Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini ketika aku membeli baju di Sogo Kowloon Hong Kong seorang penjual bertanya tak takut ke naik kapal terbang. Katanya ramai pelanggan dia dari Malaysia yang takut nak naik kapal terbang selepas peristiwa kehilangan misteri MH370, tragedi tembak MH17 dan kehilangan QZ8501. Jujurnya bukan tidak risau terutama apabila berada ribuan kaki di atas udara tetapi kitakan ada ALLAH tempat berserah.
Selepas lebih daripada 327 hari kehilangan misteri pesawat MH370, Kerajaan telah mengisytiharkan pesawat malang itu kemalangan mengikut ketetapan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan semua 239 penumpang dan anak kapalnya dianggap telah terkorban. Itulah hakikat yang semua kena terima walaupun ramai ahli keluarga yang tidak dapat menerima pengisytiharan ini.
Memang berbagai misteri menyelubungi kehilangan MH370 yang masih belum terungkai yang hanya mereka, askar dajjal sahaja yang mengetahui rahsianya. Kita masih boleh menerima alasan apabila MH17 ditembak jatuh dan QZ8501 jatuh kerana cuaca yang tidak baik tetapi kehilangan MH370 begitu sahaja memang sukar diterima terutama kaum keluarga mangsa.
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta. – Surat Al-Ankabut ayat 2-3
Begitulah kehidupan kekadang kita kena belajar menerima hakikat bahawa kehidupan bukan semua seperti yang dirancang. Perancangan ALLAH Maha hebat untuk menguji ketauhidan manusia atas keesaan Tuhan yang satu. Kita memang dengan mudah berkata-kata bahawa kita meyakini adanya ALLAH tetapi keyakinan kita teruji apabila ditimpa kesusahan terutama kesusahan yang diluar jangka fikiran. Insan yang beriman akan sentiasa redha dengan ketentuan ALLAH biar pun sekecil mana pemberian apatahlah sebesar ujian kehilangan MH370.
Tidak pernah sekelumit ALLAH pernah menzalimi hambanya melainkan diri kita yang selalui menzalimi diri kita sendiri. Mari kita berdoa semua kaum keluarga mangsa tabah menghadapi ujian dan dugaan besar dari ALLAH yang pasti akan ada hikmahnya. Semuga damai mu di sana MH370.
AL FATIHAH.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Yakjuj Makjuj terbongkar! Klik Sini
Rahsia Main Instagram 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini
Jana Duit 5 angka sebulan tanpa modal. Rahsianya terbongkar! Klik Sini [/box]
125 Comments
apa perasaan ahli keluarga sekarang ni. sedangkan perasaan sebagai kawan pon sedih.. pulangkan jasad mereka
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kejutan Buat Heliza Helmi
al-fatihah. akhirnya….. inilah hakikat yang perlu diterima oleh keluarga mangsa MH370.
semoga tiada lagi kejadian seperti ini lagi pada masa hadapan.
Memang sedih bila jadi lagu nih.
Curahan rasa titan @ ..Siapa sebenarnya Cikgu Aishah?
harap-harap jugak la. tahun 2014 terlalu banyak tragedi. risau dibuatnya untuk naik kapal terbang..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kejutan Buat Heliza Helmi
harapan yg amat besar kita semua, kejadian besar, semestinya besar juga hikmatnya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Kerjaya Impian selepas tamat belajar
Hanya sedikit sahaja rahsia yang Allah ‘padam’kan dan kita sudah terpingga-pingga. Sedangkan di sisi Allah banyak lagi rahsia yang tidak terungkap. Kita manusia hanya mampu berserah dan bersabar. Kita buat kerja kita sebagai ikhtiar seorang manusia. Selebihnya Allah yang tentukan.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Pustaka Dalam Balai Pustaka #1
Al-Fatihah. Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihii wa’fu’anhu. Semoga Allah beri kekuatan kepada keluarga mangsa. Ada hikmah di sebalik kejadian MH370. Bersangka baik dengan Allah sentiasa. Moga Allah gantikan yang lebih baik..
betul tu… kena sentiasa Husnuzon.. kerana ini semua sudah tertulis.. cuma nak tahu sangat di mana hilang MH370
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kejutan Buat Heliza Helmi
bagi saya ia kekal misteri sehingga ke hari ini..apa-apapun kita redha sahaja apa yang berlaku ini
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kisah Cinta Seorang Isteri Kepada Suami
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul,kes yang penuh dengan misteri..bukan saja keluarga mangsa kita yg lain juga terkesan dengan peristiwa ini ,semoga doa yg tidak henti dari kita akan terjawab segala misteri MH370 Ini..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Sudah Bersediakah Menghadapi Hari Tua?
Yakin, pada setiap yang Allah jadikan tidak ada yang sia- sia…mari teruskan mengutip hikmahnya..keep praying semoga kita dijauhkan dari fitnah akhir zaman~
Curahan rasa faezahjalil @ ..Bagaimana Vivix membantu mengawal penyakit kencing manis? Anda pasti beli 2 botol paling sedikit!
saya juga menjadi takut akan kejadian terutama QZ8501 ,saya juga ada perjalanan ke bali dengan keluarga saya batalkan dan naik airasia. Semoga ini semua menjadi hikmah dan juga sebenarnya menjadi perhatian semua pihak. Dan kita harus berserah diri kepada ALLAH SWT atas semua yang menimpa kita.
Curahan rasa asuransi jiwa @ ..Niat Sweeping Pendukung Persib, Jakmania Timbulkan Kemacetan
Kemalangan boleh menimpa mana-mana penerbangan sekali pun, ya semestinya kita sentiasa beroa supaya dihindari malapetaka ini.
Curahan rasa Denaihati @ ..Big Bad Wolf 2015
semoga aja para korban diberi tempat yang layak di surga amin, dan keluarga yang ditinggalkan diberi kesabaran dan ketabahan amin 🙂
Curahan rasa Taqorrub @ ..Mengapa Air Laut Berasa Asin dan Terlihat Berwarna Biru?
sukses yaa.. semoga tetap semangat tulis artikel nya.. keep posting .. mantapp
Curahan rasa artis video bokep mesum jepang @ ..Tips game online bolatangkas / tangkasnet
semoga kejaidan ini bisa mengambil hikmahnya untuk dijadikan pembelajaran selanjutnya …
Curahan rasa Info Menarik @ ..Cara Membuat Artikel Agar Cepat Terindex Oleh Google
tak dapat digambarkan perasaan ahli keluarga mangsa..yang mana kehilangan ahli keluarga tapi tak tahu diaman nisannya tahu dimana terkuburnya
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Tips Mendidik Anak Lelaki
mmg misteri btul khlangan mh370.. smoga suatu hari nti segalanya akan terungkai…
Curahan rasa Jie Susanos @ ..Juara Tennis Open Australia 2015
Kesian mangsa-mangsa tragedi yang terlibat. Siapa tahu mungkin ada lagi kejadian serupa dimasa akan datang. ‘Serangan’ nampaknya tidak akan terhenti..
Curahan rasa SentiasaPanas @ ..10 Salah Faham Terbesar Mengenai Islam
Comments are closed.