERANI yang berani bagun bersama menentang kezaliman peniaga tamak haloba ini? Mungkin ini masanya Blogger bersatu menentang peniaga yan zalim.
127 Comments
rakyat malaysia mcm dah terbiasa dengan harga barang mahal. sebab tu tak banyak komplen bila di kedai makan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Mendapatkan Diskaun Ketika Shopping Online
berani berkata benar walaupun ianya pahit. walau apa pun good info!
boikot ikot emosi ni yg bahaya. dpt mempengaruh mentaliti masyarakat
Curahan rasa Tim Nusara Catering @ ..Video Kenangan Indah oleh Eternity Production
kapitalis dah menggurita hampir diseluruh dunia telah tertanam usaha mereka perlu usaha besar dari ummat untuk melawan ekspansi ekonomi tersebut
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Arsitektur Kubah dan Interior Mesjid Dari Seluruh Dunia yang Indah
Nak boikot biar dengan ilmu… bukan boikot dengan emosi
Boikot dengan ilmu (faham tujuan dan asas memboikot) lebih berhasil daripada boikot dengan emosi
Curahan rasa linchalo @ ..Tips-Tips Mengekalkan Kulit Cantik Dan Sihat
setuju. tak perlu beremosi bila tak setuju dengan sesuatu. nampak kurang cerdik hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Mendapatkan Diskaun Ketika Shopping Online
Tapi, dalam membuat boikot, para pengguna perlu lakukan dengan cara yang aman tanpa sebarang kekasaran. 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Cara tambah followers Instagram untuk bisnes online
Para pengguna perlu berani untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka kepada pihak yang terbabit.
Curahan rasa Vander Good @ ..Cara tambah followers Instagram untuk bisnes online
Kita kena cekalkan hati & bulatkan matlamat dalam isu2 cenggini….
http://supernifzvitamin.com/pancit-selepas-travel/
Curahan rasa SuperNifz @ ..Kasih Sayang Suami Isteri
Sebenarnya boleh sahaja kita boikot cuma perlu kepada kesungguhan dan kebersamaan. Banyak lagi bahan makanan yang boleh kita makan.
Curahan rasa En. Zam @ ..Kasut Baby Girl pre-walker
Comments are closed.