Kelemahan Umrah DIY

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Mengembara di muka bumi menyaksikan bagaimana kesudahan orang terdahulu“. Kali ini Abang nak berkongsi kisah pakej Umrah DIY.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Ramai yang sebut pasal DIY ni kira-kira macam kedai hardware lah masuk beli dan pasang sendiri. Bila tak cukup barang datang lagi. Tak kisah barang china low grade janji boleh siap.

Begitulah idea nya serba sedikit.

Apa pun alasannya, faktor terbesar tarikan Umrah DIY ni adalah MURAH kan? Kualiti, Servis, Keselamatan, Kesempurnaan, Bimbingan semuanya dah Tak sepenting mana lagi!

Tak dinafikan memang ada SUCCESS STORYnya. TAPI bila hal murah ini selalu Success Story yang diwar-warkan sahaja yang BAD STORY? Bad Story simpan sendiri lah orang kata. Ye la da la buat projek sendiri mcm expert ikut Tok Guru Online atau YouTube tapi bila tak jadi malu la nak cerita, betul kan. Itu lah dianya.

TIKET MURAH. Memang boleh beli sendiri online. Survey yang murah TAPI kena tau lah nak fly ke mana, hari apa, airport mana, berapa lama, dan lain-lain.

VISA UMRAH. Kementerian Pelancongan dan Saudi sememangnya melarang penjualan Visa Umrah secara runcit. Hanya ada beberapa syarikat sahaja yang boleh memproses visa umrah ni. JIKA tertangkap dan terbukti bersalah syarikat boleh diambil tindakan dan visa umrah tu pun boleh dibatalkan.

gambar kaabah di masjidil haram mekah

HOTEL MAKKAH MADINAH. Ya memang banyak tawaran online sekarang ni. Agoda, Booking.com dan lain-lain. Tapi tau ke jaraknya? Kualiti hotelnya? Pihak Kementerian Haji Saudi akan satu hari menetapkan bahawa semua booking hotel WAJIB dibuat melalui pihak Muassasah (syarikat umrah) dan tempahan perlu wujud dalam sistem visa. Maksud tak boleh sesuka buat Visa dengan A dan booking dengan B. Tanpa booking yang disahkan maka tiada visa.

TEKSI. Banyak kejadian penculikan dah berlaku, terutama sekali melibatkan kereta teksi sapu yang murah tanpa lesen. Ye lah nak murah kan maka ambik la teksi sapu tapi alih-alih bini sendiri kena bawak lari. Ya dan pernah berlaku. Bab ni kena tau cara dan bagaimana.

URUSAN KECEMASAN. Kita ni tak tau bila nak sakit dan tak tau BILA AJAL NAK SAMPAI. Pergi dah la bajet sendiri urus TAPI bila bab jenazah atau pesakit tetap mengharapkan orang lain juga yang uruskan betul tak? Bila hal kena seperti ini dekat batang hidung sendiri mula lah nak salah kan kedutaan lah dan semua orang.

UMRAH MABRUR. Bila kita pergi menunaikan Umrah niat kita pastinya inginkan Umrah yang Mabrur. Untuk dapatkan Umrah yang Mabrur ibadah kita mesti sempurna dengan rukun dan syarat sahnya. Diri kena fokus dan tenang serta ada mutowwif yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan sebagainya. Jangan lah pakai tangkap muat upah sesiapa saja yang kita jumpa di jalanan sebabnya urusan ibadah ini melibatkan hukum hakam mengikut mazhab shafie dan tak semua yang duduk di Makkah tu alim.

Apa pun tuan puan saudara Muslimin dan Muslimat sekalian misi Ibadah kita adalah mencari Kesempurnaan sebagai keutamaan.

masjidil haram mekah

Sememangnya DIY ni khabarnya murah tapi tidak semudah yang disangkakan. Jika sumber kewangan terhad carilah Pakej Bajet TETAPI berhati hati lah kerana ramai juga Penyamun di luar sana yang sudah pasti tidak memikirkan halal haram untuk menipu anda menunaikan Umrah.

Akhir kata ingat lah DUIT Doa Usaha Ikhtiar Tawakkal. Segala apa pun hasrat tuan puan kita boleh berbincang dan mencari jalan yg terbaik bagi kesemua pihak tanpa menyusahkan diri sendiri.

INGIN TAU LEBIH LANJUT?

Whatsapp @ Call 0126546604 utk sebarang persoalan melibatkan urusan Umrah anda.
Wallahua’alam

Hj Naim Syauqy
Pengarah
CS Holiday Sdn Bhd

22 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!