Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Perniagaan Online Bunuh Perniagaan Konvensional“. Kali ini Abang nak berkongsi kisah kembara Abang ke banyak negara.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Abang memang suka mengembara. Pengembaraan kebanyak negara bermula pada tahun 2006 apabila keadaan ekonomi keluarga sudah mula meningkat.
Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah melihat kesan gempa bumi teruk yang mengorbankan beratus nyawa di Padang. Ketika Abang sampai gempa bumi baru sahaja berlaku sekitar dua minggu.
Melihat jalanraya dan jambatan yang rosak dan bagunan runtuh menyembah bumi. Suasana yang sama juga Abang lihat ketika menjejaki kaki di Christchurch, New Zealand masih ada lagi kesan gempa bumi besar yang menimpa bandar tersebut.
Mengharung ombak besar ketika menyeberangi selat Cook dari Wellington ke Picton pun satu pengalaman yang boleh tahan ngeri juga. Ombak tinggi seperti bagunan 4 tingkat.
Melihat kesan-kesan tsunami di Aceh dan keajaibannya memang menyentuh hati betapa manusia tiada kuasa walaupun sekelumit tetapi kita selalu lupa.
Melihat keindahan alam ciptaan TUHAN bagai lukisan di atas kanvas apabila mengelusuri tasik dan gunung ganang di pendalaman New Zealand menuju ke Queenstown, menuju ke Alanya di Turki, dari Venice ke Rome, melalui garden route menuju ke Cape Town dan menyeberang Tasik Tiberia.
Mungkin ramai kata kenapa perlu mengembara jauh keseluruh alam, kerana ada disebut dalam ayat 44 surah #Fatir yang maksudnya
“(Dan sebagai buktinya): tidakkah orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu telah mengembara di muka bumi, lalu mereka menyaksikan bagaimana kesudahan orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka, sedang orang-orang itu lebih kekuatannya dari mereka? Dan (sudah tetap) bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit atau di bumi; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
Terbaru Abang melihat kemusnahan sebuah peradapan tamadun kehidupan di Madain Saleh tidak jauh dari Kota Madinah, kerana ingkar perintah tuhan.
Semuga kita antara insan yang terus mendapat redha NYA.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
26 Comments
seru sekali ya bisa mengembara ke belahan dunia ini untuk melihat betapa harus nya kita bersyukur dengan apa yang kita miliki
Curahan rasa icp capsule @ ..Tempat Beli ICP Capsule Kalideres
Kdg terfikir kite dimalaysia setakat banjir yang sedikit sahaja berbanding negara org yang kena gempa, taufan, bom sana sini tidak bersyukur kerana masih aman..
Mengembara mmg bgus dismping menambah ilmu dan pengalaman diri sambil2 lihat kebesaran yang Maha Kuasa Allah SWT…
jauh perjalanan, luas pemandangan. pergi ke negara orang, melihat negara orang, sekaligus menambah ilmu. mengambil ikhtibar dari kejadian lalu. moga saya sampai ke sini satu hari nanti,
Selalunya hanya baca dalam buku sejarah je.. tapi tak dapat lihat dgn mata sendiri..
Banyak pengajaran yang dpt diambil dari pengembaraan sebegini..
Curahan rasa Mohd Aswad @ ..Pinjaman Koperasi Kakitangan Kerajaan Kedah
Orang yang bijak ialah mereka yang ambil iktibar dari perkara yang berlaku atas orang lain
.
Ada banyak pengajaran kan
Curahan rasa Mazni & Fairul @ ..12 Jenis Sakit Perut Semasa Mengandung & Cara Atasi
Seronoknya dapat pergi ke negara orang.
saya harap dapat kesana suatu hari nanti
Curahan rasa umiadam @ ..Fibroid 10 cm Mengecut Semasa Mengandung Tanpa Pembedahan
Insyaallah, pergi negara orang pun ada banyak cabaran juga.
.
Macam macam perkara boleh jadi. COntohnya pelancong malaysia di korea utara tu
Meskipun keluar mengembara kini bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat di negara ini terutama bagi golongan muda, namun masih ada yang beranggapan travel hanya membazir duit dan tidak memberi impak positif kepada individu terlibat.
Hakikatnya banyak sekali kebaikan yang boleh diperolehi daripada mengembara
Curahan rasa Dedaun Comel | Buat Duit Online @ ..Cara Ekstrim Untuk Kuruskan Badan Dalam 1 Minggu
Pergi travel untuk bermusafir pun ada banyak kategori
.
Kalau pergi untuk suka suka memang tak dapat apa apa.
suka sangat baca entry travel kat blog DH.. second fav selepas tips blogging. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Panduan Memulakan Bisnes Bakeri dari Rumah
Setuju, tips kehidupan dan kekeluargaan pun banyak
.
Ambil mana yang bermanfaat untuk kegunaan sendiri
Seronok dapat mengembara tengok Negara luar. Doakan saya berpeluang juga merasa pengalaman mengembara di bumi Allah ini.
Curahan rasa azimah mohd zainuddin @ ..Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat
Comments are closed.