Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini ketika aku membeli baju di Sogo Kowloon Hong Kong seorang penjual bertanya tak takut ke naik kapal terbang. Katanya ramai pelanggan dia dari Malaysia yang takut nak naik kapal terbang selepas peristiwa kehilangan misteri MH370, tragedi tembak MH17 dan kehilangan QZ8501. Jujurnya bukan tidak risau terutama apabila berada ribuan kaki di atas udara tetapi kitakan ada ALLAH tempat berserah.
Selepas lebih daripada 327 hari kehilangan misteri pesawat MH370, Kerajaan telah mengisytiharkan pesawat malang itu kemalangan mengikut ketetapan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan semua 239 penumpang dan anak kapalnya dianggap telah terkorban. Itulah hakikat yang semua kena terima walaupun ramai ahli keluarga yang tidak dapat menerima pengisytiharan ini.
Memang berbagai misteri menyelubungi kehilangan MH370 yang masih belum terungkai yang hanya mereka, askar dajjal sahaja yang mengetahui rahsianya. Kita masih boleh menerima alasan apabila MH17 ditembak jatuh dan QZ8501 jatuh kerana cuaca yang tidak baik tetapi kehilangan MH370 begitu sahaja memang sukar diterima terutama kaum keluarga mangsa.
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta. – Surat Al-Ankabut ayat 2-3
Begitulah kehidupan kekadang kita kena belajar menerima hakikat bahawa kehidupan bukan semua seperti yang dirancang. Perancangan ALLAH Maha hebat untuk menguji ketauhidan manusia atas keesaan Tuhan yang satu. Kita memang dengan mudah berkata-kata bahawa kita meyakini adanya ALLAH tetapi keyakinan kita teruji apabila ditimpa kesusahan terutama kesusahan yang diluar jangka fikiran. Insan yang beriman akan sentiasa redha dengan ketentuan ALLAH biar pun sekecil mana pemberian apatahlah sebesar ujian kehilangan MH370.
Tidak pernah sekelumit ALLAH pernah menzalimi hambanya melainkan diri kita yang selalui menzalimi diri kita sendiri. Mari kita berdoa semua kaum keluarga mangsa tabah menghadapi ujian dan dugaan besar dari ALLAH yang pasti akan ada hikmahnya. Semuga damai mu di sana MH370.
AL FATIHAH.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Yakjuj Makjuj terbongkar! Klik Sini
Rahsia Main Instagram 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini
Jana Duit 5 angka sebulan tanpa modal. Rahsianya terbongkar! Klik Sini [/box]
125 Comments
itu la…menjadi misteri sampai sekarang….kemana menghilang sebenarnya MH370 ni…kalau terhempas mesti sempihan dia timbul..ini x der satu pun..
Curahan rasa Oh Kiji @ ..7 langkah menarik tambah followers instagram
Andaikata kejadian ini melibatkan Amerika atau pihak-pihak jahat tertentu..Semoga terbongkar misteri ini dan pihak yang “menghilangkan” MH370 menerima balasan setimpal.
Curahan rasa ahmad @ ..Uncle tukang urut
kita dapat apa yang kita buat.. semoga mereka juga dapat hukuman setimpal..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Cipta Logo Sendiri
Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban…Al-Fatihah
Semoga tenang di sana MH370
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Jom Aktifkan Mykad
takdir manusia dituliskan 50 ribu tahun sebelum penciptaan langit dan bumi kita semua harus beriman kepada Takdir semoga semua keluarga mangsa ridha akan dugaan ini
perkongsian yang menarik “islam di dadaku”! Boleh saya tahu sumber dari mana pasal takdir 50 ribu tahun tu?
Curahan rasa ahmad @ ..Malaysia Best Blog 2015
Al-fatihah dan salam takziah buat seluruh keluarga mangsa yang terkorban.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Segmen Bloglist Feb – Jun by Cik Manis
Allah tak pernah zalim pada hambaNYA.
