Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ALLAH SWT menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai anak yatim piatu dan buta huruf untuk menunjukkan kepada manusia bahawa baginda di angkat sebagai RASUL daripada jerih perih kehidupan. Alam ini dicipta ALLAH untuk kekasih-NYA, Muhammad SAW tetapi tiada jalan mudah untuk baginda bagi membuktikan bahawa hidup yang sementara ini bakal penuh dengan ujian. Klimaks kesusahan pada tahun 622 M ketika Rasulullah SAW berusia 52 tahun berlaku Am al Huzun atau tahun dukacita apabila bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia serta Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.
Bagi mengubat kedukaan Nabi Muhammad SAW telah jemput oleh ALLAH ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy dalam peristiwa besar Israk Mikraj. Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Palestin. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rakaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan, Bukit Thursina dan Bethelehem. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa.
[box type=”shadow”]“Maha suci Allah yang menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israk, ayat 1) [/box]
Alhamdulillah ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah memilih aku, keluarga dan beberapa sahabat menjejaki kota-kota suci kembara Israk Mikraj Rasulullah SAW. Pertama kali menjejaki kaki di bumi haram Mekah Mukarramah pada tahun 2007 tiada apa yang boleh dikatakan selain air mata mengalir deras terutama apabila masuk ke dalam Masjidil Haram dapat menatap sendiri Kaabah. Bukan mudah kehidupan Nabi terutama setelah diangkat sebagai Rasul selama 13 tahun di Mekah. Pertama kali menjejaki bumi Mekah tempat bermulanya Israk Mikraj Rasulullah masih tidak semoden sekarang yang penuh dengan bagunan pencakar langit hotel lima bintang yang menelan kehebatan Kaabah.
Angin lembut mendambar hati sehingga rasa sayu yang amat sangat ketika sujud di Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah. Setiap kali menjejaki Masjid Nabawi terasa seperti Rasulullah SAW sedang mendampingi di sisi. Nabi SAW singgah solat dua rakaat di bumi haram Madinah dalam perjalanan Israk. Perasaan memang berbeza bila berada di Madinah terasa tenang mungkin kerana warga Madinah yang baik dan lembut.
Memang belum ada rezeki lagi menjejaki Madyan dan Bukit Thursina tetapi menjejaki di Bethlehem tempat kelahiran Nabi Isa a.s bagaikan mimpi setelah melalui kesukaran untuk menyeberangi sempadan Israel. Nabi SAW singgah solat dua rakaat di Baitullaham begitu juga Khalifah Umar Al Khattab setelah tentera Islam berjaya menguasai Baitulmuqaddis sehingga terbina Masjid Umar Al Khattab di depan Gereja Nativity.
Kalau bukan kerana Kembara Palestine memang tidak tahu keberadaan Masjid Buraq di Tembok Barat Masjidil Al Aqsa tempat Nabi SAW menambat Buraq tunggangan Rasulullah SAW dari Mekah ke Baitulmuqaddis. Western Wall adalah tembok yang memisahkan antara dua agama di bahagian dalam kawasan Masjid Al Aqsa adalah Masjid Buraq tempat untuk umat Islam manakal di luarnya pulak adalah tempat ibadah Yahudi yang sentiasa penuh setiap masa terutama hari sabtu.
Paling tersentuh hati dalam kedinginan ketika bumi Palestine diuji dengan salji paling tebal dalam tempoh 100 tahun setelah melalui lorong-lorong sempit di dalam Kota Baitulmuqaddis apabila melihat Kubah Emas, Dome of The Rock. Siapa sangka aku dapat menjejaki batu tempat Nabi Muhammad SAW solat sunat bersama Para Rasul dan Nabi dan Mikraj ke Sidratul-Muntaha. Paling istimewa apabila aku juga dapat memegang kesan tapak kaki Rasulullah SAW yang masih terpelihara.
Semuga Aku, keluarga dan umat manusia seluruh alam terus mendapat hidayah dari ALLAH dan sentiasa belajar dari peristiwa besar kembara Rasulullah SAW Israk dari Mekah ke Baitulmuqaddis dan terus Mikraj bertemu ALLAH di Sidratul-Muntaha. Semuga kita tidak menjadikan kisah Israk Mikraj seperti cerita dogeng Sang Kancil yang hanya dibaca tetapi tidak lansung bertindak mengambil iktibar. Semuga entri “Israk Mikraj siapa yang takut dengan peringatan” dapat menyentuh hati kita yang sentiasa lemah ini.
80 Comments
Travelog yg menarik dan penuh pengisian yang berguna dan mantap! ♥
Seronoknya…. Sayu pun ada jugak baca. Semoga diberi rezeki balik PhD nanti untuk jejakkan kaki di Makkah & Madinah… Amiiinnn 🙂
Curahan rasa Nadot @ ..Rumahku Disewa Orang
Amiin. semoga Allah permudahkan nadot buat umrah balik nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Beruang Panda Malaysia dan Panda 4.0 tiada beza
travelog penuh dengan hikmah & ilmu….
