Ziarah ke kota para wali Cirebon Indonesia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, sempena Israk Mikraj 1437 H kami dipilih ALLAH untuk menziarahi kota Cirebon yang terkenal sebagai kota para wali. Kembara ke Jawa Barat, Indonesia mengantikan kembara ke Jepun yang sepatutnya pergi dengan rakan-rakan kembara pada setiap bulan Mei setiap tahun bermula 2012. 

Kembara kali ini bersama pelakon Adi Putra, Tuan Masrukhin dan Tuan Jefri Mejan terbang awal pagi dari KLIA2 dengan Air Asia. Sampai di Bandara Husain Sastranegara, pesawat terpaksa berputar-putar di angkasaraya Bandung selama 30 minit kerana tak dapat kebenaran untuk mendarat. Di bandara team Cardoba International atas arahan Datuk Husamuddin menyambut kami dengan menyediakan kenderaan dan pemandu. Kami terpaksa menolak dengan baik kerana sudah ada kenderaan dan pemandu yang telah diuruskan oleh adik, Hj Amin. 

  
Sebelum bergerak ke Cirebon kami singgah sarapan pagi di rumah adik di Sukajadi, Bandung. Selepas sarapan pagi makan soto betawi yang enak banget, kami mula perjalanan ke Cirebon dengan dibantu oleh Angga. Sekarang dari Bandung ke Cirebon mudah kerana sudah ada jalan tol yang mengambil masa lebih kurang tiga jam. Kalau ikut jalan lama perjalanan memakan masa lebih lima jam. Alhamdulilah jalan tak macet, selepas lebih kurang tiga jam di atas jalan buat pertama kali aku menjejaki kaki di Kota Cirebon melalui jalan keluar Paliaman. Kami dijemput seorang rakan sekeluar sahaja dari jalan tol, almaklum kami tak mahir jalan di Cirebon.


  
Sesampai kami di Cirebon terus menziarahi keluarga angkat Adi Putra yang juga sangat terkenal di Cirebon iaitu Pak Habib Toha. Kami dihidangkan dengan makan tengahari yang sedap. Sempat juga Pak Habib menunjukkan barangan antik koleksi beliau antaranya mangkuk tingkat berusia ratusan tahun. Ada anak murid yang offer kereta MPV baru Vellfire ganti kepada mangkuk tingkat tetapi ditolak oleh Habib Toha. Sebelah malamnya kami juga hadir majlis doa selamat di rumah Habib Toha. Ratusan anak murid beliau yang datang meraikan majlis tersebut.


  
Di hari kedua sebelah siang kami singgah di Pondok Pesantren Jagastru dan Pondok Pesantren Al-Khairiyyah. Kami dibawa melawat sekitar pasantren dan dihidangkan dengan makanan dengan menu yang istimewa. Begitulah cara orang-orang alim menraikan tetamu dari jauh. Sebelah malamnya kami menziarahi Makam Sunan Gunung Jati yang merupakan salah seorang wali yang diiktiraf sebagai wali songo. Makam Sunan Gunung Jati tidak pernah tiada pelawat setiap hari setiap jam. Khabarnya setiap hati beratus bas daripada seluruh Indonesia datang menziarahi makam beliau.

Setelah melawat makam Syeikh Syarief Hidayatullah atau dikenali sebagai Sunan Gunung Jati teringin rasa hati nak melawat lapan lagi wali Allah yg merupaka wali songo yang sangat terkenal di Nusantara. Wali Songo sembilan ini telah membawa Islam berkembang ke Nusantara.

  
Selepas menziarahi Makam Sunan Gunung Jati kami melawat Makam Mbah Kuwu Sangkan, kisah mitos perjuang prabu siliwangi yang sangat terkenal di kalangan warga Indonesia. Kami juga singgah di tempat pemandian Mbah Kuwu Sangkan yang khabarnya tidak pernah kering dan menjadi tumpuan warga yang ingin menyembuhkan berbagai penyakit badan.


  
Banyak sangat lagi tempat sejarah dan makam para wali yang tidak sempat kami ziarahi kerana kesuntukan masa. Hari ketiga kami bergerak balik ke Bandung untuk melawat Pusat Pencentaka Al Quran Cardoba International yang merupakan salah satu anak syarikat Karangkraf. Terima kasih kepada Datuk Husamuddin yg telah menguruskan lawatan kami walaupun berada jauh di Balkan. Sempat kami singgah di Rumah Mode, factory outlet di tengah-tengah Kota Raya Bandung.

Alhamdulillah Israk Mikraj tahun ini kami diberi peluang untuk menziarahi tempat baru yang pasti memberi suntikan baru dalam kehidupan kami. Ada rezeki insyaa Allah akan datang lagi menjejaki sejarah para wali untuk mendekatkan kita pada ALLAH.

54 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!