Menjejaki Kembara Israk Rasulullah SAW untuk Mikraj

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ALLAH SWT menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai anak yatim piatu dan buta huruf untuk menunjukkan kepada manusia bahawa baginda di angkat sebagai RASUL daripada jerih perih kehidupan. Alam ini dicipta ALLAH untuk kekasih-NYA, Muhammad SAW tetapi tiada jalan mudah untuk baginda bagi membuktikan bahawa hidup yang sementara ini bakal penuh dengan ujian. Klimaks kesusahan pada tahun 622 M ketika Rasulullah SAW berusia 52 tahun berlaku Am al Huzun atau tahun dukacita apabila bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia serta Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.

Bagi mengubat kedukaan Nabi Muhammad SAW telah jemput oleh ALLAH ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy dalam peristiwa besar Israk Mikraj. Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Palestin. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rakaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan, Bukit Thursina dan Bethelehem. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa.

[box type=”shadow”]“Maha suci Allah yang menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israk, ayat 1) [/box]

Alhamdulillah ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah memilih aku, keluarga dan beberapa sahabat menjejaki kota-kota suci kembara Israk Mikraj Rasulullah SAW. Pertama kali menjejaki kaki di bumi haram Mekah Mukarramah pada tahun 2007 tiada apa yang boleh dikatakan selain air mata mengalir deras terutama apabila masuk ke dalam Masjidil Haram dapat menatap sendiri Kaabah. Bukan mudah kehidupan Nabi terutama setelah diangkat sebagai Rasul selama 13 tahun di Mekah. Pertama kali menjejaki bumi Mekah tempat bermulanya Israk Mikraj Rasulullah masih tidak semoden sekarang yang penuh dengan bagunan pencakar langit hotel lima bintang yang menelan kehebatan Kaabah.

gambar kaabah di masjidil haram mekah
Kaabah ketika ditukar kelambunya.

Angin lembut mendambar hati sehingga rasa sayu yang amat sangat ketika sujud di Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah. Setiap kali menjejaki Masjid Nabawi terasa seperti Rasulullah SAW sedang mendampingi di sisi. Nabi SAW singgah solat dua rakaat di bumi haram Madinah dalam perjalanan Israk. Perasaan memang berbeza bila berada di Madinah terasa tenang mungkin kerana warga Madinah yang baik dan lembut.

gambar masjid nabawi
Masjid Nabawi yang sentiasa menyentuh kerinduan hati

Memang belum ada rezeki lagi menjejaki Madyan dan Bukit Thursina tetapi menjejaki di Bethlehem tempat kelahiran Nabi Isa a.s bagaikan mimpi setelah melalui kesukaran untuk menyeberangi sempadan Israel. Nabi SAW singgah solat dua rakaat di Baitullaham begitu juga Khalifah Umar Al Khattab setelah tentera Islam berjaya menguasai Baitulmuqaddis sehingga terbina Masjid Umar Al Khattab di depan Gereja Nativity.

tempat lahir nabi isa a.s
Bethlehem tempat lahir nabi isa a.s
masjid umar al khattab di bethlehem
Masjid Umar Al Khattab di Bethlehem

Kalau bukan kerana Kembara Palestine memang tidak tahu keberadaan Masjid Buraq di Tembok Barat Masjidil Al Aqsa tempat Nabi SAW menambat Buraq tunggangan Rasulullah SAW dari Mekah ke Baitulmuqaddis. Western Wall adalah tembok yang memisahkan antara dua agama di bahagian dalam kawasan Masjid Al Aqsa adalah Masjid Buraq tempat untuk umat Islam manakal di luarnya pulak adalah tempat ibadah Yahudi yang sentiasa penuh setiap masa terutama hari sabtu.

gambar Masjid Buraq
Masjid Buraq di Westen Wall dalam kawasan Masjidil Al Aqsa
Wailling wall masjid al aqsa
Western Wall dari luar Masjid Al Aqsa tempat ibadah Yahudi

Paling tersentuh hati dalam kedinginan ketika bumi Palestine diuji dengan salji paling tebal dalam tempoh 100 tahun setelah melalui lorong-lorong sempit di dalam Kota Baitulmuqaddis apabila melihat Kubah Emas, Dome of The Rock. Siapa sangka aku dapat menjejaki batu tempat Nabi Muhammad SAW solat sunat bersama Para Rasul dan Nabi dan Mikraj ke Sidratul-Muntaha. Paling istimewa apabila aku juga dapat memegang kesan tapak kaki Rasulullah SAW yang masih terpelihara.

