Karnival Karangkraf SifuFBads 2017

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

Karangkraf bukanlah suatu nama asing di mata kita malahan menjadi sinonim dengan majalah, akhbar dan novel. Akhbar Sinar Harian masih utuh sehingga kini, majalah-majalah hebat seperti Mingguan Wanita, Maskulin, Pa&Ma dan lain-lain lagi masih mendapat tempat di hati pembaca

Bertempat di Seksyen 15 Shah Alam, tahun ini pihak Kumpulan Media Karangkraf sedang melangsungkan  Karnival Karangkraf 2017 bersama SifuFBAds dengan tema ‘Gabungan Gerenti Gempak Merecikkk…’

Jom Karnival Kumpulan Media KarangKraf 2017 kini akan berlangsung selama 3 hari di Kompleks Kumpulan Media KarangKraf, Seksyen 15, Shah Alam bermula dari 3 Mac sehingga 5 Mac 2017.

Terdapat pelbagai aktiviti, barangan eksklusif dan hadiah menarik telah disediakan khas untuk anda antaranya:

  • Bikers Day Out x Maskulin x Sinar Turbo
  • Percuma Sesi Sharing Bersama Usahawan Digital SifuFBAds
  • Cabutan Pengunjung Bertuah
  • Wacana SPR
  • Kaunter Daftar Mengundi SPR & Menangi Hadiah Tajaan AirAsia
  • Bengkel UPSR GPS Bestari
  • Saksikan Aksi Protect Yourself 2.0 (Silat Cekak Ustaz Hanafi)
  • Langgan & Menang Hadiah Bernilai Lebih RM 10,000
  • Menangi 100 Tiket Percuma Sunway Lagoon & Lost World of Tambun
  • Menangi 20 Pakej Penginapan ke Lost World Hotel
  • Temu Mesra Bersama Novelis & Penulis

Karnival kali ini tidak seperti jualan buku biasa, kerana Karangkraf bekerjasama dengan SifuFBads, syarikat yang menyediakan bimbingan pemasaran secara online.  Ia membawa konsep perkongsian ilmu, unik dan lain daripada yang lain.

Penulis sempat singgah di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf sebentar tadi dan ramai orang yang berkunjung, membeli belah dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada di situ. Pengunjung perlu meletak kenderaan di sebelah belakang Kompleks dan ikuti sahaja arahan dan panduan dari anggota RELA yang menjaga lokasi.

Pengunjung berpeluang menang tiket AirAsia dengan daftar mengundi dan golongan wanita berpeluang melihat demo memasak bersama chef terkenal serta uji bakat Hijabista Casting sebagai model Muslimah.

Lebih menarik lagi disediakan 100 tiket percuma ke Sunway Lagoon dan Lost World of Tambun serta Cabaran 21 Hari Kurus, satu slot bersama Aizat Razak. Karnival turut diserikan pelancaran buku dan wacana ilmiah (Masuk Syurga Sekeluarga) oleh Ustaz Bachtiar Nasir pada 3 Mac jam 8 hingga 10 malam.

Selain itu, Power Talk dengan kupasan, Cara Kesan Suami Curang disampaikan Dr  Syed Ysainee Yahya pada Ahad, 5 Mac bermula jam 2 petang hingga 2.45 petang. Pasti ramai yang ingin ikuti kupasan ini yang boleh ditonton di Facebook Mingguan Wanita.

Karnival Kumpulan Media KarangKraf juga ada booth-booth jualan makanan dan minuman di samping produk-produk yang menjadi kegunaan harian. Ada pengusaha shawl, barang kesihatan, kecantikan dan juga pelbagai lagi.

Seperkara yang menarik yang dilihat adalah harga jualan buku dan majalah di Karnival ini. Sangat berbaloi kepada yang ingin membeli dan jangan lepaskan peluang dengan diskaun sehingga 90%. Ayuh beramai-ramai memeriahkan lagi Jom Karnival Kumpulan Media KarangKraf 2017.

Karnival Kumpulan Media KarangKraf 2017
No. 1, Jalan Renggam 15/5,
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15,
40200 Shah Alam
3 – 5 Mac 2017
9am – 7pm (Jumaat & Ahad) / 9am – 11pm (Sabtu)


Spread the love

63 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!