Saham Akhirat Wakaf Madrasah Tahfiz An-Nuur

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih segar di ingatan perkenalan dengan Madrasah An-Nuur dari sebuah entri blog. Siapa sangka sejak dari perkenalan tu sehingga sekarang masih terjalin ikatan persahabatan dengan orang hebat Ustaz Noor Effendi yang merupakan mudir Madrasah Tahfiz An-Nuur di Muar, Johor.

Ustaz Effendi juga merupakan salah seorang pelajar Akademi Denaihati yang sangat berjaya melalui blog beliau Noehas.com yang sarat dengan perkongsian ilmu agama dalam bentuk penulisan santai dan mudah difahami.

Ustaz Noehas

Sekarang ni pihak Madrasah An-Nuur sedang mengumpul dana bagi membina satu lagi bangunan untuk kegunaan para pelajar. Bangunan sedia ada sekarang dah tak dapat menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah ramai. Bangunan baru yang akan dibina di tanah dalam kawasan madrasah sekarang memerlukan kos sebanyak lebih RM600K untuk menyiapkan bangunan dan prasarana bangunan ini.

Alhamdulillah, setakat ni Madrasah An-Nuur telah berjaya mengumpul sebanyak RM200K lebih tapi jumlah dana yang ada masih belum mencukupi untuk membolehkan bangunan baru ni dibina sepenuhnya.

Bangunan wakaf Madrasah Annuur Kesang Laut

Bangunan wakaf Madrasah An-Nuur, Muar JohorIlustrasi 3D bangunan baru Madrasah An-Nuur

Bangunan wakaf Madrasah An-nuur, Muar, Johor

Pelan bangunan wakaf Madrasah An-nuur, Kesang Laut, Johor

Bagi mengumpul dana yang selebihnya untuk pembinaan bangunan baru Madrasah An-Nuur, pihak madrasah telah memberi tawaran membeli saham wakaf dengan harga RM100 untuk satu lot. Saham wakaf ini membolehkan kita memberi sumbangan dan mendapat bahagian daripada pembinaan bangunan baru yang akan digunakan oleh para pelajar madrasah untuk belajar ilmu agama dan menghafaz Al-Quran.

Sekiranya anda ingin membeli saham wakaf bangunan ini, harga untuk 1 saham adalah RM100 satu saham. Namun begitu, sekiranya anda ingin menyumbang dengan nilai yang lain, sumbangan tersebut tetap dialu-alukan. Bayaran boleh dibuat melalui akaun bank Madrasah Tahfiz Al Quran Annur. Maklumat akaun bank boleh dapatkan di halaman khas “Saham Bangunan Wakaf Madrasah Annuur“. Derma boleh dibuat secara kiriman online terus ke akaun bank Madrasah atau menggunakan Mesin ATM atau penggunaan cek serta cara-cara lain yang penting sila isi detail di borang yang telah disediakan secara online untuk makluman Madrasah.

[box type=”shadow”]Dan apabila dikatakakan kepada mereka, “Infakkanlah sebagian rezeki yang diberikan Allah kepadamu,” orang-orang yang kafir itu berkata kepada orang-orang yang beriman, “Apakah pantas kami memberi makan kepada orang-orang yang jika Allah menghendaki Dia akan memberinya makan, kamu benar-benar dalam kesesatan yang nyata.” – Surah Yassin ayat 47 [/box]

Semuga sumbangan ikhlas daripada sahabat semua akan dipandang oleh Allah SWT, dan semuga sumbangan kalian akan mendapat balasan daripada ALLAH dan yang paling penting kita tidak menjadi golongan pelokek seperti yang dinyatakan ALLAH dalam surah Yassin ayat 47. Inshaa ALLAH dengan saham seminima RM100 ALLAH akan menyelesaikan berbagai masalah kita dengan nikmat yang beribu kali ganda kerana itu janji yang pasti dari ALLAH dan yang lebih penting kita mendapat saham akhirat yang berpanjang.

[box type=”shadow”]“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui”  Surah Al-Baqarah ayat 261.

“Siapa yang meminjami (infakkan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” Surah Al-Baqarah ayat 245.

“Mereka bertanya kepadamu (Muhamad) tentang apa yang harus mereka infakkan. Katakanlah, “Harta apa saja yang kamu infakkan, hendaknya diperuntukkan bagi kedua orangtua, kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang dalam perjalanan.” Dan kebaikan apa saja yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 215. [/box]

Kita membina hidup dengan apa yang kita dapat, tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan

Semuga pembaca dapat menyebarkan entri ini kepada seramai yang boleh keseluruh alam manalah tahu mungkin ada dermawan di hujung dunia yang sedang menunggu peluang untuk berzakat untuk saham akhirat.

73 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!