Dome of the Rock
Dome of the Rock tempat Nabi SAW Mikraj ke Sidratul-Muntaha
Dewan doom of the rock
Kesenian dalam Dome of the rock
Gua di bawah batu dome of the rock
Gua di bawah batu Dome of the rock
Masjid Al Aqsa
Masjid Al Aqsa lambang perjuangan Islam

Semuga Aku, keluarga dan umat manusia seluruh alam terus mendapat hidayah dari ALLAH dan sentiasa belajar dari peristiwa besar kembara Rasulullah SAW Israk dari Mekah ke Baitulmuqaddis dan terus Mikraj bertemu ALLAH di Sidratul-Muntaha. Semuga kita tidak menjadikan kisah Israk Mikraj seperti cerita dogeng Sang Kancil yang hanya dibaca tetapi tidak lansung bertindak mengambil iktibar. Semuga entri “Israk Mikraj siapa yang takut dengan peringatan” dapat menyentuh hati kita yang sentiasa lemah ini.


Spread the love

80 Comments

    1. Bro azam sungguh2 tiada yg mustahil apabila bersungguh nak jadi tetamu ALLAH ada je jalan yg tak terfikir oleh akal kita.

  1. Artikel ini memberi saya suatu kekuatan atas kesedaran sebagai seorang umat islam yg sedang meniti penghujung kehidupan ini. Allah hu Akbar.

    1. Ketika Mikraj pula, Rasulullah SAW menempuh perjalanan melalui tujuh lapisan langit, malah ke tempat lebih tinggi dari langit ketujuh itu. Di tempat mulia itulah, Allah SWT menyampaikan perintah mulia untuk baginda dan umatnya, iaitu mengerjakan solat. Nabi mendapat perintah solat secara langsung daripada Allah tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril.
      Curahan rasa KelipKelip @ ..Giveaway RM300 Blog Pancing ElihMy Profile

      1. Pada mulanya, perintah solat wajib itu menghendaki ia dilaksanakan 50 kali sehari semalam tetapi selepas Rasulullah SAW bersoal jawab dengan Nabi Musa as, akhirnya Baginda mendapat keringanan Allah SWT untuk mengerjakan solat fardu daripada 50 kali sehari menjadi lima kali sehari semalam, namun dalam penilaian sebenar, Allah tetap memberi 50 ganjaran pahala.

        Itupun ramai umat Islam yang tak solat….
        Curahan rasa KelipKelip @ ..Berkesannya Kitab Teknik SEO Merah Jambu, Lihat Bukti!!My Profile

    1. Rasulullah SAW turut melihat orang yang memukul kepala dengan besi. Selepas pecah kepala, ia bercantum semula. Kemudian, dipukul lagi dan pecah semula, begitulah seterusnya berulang kali.
      .
      Selepas Rasulullah SAW bertanya, Jibril pun menjawab: “Inilah orang yang malas dan enggan mengerjakan solat, kepalanya tidak mahu sujud kepada Allah maka di kemudian hari, dia akan merasakan sendiri kemalasannya itu.”
      Curahan rasa KelipKelip @ ..Tips Mendidik Anak Berpuasa RamadanMy Profile

      1. Peristiwa Penting
        Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab, antaranya:
        Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab)
        Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.
        Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW.
        Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.
        Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)
        Curahan rasa KelipKelip @ ..Tips Mendidik Anak Pintar Dan Pandai MembacaMy Profile

  2. Allahuakbar! terima kasih atas perkongsian ini sesungguhnya beruntunglah kaki-kaki yang menjejak tempat-tempat suci yang pernah menjadi laluan Nabi s.a.w.

    Impian saya juga ingin merasai kedamaian dan ketenangan berada di sana. Semoga Allah makbulkan doa kami yang merindukan Mekah dan Rasulullah s.a.w

  3. Sejuk mata memandang melihat keindahan tempat-tempat suci umat Islam. Bertuah sungguh tuan telah terpilih untuk menjejak kaki ke sana. Sentiasa berdoa supaya menjadi insan terpilih juga untuk ke sana. Mengenai peristiwa Israk Mikraj kita sebagai umat Islam harus mengambil tahu tentang sejarah peristiwa penting bagi Rasullullah S.A.W. Perlu lebih banyak diadakan majlis atau aktiviti sempena Israk Mikraj ini.
    Curahan rasa Nor Ariffin Hamzah @ ..Al-Fatihah | Sultan Azlan Shah MangkatMy Profile

  4. Alhamdulillah bagi yang merasa menjejakkan kaki ke kota suci ni..bukan semua di kalangan kita bertuah, berpeluang merasa pengalaman sebegini. Kita sebagai orang Islam rasanya sedia maklum dengan peristiwa Israk Mikraj, di mana satu peristiwa sejarah dalam hidup Rasulullah.

    Peristiwa Israk Mikraj adalah salah satu hadiah istimewa dari Allah swt buat kekasih-Nya kerana kesedihan Rasulullah dia atas kematian bapa saudaranya dan kewafatan isteri Baginda Saiyidatina Khadijah rha.

    Teringin juga nak menjejakkan kaki di sana..Insya Allah 🙂
    Curahan rasa Layla @ ..Cara – Cara Mudah Sujud SyukurMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!