Pasti itulah yg terbaik utk kita sama2 hadapi dan insafi.
Salam takziah utk semua rakyat Malaysia yang terkorban MH370.
Curahan rasa hafizmd @ ..Jom Aktifkan Mykad | Contest SEO Jom Aktifkan Mykad
Inilah ketentuan yang walaupun pahit terpaksa diterima oleh semua yang terlibat. Walaupun ada hati yang tidak dapat menerima apa yang berlaku, tetapi hakikatnya segala kejadian ini adalah apa yang telah Allah izinkan.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Hotel Aston Braga Pilihan Blogger Pelancong Malaysia di Bandung
Moga apa yang berlaku ni ada hikmah disebalik kejadian. Takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa. macam-macam hal yang berlaku. sedih.
Dunia akhira zaman, banyak sangat fitnah yang kita lihat…apa yang mampu kita buat hanya berlindung dan bartawakal sepenuhnya pada-NYA.
Sedih dengan apa yang terjadi pada tahun lepas, banyak kejadian menyedihkan. Semoga tahun ini menjadi lebih baik dari yang lepas. Amin
Curahan rasa masalah kulit muka @ ..Hello world!
semoga mereka semua tenang disana …dan semoga ahli keluarga terdekat , sahabat handai tabah …
Alfatihah…
sedih..serius sedih dengan apa yg berlaku pada negara kita pada 2014.. terlalu banyak kisah duka terjadi..moga 2015 berikan sinar terbaik buat kita rakyat Malaysia
Tiada siapa mengetahui di mana MH370 terhempas, hanya Sllah Taala mengetahuinya. Hanya bersolat hajat dan berdoa boleh kita lakukan.
Curahan rasa kamilsalleh.my @ ..Selamat Datang Ke Blog kamilsalleh.my
Saya simpati dengan nasib yg menimpa MH370, hilang tanpa bukti yg sahih di mana ia hilang.
Ia tidak berlaku seperti MH17 dan QZ8501. Waris mangsa boleh dpt tahu ia telah terkorban dan mayat mangsa nahas boleh disemandikan. Hanya Alkah yg mengetahuinya, kita hanya mampu berdoa.
Curahan rasa kamilsalleh.my @ ..Selamat Datang Ke Blog kamilsalleh.my
Harap akan ditemukan bangkai pesawat sekurang2nya, kes QZ8501 masih ramai jasad belum ditemui lagi walaupun agak jelas tempat jatuhnya…kes MH370 yg dah hampir setahun lansung takde maklumat yg jelas.
Curahan rasa Denaihati @ ..Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2014
mgkin juga akan temui atau mgkin juga tidak akan di temui..setelah kita baca sejarah kehilangan kapal terbang ini bukan lah 1 pekara baru ttpi sudah byk yg terjadi…lebih2 lagi inya hilang tnpa kita ketahui smpai skrg ttpi Allah saja yg mengatahui ..kita hnya mampu berdoa untuk mereka semua sama hidup atau mati kita tidak bioleh di ungkap kan dgn kata2 dan doa2 kita hnya mampu membuktikanya pada satu hari..
amin Ya Allah semoga perkenalkanlah doa2 hambu mu ini untuk buktikan di mana ianya berada..baik hidup mahupun mati
mgkin juga akan temui atau mgkin juga tidak akan di temui..setelah kita baca sejarah kehilangan kapal terbang ini bukan lah 1 pekara baru ttpi sudah byk yg terjadi…lebih2 lagi inya hilang tnpa kita ketahui smpai skrg ttpi Allah saja yg mengatahui ..kita hnya mampu berdoa untuk mereka semua sama hidup atau mati kita tidak bioleh di ungkap kan dgn kata2 dan doa2 kita hnya mampu membuktikanya pada satu hari..
ya, paling banyak kat bermuda triangle dr zaman dulu2 lagi. kat bermuda triangle sebab faktor alam semula jadi.
Curahan rasa Denaihati @ ..Kerjaya Impian selepas tamat belajar
Comments are closed.