Diskaun sehingga 80% di Karnival Karangkraf 2015

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kalau sebelum ini peminat buku gila dengan big bad wolf 2014 yang menyediakan diskaun sehingga 95% kali ini giliran buku-buku Melayu terbitan Karangkraf.

Edisi ketujuh Karnival Karangkraf kini kembali lagi untuk orangramai. Diskaun hebat untuk produk terbitan Karangkraf seperti majalah, novel, buku, Al-Quran dan akhbar Sinar Harian sehingga 80%. Dengan menggunakan Tagline “kami ada semuanya” sudah pastinya karnival ini semakin meriah dengan pelbagai aktiviti yang telah disediakan. Cetusan idea yang ditimbulkan oleh CEO Karangkraf ini menjadi aktiviti tahunan yang ditunggu-tunggu oleh pelbagai lapisan umur.

Karnival Karangkraf 2015 ini akan berlangsung dari 30 Januari 2015 sehingga 1 Februari 2015 dan antara aktiviti yang akan berlangsung secara umumnya adalah :

  • Masakthon (Para penulis buku masakan Alaf 21 bakal bergilir-gilir menyediakan masakan dengan resepi istimewa mereka.)
  • Bengkel Penulisan Thriller,
  • Demo Tudung,
  • Sesi beramah mesra dengan novelis dan penulis, seperti Ramlee Awang Murshid, Damya Hanna, Zaifuzaman Ahmad, Batiah Hadi, Julia Basri, Ayu Emelda, Azilah Wahab & ramai lagi.
  • Maskot-maskot kartun kegemaran ramai seperti Upin & Ipin, Boboiboy, Chichi Chacha, Supersquad
    cosplay anime untuk menghiburkan para pengunjung

Karangkraf Carnival

Pengunjung Karnival Karangkraf

Aktiviti menarik pada hari Sabtu 31/1/2015 pula adalah:

  • Ceramah Perdana dan Pelancaran buku Ustaz Kazim Elias,
  • Forum Bicara Cinta Anak Muda, yang dibawakan oleh Majalah I akan menampilkan PU Azman, PU Yusof , Heliza Helmi dan Amin Idris selaku moderator. Selain forum, pengunjung bakal disajikan dengan persembahan pemenang Anugerah Nasyid IKIM 2014, Daqmie.

Buku Ustaz Kazim Elias

Bagi yang ingin datang pada hari Ahad 1/2/2015, jangan lepaskan peluang untuk:

  • Temui 20 Finalis Dewi Remaja
  • The Largest Frozen Kids Gathering yang dianjurkan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun dan ke atas berpakaian seperti Elsa dan Anna.
  • Mini Konsert 30 Tahun Media Hiburan, ramai artis popular yang akan membuat persembahan, antaranya, MOJO, Ajai, Amelina, Awie Rafael dan banyak lagi.

Wak Doyok

Karnival Karangkraf

Nash

Selain itu antara tarikan Karnival Karangkraf kali ini adalah Famous Food Truck yang semakin dikenali ramai dan tidak ketinggalan menu popular The Pisang Cheese. Terdapat juga lebih 14 gerai makanan dan minuman yang kita bawakan kepada pengunjung dengan pelbagai menu menarik dan lazat.

Antara Kemudahan yang disediakan kepada para pengunjung;

  • 2000 parkir percuma.
  • Gerai jualan makanan dan minuman
  • Kemudahan Surau dan Solat Jumaat.
  • Khidmat Bas Rapid ulang-alik disediakan secara percuma.
    (Laluan Bas :
    Masjid Negeri Shah Alam— Petronas Dataran Automobil Seksyen 15—Karangkraf —SACC.

Karnival Karangkraf Info

Event : Karnival Karangkraf 2015
Masa : 9.00 Pagi – 7 Malam ( Jumaat, Ahad)
9.00 Pagi – 11.00 Malam (Sabtu)
Tempat: Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia untuk lulus temuduga kerja kerajaan! Klik Sini

Rahsia Untuk Lulus Temuduga Kerjaya samada kerajaan atau swasta! Klik Sini

Rahsia menulis resume yang akan membuatkan bakal majikan jatuh cinta! Klik Sini

Rahsia main Instagram 1 jam sehari, dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini

Rahsia Main Facebook 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini[/box]


Spread the love

85 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!