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Hackademy KL 2014, Pengalaman Berharga
amin ya..Rabi Alamin..semoga kita diberi hidayahNya terus mencintai dan mengamalkan Islam sebagai ajaran hidup!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kisah 5 Sen
Begitulah…Allah menyuruh kita berjalan (mengembara) atas muka bumi untuk melihat kesan sejarah lama dan mengambil iktibar dari kesan dan kisah sejarah tersebut.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Piala Thomas Milik Godzilla!
mengembara untuk mencari ilmu memang dituntut dan mudahan pemgembaraan ini mendapat keredhaan dan keberkatanya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Status Halal Coklat Cadbury Dairy Milk
Pengalaman yang amat berharga. Bilalah aku berkesempatan
Curahan rasa brohantu @ ..Kejadian Pasang Surut
Terlalu banyak pengajaran dan peringatan daripada peritiwa Israk & Mikraj ini. Amat beruntunglah insan yang dapat melihat dengan sendiri tinggalan sejarah dan bukti peristiwa agung ini.
Curahan rasa Ezlaila @ ..DTX Complex Supplemen Untuk Kesihatan Hati
Pengajaran dan peringatan yang memberi berbilion makna buat kita umatnya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Wordfence Sistem Keselamatan WordPress
Terima kasih tuan kongsikan kisah yang begitu menarik sekali..Teringin sekali hati nak ke sini…emmm
Curahan rasa Hafizul @ ..Bila Dapat Duit Banyak Jiwa Jadi Senang
Sungguh berharga pengalaman yang tuan lalui..dan terima kasih kerana sudi berkongsi bersama kami para pembaca..
Israk Mikraj adalah peristiwa agung yang perlu diambil iktibar oleh kita semua dalam membawa syiar agama…
Kembara yang sangat bermanafaat. DH bertuah coz bukan senang untuk melewati sempadan israel… Jika diberi kesempatan kita juga ingin mengembara ke sana…Dan yang pasti ingin kembali ke rumah Allah..
Curahan rasa Raudzah @ ..Raja Nazrin Shah Diisytihar Sultan Perak Yang Baru
“Semuga Aku, keluarga dan umat manusia seluruh alam terus mendapat hidayah dari ALLAH dan sentiasa belajar dari peristiwa besar kembara Rasulullah SAW Israk dari Mekah ke Baitulmuqaddis dan terus Mikraj bertemu ALLAH di Sidratul-Muntaha”
Amin.
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman.
Amiin Ya Rabbal ‘Alamin. Mudahan kita semua mendapat hidayahnya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Thomas Cup Malaysia Final
Allahuakbar. Hati rasa begitu memanggil2 utk ke mekah dan madinah. Allahuakbar.
“memegang kesan tapak kaki Rasulullah SAW ” alangkah beruntungnya Tuan. Moga kita mendapat syafaat Rasulullah SAW yg begitu menyayangi kita sedangkan baginda tidak pernah bertemu kita. Akhir hayat baginda begitu risaukan kita…Allahuakbar.
Teruskan kita berdoa moga rakyat Palestin terus tabah menongkah arus kezaliman rejim zionis yahudi.
terima kasih tuan berkongsi…alhamdulillah..teringin lagi sekali utk dngr cerita kembara tuan face to face =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Keputusan Akhir Piala Thomas Malaysia vs Jepun
Alhamdulillah, semoha rakyat Palestin terus dilindungiallah. nak dengar cerita kembara face to face kena ngopi…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Beruang Panda Malaysia dan Panda 4.0 tiada beza
ketika sampai di Masjidil Aqsa, Rasulullah mendirikan solat, kemudian Jibril as menghidangkan dua jenis air miniman iaitu susu dan arak.. dan Rasulullah memilih susu, lantan Jibril berkata “Benar, engkau telah memilih air susu adalah lambang kesucian dan seandainya engkau mengambil minuman keras nescaya akan tersesatlah engkau dan umat engkau.”
Curahan rasa KelipKelip @ ..Giveaway RM300 Blog Pancing Elih
Semasa Mikraj Rasulullah SAW turut melihat orang yang memukul kepala dengan besi. Selepas pecah kepala, ia bercantum semula. Kemudian, dipukul lagi dan pecah semula, begitulah seterusnya berulang kali.
.
Selepas Rasulullah SAW bertanya, Jibril pun menjawab: “Inilah orang yang malas dan enggan mengerjakan solat, kepalanya tidak mahu sujud kepada Allah maka di kemudian hari, dia akan merasakan sendiri kemalasannya itu.”
Curahan rasa KelipKelip @ ..Berkesannya Kitab Teknik SEO Merah Jambu, Lihat Bukti!!
Intipati perjalanan Rasulullah SAW yg sudah terjadi..
Astaghfirullah
Curahan rasa hafizmd @ ..Suami Cemburu? Untunglah!
jadi iktibar untuk kita semua, tapi ramai yg masih berani.
Curahan rasa Denaihati @ ..Status Halal Coklat Cadbury Dairy Milk
ikut nyimak gan,
sukses terus buat websitenya….
terimakasih
Comments are closed.