Menziarahi makam Rasul dan Nabi di pelusuk dunia

#KembaraPalestine
Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat kata-kata mutawif yang bawa rombongan kami ke Baitulmuqaddis katanya hanya ada satu sahaja makam Rasul yang 100% pasti iaitu makam Baginda Rasulullah SAW di Masjid Nabawi Madinah. Selain daripada itu semua makam-makam Rasul dan Nabi yang lain adalah kisah yang disampaikan dari satu generasi kepada genarasi yang lain sehingga kekadang ada dua tiga makan Rasul yang sama di tempat berbeza.

Alhamdulillah dengan izin ALLAH aku telah dipilih untuk menziarahi banyak makam Rasul dan Nabi disepanjang kembara aku menjejaki bumi ciptaan ALLAH. Bermula kali pertama pada tahun 2007 apabila ALLAH pilih aku untuk menziarahi Baginda Nabi Muhammad SAW memang sangat tersentuh hati dan tersemat kerinduan apabila lama tidak bertemu. Apabila menziarahi Baginda Rasulullah SAW, para alim ulama akan menghantar laporan dalam doanya bercerita semua kerja dakwah yang telah mereka lakukan dan azam usaha yang bakal mereka buat sekembali ke tahan air nanti. Aku pun tiru sedikit sebanyak tertib alim ulama menziarahi Rasulullah SAW walaupun selalunya terkedu lidah nak berdoa kerana tiada apa yang nak dilaporkan kepada Baginda.

gambar makam Rasulullah SAW

Pada Disember 2013 alhamdulillah aku dan keluarga dapat menjejaki kaki ke bumi rebutan tiga agama Baitulmuqaddis. Seminggu mengembara dari Amman Jordan ke Baitlmuqaddis ke Tebria dan kembali semula ke Aman banyak makam-makam Rasul dan nabi yang kami ziarahi. Antara makam Rasul dan Nabi yang kami ziarahi adalah :

1. Makam Nabi Musa a.s terletak di Jericho di dalam Masjid Nabi Musa.

makam nabi musa

2. Makam Nabi Daud a.s di dalam sebuah bagunan yang menjadi tempat beribadah orang Yahudi. Tak boleh ambil gambar makam Baginda dan setiap pelawat yang masuk mesti menutup kepala kalau tiada kupiah kenalah pakai kupiah ala Yahudi.

pintu masuk ke makam Nabi Daud a.s
Pintu masuk ke makam Nabi Daud as

3. Makam Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ishak a.s dan Nabi Yaakob a.s terletak di dalam Masjid Nabi Ibrahim di Hebron. Umat Islam hanya boleh melihat makam Nabi Ibrahim a.s, makam Siti Sarah isteri Nabi Ibrahim, makam Nabi Ishak a.s dan makam Rifqah isteri Nabi Ishak. Makam Nabi Yaakob dan isteri dihalang dengan tembok khas untuk bangsa Yahudi sahaja. Masjid Nabi Ibrahim dikawal ketat oleh tentera-tentera Israel.

gambar makam nabi ibrahim a.s
Makam nabi ibrahim as di dalam Masjid Nabi Ibrahim
Makam Nabi Ishaq a.s dan Rifqa
Makam Nabi Ishaq as dan Rifqa
pintu pemisah makan Nabi Ibrahim a.s dan makam Nabi Yaakob a.s
Pintu pemisah makan Nabi Ibrahim as dan makam Nabi Yaakob as

4. Makam Nabi Yunus a.s terketak dalam Masjid Nabi Yunus di bandar kecil Halhul. Pasti ramai yang sudah tahu kisah Nabi Yunus a.s yang ditelan ikan puas.

makam nabi yunus a.s
Makam Nabi Yunus as

5. Makam Nabi Shuaib a.s terletak dalam Masjid Nabi Shuaib di Lembah Jordan.

Makam Nabi Shuaib a.s terletak di pawasan berbukit bukau di Lembah Jordan
Makam Nabi Shuaib as terletak di pawasan berbukit bukau di Lembah Jordan

Alhamdulillah pada Mei 2014 aku dan rombongan dipilih ALLAH untuk menjejaki kaki di bumi Turki yang banyak meninggalkan jejak-jejak sejarah para Rasul dan Nabi. Turki di bawah kerajaan Uthmaniah pernah menjajah 2/3 dunia di bawah pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih. Di Turki kami singgah di bandar-bandar beribu kilo meter dari Istanbul untuk menjejaki makam-makam beberapa Rasul dan Nabi antaranya :

1. Makam Nabi Ayyub a.s, makam Siti Rahmah isteri Nabi Ayyub dan makam Nabi Ilyasa a.s di bandar Urfa sempadan dengan Syria.

Makam Nabi Ayyub a.s
Makam Nabi Ayyub as
Makam Siti Rahmah isteri Nabi Ayyub a.s
Makam Siti Rahmah isteri Nabi Ayyub as
Makam Nabi Ilyasa a.s
Makam Nabi Ilyasa as

2. Makam Nabi Seth a.s dan makam Nabi Daniel a.s di bandar Tarsus.

Makam Nabi Seth a.s
Makam Nabi Seth as
Makam Nabi Daniel a.s
Makam Nabi Daniel as

Bersyukur sangat kerana aku di pilih ALLAH untuk menziarahi makam-makan insan hebat pilihan ALLAH. Semuga ziarah ini menjadi asbab masuknya hidayah dalam jiwa dan turunnya hidayah keseluruh alam. Kita boleh saja mengembara keseluruh dunia tetapi mesti ada azam dalam diri untuk menziarahi makam-makam Rasul dan Nabi. Tidak ternilai dengan wang ringgit pengalaman dapat menjejaki bumi keramat.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia Yakjuj Makjuj sudah terbongkar! Klik Sini

Rahsia magnet rezeki bukan lagi rahsia! Klik Sini

Sedekah pembuka pintu rezeki. Ramai yang masih tidak tahu rahsianya! Klik Sini[/box]


Spread the love
author avatar
denaihati
Denaihati blog personal yang telah memenangi anugerah MSMW Best Blog of the year 2012, MSMW Most Creative Blog 2013 dan MyNic Best Personal Blog 2013.